About

Assalamualaikum & Hi Semua!




Thank You so much sudi menjejakkan kaki dekat rumah tuan tanah :D Kek sini tuan tanah nak kobarkan cket macam mana blog ni bermula dan ada apa dengan blog ini. Nak dengar tak? Hihi. Meh tuan tanah citer. Meh nak;)

"Nadhie.. boleh tolong tak tengokkan handpone mak long ni. Kenapa benda ni tak keluar eh....,"

"Nadhie ... email mak uda hilanglah. Ko boleh tolong dapatkan balik? Lepastu tukarkan password.."

"Nadhie... boleh tengokkan tak laptop maksu ni. Macam ada virus je.."

"Nadhiee... aku lupa password facebook aku. Ko boleh tolong recover kan balik?"

"Nadhie.. ko tengok ni nape benda ni asik muncul kat laptop aku? Ada problem ke?"

Haha, begitulah lebih kurang dialog dan pertanyaan mereka terhadap aku. Dan bila balik kerja, adik-adik dah siap-siap tunggu aku depan pintu rumah. Excited benar menyambut kepulangan kakak balik kerja. Bangga lak kakak ada adik-adik cenggini ;P Tetapi , rupa-rupanya....

"Kak Nadhie... dah download kan ke citer doctor tu? lepastu citer sultan Al fetih yang aku wassap ko semalam," kata dia dengan wajah teruja. Ceh.. nak citer rupanya. Okay fine. 

Then adik bongsu yang sepuloh tahun ni pun menyampuk. "Nadhie ada downloadkan tak citer Muaz Rise of Guardian tu?" Ujar dia setelah beberapa kali tarik perhatian aku dengan ayat " Boleh Muaz nak cakap cket?" Cis! Dia panggil nama je even aku tiap detik n saat bahasakan diri kakak. Then kalau berjalan-jalan kat luar ni mau orang ingat aku ni mak dia XD pastu dengar dia panggil nama je. Sabor jela. kekeke

Memandangkan ramai yang bertanya tentang masalah komputer/gadjet mereka, disebabkan itu aku rasa bertanggungjawab * ;P untuk berkongsi apa yang aku tahu dekat blog ni. Esok lusa kalau ada yang tanya soalan yang sama lagi, bole suruh rujuk blog terus. XD

Tetapi apapun den takdala kobar blog ni 100% blog IT. XD Ada juga benda-benda lain yang aku minat, suka turut dikongsikan dekat sini. Salah satunya koleksi cerpen-cerpen aku yang aku dah tulis bertahun-tahun yang lalu.

Then, ada yang bertanya. "Citer yang awak buat semua best-best. Nape berhenti menulis ya?"

Hmm... entahla. Actually aku malas n takmau menulis sekadar benda yang mengkhayalkan, yang tak beri faedah pada pembaca mahupun tak memberi manfaat pada akhirat aku. Kalau boleh biarlah kita buat sesuatu kerana Allah swt dan untuk mendapatkan ganjaran akhirat sekali. Bukan dunia semata-mata. InsyaAllah. Moga Allah swt permudahkan semua. Amin!

InsyaAllah kalau diberi kekuatan/kesempatan untuk aku start menulis balik, aku akan menulis citer yang akan beri mesej-mesej positif dan manfaat pada pembaca. InsyaAllah. Doakan aku! ;D Btw, salah satu topik/genre yang teringin aku tulis pada masa akan datang adalah tentang penderaan fizikal dan mental terhadap kanak-kanak. Dan kesan pada budak tu bila dia dah dewasa. Sobs. ;( Apapun doakan moga suatu hari nanti citer tu dapat disiapkan . Amin!

Btw, hey! Aku rasa aku ada sedikit kelainan laa. kadang-kadang aku akan ketawa bila orang lain tak ketawa dan tak ketawa bila orang ketawa. If korang dengar ada orang gelak sorang-sorang pada lawak hambar atau benda yang bukan lawak, haa.. maybe aku ada kat situ la kowt. kekeke.

Okay setakat ini sahaja. Moga blog ini bermanfaat buat anda semua! Thankss again sudi singgah!





"Life is Beautiful if you Choose to see it"


For any inquiries, reviews, advertorial or events invitations

 please contact me:

Email : nawueen@gmail.com

Instagram : https://www.instagram.com/edenie__

4 comments:

  1. Assalam wbt :)

    Hai, Nadhie. Nice to meet you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt. Hi Syafiqa.. nice to meet u too =)

      Delete
  2. hai cikguuu...

    p/s: berjaya tinggalkan jejak.
    kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😏😏😏 Kerja 'sekolah' yg cikgu bagi haritu dah siapkan ke Aniq? Nanti cikgu nak soal 😏

      Delete