Monday, 25 December 2017

Review Movie Pitch Perfect 3 Di Pawagam 28 December 2017 Ini

December 25, 2017 13
Assalamualaikum & Hi Semua!

Review Movie Pitch Perfect 3 Di Pawagam 28 December 2017 Ini


Baru-baru ini saya telah mendapat jemputan untuk menghadiri tayangan perdana filem Pitch Perfect 3 anjuran SushiVid dan United International Pictures Malaysia yang bertempat di TGV 1 Utama, Bandar Utama. Sekejapan dapat lah escape dari 'zombie life' dan lari dengan kesibukan kerja dan study. 

Seawal jam 7.50pm saya telah hadir di TGV 1 Utama dan sempat menyaksikan suasana yang pada awalnya lengang menjadi begitu meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir dari bermacam tempat. Okay, sejujurnya saya tak pernah layan sequel yang pertama, tetapi bila dapat jemputan begini, memang rasa patut saya keluar dari genre yang sudah menjadi kebiasaan seperti seram, action dan fantasi. So apa cer kan Pitch Perfect 3 ni? Best ke tak? Kena citarasa ke tak kan bila ia bukan genre kebiasaan kita?



Review Movie Pitch Perfect 3

Review Movie Pitch Perfect 3
Genre:  Comedy
Cast:  Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee
Steinfeld,
Brittany Snow, Anna Camp, John Lithgow, DJ Khaled,
Hana Mae Lee, Ruby Rose, Alexis Knapp, Chrissie Fit,
Ester Dean, Shelley Regner, Kelley Jakle with John
Michael Higgins and
Elizabeth Banks
Directed by:  Trish Sie
Screenplay by:  Kay Cannon and Mike White
Story by:  Kay Cannon
Based on the Book by: Mickey Rapkin
Produced by:  Paul Brooks, Max Handelman, Elizabeth Banks
Executive Producers:  Jason Moore, Scott Niemeyer, David Nicksay



Secara ringkasnya Pitch Perfect 3 merupakan kesinambungan dari Pitch Perfect sequel filem yang pernah mengutip keuntungan sebanyak lebih 400 Million box office. Ia mengisahkan liku-liku sekumpulan remaja perempuan yang menamakan group mereka Bella. Bella akhirnya telah bergraduasi dan membawa jalan hidup masing-masing. Dan mereka jua menghadapi situasi di mana susah untuk mendapatkan pekerjaan yang mengikuti bakat mereka . Namun, mereka masih selalu keep in touch sehinggalah sebauh reunion membuatkan mereka bercadang untuk mengikuti sebuah tour bersama di mana dari situ bermulalah sebuah perjalanan yang penuh suka duka.


Sekumpulan Bella yang punyai kelebihan masing-masing

Jalan cerita bermula apabila penonton tiba-tiba di bawa menyelusuri ke pedalaman laut sehinggalah melintasi ke dalam sebuah kapal persendirian di mana sekumpulan gadis sedang membuat persembahan dan menyanyi di atas kapal. Efek dan kesan khas yang dikenakan membuatkan saya seolah-olah berada di situ. Menarik! Tambahan lagi banyak part-part menarik dan adegan kelakar , terutamanya dengan perangai selamba dan happy go lucky si Amy ni. Memang tak kering gusi dibuatnya. 

Geram je tengok perangai si Amy ni , gila-gila dan lawak-lawak je dia.
Karakter dia buatkan aku rasa dia ni seorang yang comel dan special :)


Namun, bila awal-awal start menunjukkan beberapa orang gadis sedang rancak menyanyi di atas sebuah boat mewah, sangka saya disebabkan ini merupakan sequel ketiga Pitch Perfect 3, mungkin kumpulan tersebut telah menjadi terkenal dan praktis menyanyi pun dalam kapal mewah kan. Dan mungkin juga mereka sedang bercuti di situ? Owh tidak rupanya. Ada kisah disebalik itu sebenarnya. Nak tahu apa yang berlaku? Dan kenapa mereka boleh tiba-tiba berada di situ? Kenalah saksikan sendiri Pitch Perfect 3 di pawagam berhampiran korang pada 28 December 2017 ini!

Tak rugi dan memang terbaiklah jalan ceritanya. Pendek kata takda part yang boring. Ada sahaja adegan-adegan yang mencuit hati dan membuatkan kita tak kering gusi bila tengok. Okay happy Watching!


Di Pawagam 28 December 2017 Ini

PITCH PERFECT 3 IN  CINEMA 28 DECEMBER 2017





Sunday, 17 December 2017

Lirik Lagu Insan Bernama Kekasih - Unic

December 17, 2017 13
Assalamualaikum & Hi Semua!

Lirik Lagu Insan Bernama Kekasih - Unic


Bait-bait kata yang lembut dan indah.... cinta yang berlandaskan islam, membuatkan saya terpaku ketika pertama kali mendengarnya. Sungguh siapa yang tidak mendambakan cinta seperti itu? Indahnya bila cinta dan mencintai kerana Allah dan indahnya bila ianya mengikut syariat islam. :) Dari form 3 saya layan lagu ini sehinggalah sekarang masih menyukainya. 

Pun begitu, beberapa tahun kebelakangan ini, industri nasyid tanah air semakin tenggelam, sedangkan bakat-bakat yang ada pada mereka sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Lagu-lagu berunsur islamik semakin dilupakan membuatkan kita semakin layu.

Pun begitu, syukur rasanya apabila adanya program seperti Gema Gegar Vaganza yang merupakan platform yang boleh mengangkat semula industri nasyid tanah air. :) Ya, kerana temanya yang menginginkan lagu berunsur positif dan motivasi. Cayalah. So, jom hayati lirik lagu insan bernama kekasih nyanyian kumpulan Unic suatu ketika dulu.



Friday, 15 December 2017

Geng Study Group

December 15, 2017 12
Assalamualaikum & Hi Semua!

Study Group Atau Individu Mana Satu Lebih Baik?



Salam jumaat. Sihat ke? Lama saya tak menyinggah blog. Seriously hujung tahun ni masa agak pax.  Masuk bulan 12 ni memang tersangat busy dengan task, assignment, midterm exam, lab,  presentation dan sebagainya. Kadang-kala , sampai dah terlelap mata pun, mulut still bercakap sebab tengah menghafal sesuatu ke apa. Kadangkala, tangan masih lagi menaip. Sedar-sedar je. Eh aku cakap apa tadi? Eh aku taip apa tadi? Sampai gitu sekali jadinya. Seriously memang takda masa ikutkan nak jenguk blog. Nak pergi event ke function ke apa lagi lah. Harapan jelah. Even beberapa servis & voucher spa treatment yang akan berkakhir hujung tahun ni pun, terpaksalah diucapkan bubye setelah lama diperam.


Apapun saya sangat berterima-kasih dan bersyukur kerana sentiasa ada tetamu yang datang berkunjung ke blog yang tak seberapa ni. Bila sesekali bukak dan tengok trafik semua masih maintain, alhamdulillah sangat. Terima kasih pada yang datang berkunjung baik dikalangan blogger mahupun reader. :) Seriously saya sangat berterima-kasih pada korang. ;)


Bila sesekali datang jenguk. Then tengok ada visitor blog, rasa terharu :')




Study Group Atau Individu Mana Satu Lebih Baik?


Btw, memandangkan saya masih dalam mood study, nak tanyalah pendapat korang. Antara study group atau individu, mana satu yang menjadi pilihan korang? Ada orang selesa study sendiri kerana merasakan jauh lebih fokus. Tetapi ada juga yang lebih gemarkan study group kerana baginya senang nak berkongsi ilmu. Bagi saya pula dua-dua okay. Dua-dua ada pro dan kontranya. Kerana ada subject yang kita selesa bila study sendiri, contohnya bila buat coding, system dan yang seumpama dengannya. Memang kita memerlukan fokus yang tinggi. Jadi lebih baik siapkan yang tu sendiri. Dan bertanya bila perlu sahaja. 


Tetapi lain pula bagi subject yang melibatkan teori yang banyak , pengiraan seperti mathematic , calculus , theory of computer science dan sebagainya. Untuk subject seperti itu, kita memerlukan kawan untuk memberi tunjuk ajar, untuk sama-sama sharing ilmu , bertukar-tukar pengetahuan masing-masing, pendapat dan sebagainya. Dan ya,  saya akui study group sangat membantu untuk subject seperti ini. :')

Ahli tetap kami. :) Bertukar-tukar ilmu dan pengetahuan masing-masing 
merupakan salah satu benefit dari study group.

Antara Pro Dan Kontra Study Group Atau Individu


Time tu saya sedar yang saya perlukan study group sejak saya beritahu masalah tersebut dengan salah seorang classmate, bahawa saya tak boleh fokus study sensorang. Takda mood. Sekejap kang studi, sekejap kang golek-golek, dan sekejap lagi main social media, games, stalk crush dsb. Ada beberapa kali jugaklah saya try ajak dia dan ada seorang akak ni study sesama, tetapi mereka berdua tak nak disebabkan masing-masing jenis yang suka study individu. So, that guy pun galakkan saya untuk join study group dengan ada beberapa orang classmate kami yang aktif dengan aktiviti study group.

So bermula dari situ, ya kami pun jadi geng study group yang tetap. Biasa kami study time-time nak final exam. Dan pada saya ia sangat membantu untuk lebih fokus disebabkan perasaan saya lebih motivated bila tengok orang lain study sekali. XD Baru rasa semangat dan ada persaingan di situ kan. hahaha. Selain itu bila study group ni, secara tak langsung kita boleh memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sekiranya membincangkan sesuatu isu atau permasalahan. Lagi-lagi apabila masing-masing bertukar fikiran mahupun pendapat. So, kita boleh lihat sesuatu perkara dari perspektif berbeza.

Tetapi, kadang-kadang, bila dah study group ni, menyembang memang tak sah kan. XD. Macam-macam topik ada. Daripada studi, kerja (ya , kami kerja sambil belajar), gosip, soal jodoh menjodohkan :P , kutuk mengutuk antara satu sama lain (Dah biasa kena ada sorang ni selalu cakap design aku buruk - Okay fine), bahan-membahan dan macam-macam lagi.  Semua keluar. Part membahan ni bila kita sorang je perempuan di situ dan mereka bersatu dengan kaum sejenisnya, memang bengang je rasa.

Antara perkara lain yang menjadi kontranya, bila nak cari tempat sesuai untuk study dan berkumpul kat mana. Memandangkan kami student luar. Dan bila nak study ni, beberapa element ni sangat penting bagi saya antaranya tempat bersih, tandas bersih, plug banyak , ada wifi, dekat dengan surau dan sebagainya. Mujurlah mereka selalu je beralah dan ikut pilihan sis. hehe *Padahal sebenarnya memang sekepala & ada kimia-kimia di situ XD *


Kadang-kadang cengginilah yang kontranya, fokus hilang.
 Yang dua orang tengah rancak berbual pasal masa depan, yang lagi sorang pergi main social media,
& sorang lagi terkulat-kulat sendirian. Haha. Ada pembaziran masa di situ. XD 


Pentingnya Give And Take


Nama pun study group, jadi sangat penting ada give and take. Mungkin hari ni si A yang sharing ilmu dekat kita, esok lusa si B pula share pengetahuannya dalam subject yang lain. Yelah tak semua orang ada kepandaian dan kefahaman yang sama. Disebabkan itu pentingnya study group untuk melengkapkan mana yang kurang. Yang penting tak kedekut ilmu. Dan usahlah orang yang sama je dok mengajar kita kan, tuh dah jadi macam tenaga pengajar dah tu XD Sebab tu give and take dan tolak ansur tu penting bila studi group.

Yang penting, kita rasa selesa di samping mereka, takda rasa awkward, takda rasa macam outsider or stranger. Baru rasa selamat dan senang hati nak study kan? Ye tak?

Mendengar ceramah motibasi sambil tak fokus. hahaha.
*tu nampak tu yang tangan buat gaya tu, sebenarnya tgah ceramahkan sis* XD


So, antara study group atau individu yang mana satu pilihan korang? Dan kenapa korang rasa ianya lebih baik? hehe. Okay setakat ini sahaja. Jumpa lagi dikemudian hari.Babai!

Tuesday, 12 December 2017

Keep Going

December 12, 2017 6
Assalamualaikum & Hi!


No matter what you do, no matter how many times you screw up 
and think to yourself "There's no point to carry on", 
No matter how many people tell you that you cant do it, keep going. Don't quit.

Don't quit, because a month from now you will be that much closer to your goal than you are now.
Yesterday you said tomorrow. Make today count. 



#quote #quoteoftheday

Friday, 1 December 2017

Salam Maulidur Rasul 1439H/2017

December 01, 2017 10
Assalamualaikum & Hi Semua!

Salam Maulidur Rasul 1439H/2017


Salam Maulidur Rasul 1439H! Di hari jumaat yang mulia ini bersempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW kita, jom banyak-banyak kan berselawat ke atas nya! :) Moga kita sentiasa menjadi umat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah & Rasulnya! Amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@Way2themes

Follow Me