Skip to main content

Dorsett Putrajaya #Bismillah Buka Puasa Feast @ Citra Rasa




Ekslusif. Itu yang saya rasai apabila kaki melangkah masuk ke Bismillah Berbuka Puasa sempena Buffet Ramadhan Media Preview, yang bertempat di Restaurant Citra Rasa, Dorsett Hotel Putrajaya. Setiap meja sudah siap dengan nama jemputan yang hadir.


Usai bertegur sapa, tanpa perlu risau, saya terus mengambil makanan terlebih dahulu sebelum duduk di meja bersama seorang lagi rakan media yang kebetulan sama meja.


Dalam masa yang sama, suasana sungguh meriah dengan persembahan nyanyian dari sebuah band bagi menghiburkan tetamu. Perasaan untuk menyambut ramadhan dan syawal semakin dirasai.



DORSETT PUTRAJAYA #BISMILLAH BUKA PUASA FEAST @ CITRA RASA



Lebih 500 Jenis hidangan Traditional dan Antarabangsa

Buffet ramadhan di Dorsett Putrajaya ini pasti tidak akan mengecewakan tekak anda apabila menyajikan hidangan yang lazat dan sedap baik traditional mahupun antarabangsa. Sungguh, sentuhan tangan Chef Shamsul Rizal dan pasukannya tidak sesekali mengecewakan tekak saya.

Untuk pengetahuan anda, antara hidangan lazat yang bakal dihidangkan sepanjang bulan puasa ini adalah seperti Nasi Kerabu, Laksam Kelantan, Pulut Pisang dan Agar-agar Seri Kaya, Udang Galah Percik, Sup Tulang Rusuk, Patin Tempoyak, Siput Sedut Goreng Cili, Pucuk Ubi Masak Lemak pelbagai jenis Bahulu Tradisi, antara lain akan disediakan yang pasti mengecurkan liur.












Dihiburkan Dengan Persembahan Nyanyian Sebuah Band Sepanjang Berbuka Puasa

Hadir di majlis pasti rasa kosong tanpa sebarang persembahan. Menariknya buffet ramadhan #Bismillah buka puasa di Dorsett Putrajaya ini akan menghiburkan anda dengan persembahan sebuah band iaitu Isma & Sri Mawar Band sepanjang menikmati juadah yang lazat.

Sungguh persembahan mereka turut mendapat perhatian saya apabila kerap kedengaran lagu-lagu popular yang saya sukai didendangkan. Maaf tiada pulak gambar band tersebut. Sis sebuk fokus dengan makanan je. hehe





Durian! Menu Wajib Pembuka Selera

Buat penggemar durian aka durian lover! Menu ini pasti sukar untuk dilepaskan. Isi-isi durian yang agak mengancam membuatkan ramai yang awal-awal lagi beratur untuk mendapatkannya. Sungguh menyelerakan.

Sayangnya saya tak perasan pula kehadirannya dari awal, kalau tak dah kejar jugak .hihi




Udang Galah Percik Yang Saya Suka

Yang menyebabkan saya terlepas durian adalah ini! Masakan udang galah percik yang sedap dan lazat. Isi udang yang lembut dan rasanya yang manis, memang menepati selera membuatkan saya terasa bagai ingin bertambah berkali-kali.

Apapun ingatlah orang kemudian kan, dan yang paling penting bukan muat pun nak makan banyak-banyak. hehe.


So, pada yang berminat, terpikat, tergugat dan sebagainya, boleh lah rujuk maklumat di bawah ini untuk harga dan pakej promosi yang pasti berbaloi.


RM138 nett per person (Adult) 
RM78 nett per person (Senior Citizen and Child) 

EARLY BIRD SPECIAL - RM 99 nett per person (1 APR - 12 MAY 2018) 
FULL PRICE SPECIAL - BUY 10 (TEN) and get 1(ONE) for FREE

For more information, please call +603 8892 8388 or email: fnb.putrajaya@dorsetthotels.com 






Comments

  1. Ibu Singgah Blogwaking. Salam rabu & selamat mengngundi kepada nadhie. Balik melaka untuk mengundi?

    ReplyDelete
  2. Ibu Singgah Blogwaking. Salam rabu & selamat mengngundi kepada nadhie. Sampai 500 hidangan. Penat nak masak tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa T^T tipulah kalau kata deria rasa tak triggered kan? haha :3
    .
    Nice review!! ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda