Badan terasa lenguh-lenguh? Keletihan? Sesekali teringin untuk dimanjakan. Teringin untuk berurut dan melepaskan segala ketegangan. Nak refresh semula dan nak rasa lebih bertenaga. Tetapi tak tahu nak pergi mana? Maybe korang boleh try di sini, iaitu di Eco Wellness Sanctuary Spa yang terletak di Klang, Selangor. Di sini, saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman best ketika berurut di sana.
Seperti biasa, seeloknya sebelum ke Spa, buatlah appointment terlebih dahulu. Boleh call terus no Eco Wellness Sanctuary Spa di talian 019-9592033 untuk membuat sebarang appoinment. Selesai membuat appoinment, akhirnya tibalah hari untuk berurut. yeayy!
Pengalaman Mendapatkan Rawatan di
Eco Wellness Sanctuary Spa Klang
Suasana Yang Selesa dan Urusan Yang Cepat
Sampai-sampai sahaja di Eco Wellness Sanctuary Spa dalam pukul 3 petang, yang bestnya kawasan sini tak susah nak carik parking. Parking memang luas dan banyak berdekatan Spa, just diingatkan kena beli ticket parking je. Kalau tidak, habislah kena saman dengan majlis perbandaran. Kemudian, saya terus register di kaunter.
Usai register duduk sebentar sambil dihidangkan teh halia yang cukup melegakan. Tukar selipar sebelum seorang staff akan memimpin anda untuk masuk ke ruangan wanita dan memulakan proses memanjakan diri. Wah.. tak ada perlu tunggu lama. Memang heaven je rasa.
Tempat Wanita Yang Berasingan Dengan Bahagian Lelaki
Selesai menukar selipar, seorang staff akan menyimpan kasut anda. Kemudian anda akan di bawa ke ruangan wanita yang telah diasingkan dengan bahagian lelaki. Terlebih dahulu anda akan ke satu ruangan untuk memanjakan kaki sebelum mendapat rawatan full body theraphy.
Di mana bahagian kaki akan di berus dengan berus yang lembut dan diurut perlahan. Terasa hilang segala lenguh-lenguh dan ketegangan di kaki. Memang best!
Owh ya, pada hari tersebut saya telah mengambil rawatan Full Body Aromatherapy Massage with Organic Peppermint Massage oil. Yang mana ianya akan mengambil masa 2 jam untuk memanjakan diri. Wahhh.. boleh tidur sambil tu!
Luas Lengkap Dengan Sauna, Bilik Mandi, Locker Dsb
Sebaik sahaja selesai berurut kaki, saya mengikut pekerja therapist wanita dari Thailand itu untuk ke tingkat atas bagi mendapatkan treatment full body Aromatherapy Massage with Organic Peppermint Oil. Memang rasa wow dan best je apabila melihat suasana yang selesa dan luas, ada sauna, ada bilik mandi yang lengkap dengan mandian, shampoo semua dan ada juga bilik untuk berdandan.
Siap dengan hair dryer dan kelengkapan lain seperti sabun mencuci tangan , toner, pencuci muka dan sebagainya. Selain itu, terdapat ruangan untuk menuggu dan locker untuk menyimpan barang. Terdapat juga jenis urutan lain seperti urutan thai massage, scalp treatment dan sebagainya.
Aromatherapy Massage with Organic Peppermint Oil
Selesai menukar ke pakaian yang lebih sesuai, therapist dari Thai tersebut memulakan urutan dengan menggunakan Aromatherapy Massage with Organic Peppermint Oil. Bau dan aroma dari peppermint tersebut ternyata cukup melegakan dan membuatkan kita terasa lebih relaks dan tenang. Terlelap-lelap jugak saya sepanjang proses Aromatherapy Massage with Organic Peppermint Oil.
Kenapa pilih Aromatherapy Massage with Organic Peppermint Oil? Untuk pengetahuan anda, banyak tau kelebihan yang ada pada Organic Peppermint Oil ni. Antaranya ialah-
Ekstrak Ecowell Organic Peppermint Oil berfungsi sebagai penahan sakit otot semulajadi yang melegakan badan, belakang dan kesakitan otot. Bauan yang menyegarkan menyegarkan minda sambil memberi inspirasi kepada perasaan damai dan kesejahteraan umum kerana ia mengembalikan perasaan normal dan keseimbangan membuatkan anda lebih segar dan positif. Ia juga adalah minyak yang sangat baik untuk melegakan kesakitan sendi dan akan menyebabkan anda berasa segar.
Inspired organic spa experience.
1)Relieves Muscle Aches
2)Invigorates Mind
3)Stimulates Senses
4)Restores Vitality
Untuk pengetahuan anda, minyak Ecowell Organic Peppermint Oil mengandungi Minyak Jojoba Organik dan Minyak Wijen Organik sebagai asasnya, sangat menyerap dan benar-benar sesuai untuk kulit sensitif tanpa meninggalkan apa-apa kesan. Sebaliknya ia kaya dengan nutrien, menyihatkan kulit dan meningkatan peredaran darah. Dengan itu, kulit anda lebih sihat, dilembapkan, lebih muda dan detoksifikasi.
Rasa lebih segar dan bertenaga selepas mendapatkan urutan.
Okay sekian sahaja dari saya. Moga ketemu lagi. Bubye!
Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :
Facebook : https://www.facebook.com/ecowellnesssanctuary/
Instagram : https://www.instagram.com/ecowellnesssanctuary/
Yelp Page : https://www.yelp.com/biz/eco-wellness-sanctuary-klang?osq=eco+wellness+sanctuary
TripAdvisor : https://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g1022648-d12626549-Reviews-Eco_Wellness_Sanctuary-Klang_Selangor.html
Assalamualaikum & salam ramadhan dari ibu. Semoga amalan ibadat kita di terima Allah swt. Amin.
ReplyDeleteIbu singgah blogwaking blog sis nadhie. Dah dekat rumah Ibu dah ni. Jauh sis datang Klang
urut Thai mmg favourite tp akk suka urut Thai yg tradisional, yg tak guna minyak..mmg lega badan lepas urut..
ReplyDelete