Wednesday, 29 November 2017

Friday, 17 November 2017

Apple iPhone X Akan Mula Dijual Di Pasaran Malaysia Bermula 24 November 2017 ini

November 17, 2017 16
Assalamualaikum & Hi Semua!

Apple iPhone X Akan Mula Dijual Di Pasaran Malaysia Bermula 24 November ini




Annoying pulak kebelakangan ni keluar notification untuk update apps. Ingatkan ada function baru, rupanya tujuan update adalah untuk diselaraskan kesesuaiannya bagi features pada iPhone X. Mana tak annoying, dah kita pun bukan pengguna iPhone X. XD Dekat pasaran pun belum ada lagi sebelum ini.

Btw, kat sini ada peminat iPhone tak? Jika ada, ya ada berita baik buat peminat iPhone yang ingin mendapatkan iPhone X, untuk pengetahuan anda, ia akan mula berada di pasaran Malaysia pada  24 November 2017 ini.

Apple iPhone X


Bagi yang belum pasti lagi akan fungsi dan features pada iPhone X, nak tahu lebih lanjut, anda boleh merujuknya di sini iaitu link tentang Ciri-ciri terbaru pada iPhone X yang pasti membuatkan anda terkecur liur tika melihatnya. 

Untuk pengetahuan anda iPhone X 64 GB akan dijual dengan harga RM5149, manakala iPhone X 256GB pula akan dijual dengan harga RM5,899. Bagi penggila dan pengumpul iPhone, iPad dan sebagainya, haa apalagi! Sediakan poket anda okay! Dan jangan lupa datang beberapa jam lebih awal untuk menjadi orang terawal mendapatkan iPhone X!


Worait. Setakat ini sahaja! Babai!


Tuesday, 14 November 2017

Printcious Platform Untuk Mencetak Pelbagai Jenis Hadiah

November 14, 2017 3
Assalamualaikum & Hi Semua,

 “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”


'Good times come and go,
But the memories last forever.'
-Quote


Seperti petikan kata-kata di atas, semua orang punyai memori. Ada yang suka, ada yang duka. Namun apa yang penting, memori itulah yang mendewasakan kita. Dan memori yang indah mungkin ingin dikenang buat selama-lamanya dan diabadikan di suatu tempat. Sebagai tanda penghargaan dan menunjukkan betapa pentingnya ia pada kita.  :) Sebelum ini, saya pun pernah tercari-cari tempat untuk mencetak gambar-gambar kenangan dan mengabdikan ia dengan cara yang kreatif, sehinggalah tiba-tiba terjumpa website printcious ni, memang menarik hati.


Pada yang ingin mengabdikan segala memori dan kenangan indah bersama yang tersayang, mungkin anda boleh mencuba platform ini, iaitu Printcious Online Shopping . Seperti tagline mereka  “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” Di mana anda bukan sahaja boleh mengabdikan kenangan yang terlakar, malah pada pelbagai platform pula tu. Contohnya pada T-shirt, Mugs, cushions, phone cases, ceramic tiles dan banyak lagi! Paling penting boleh personalized dan DIY sendiri pula kenangan kita itu. So, jom tengok apa yang menarik.


Saturday, 11 November 2017

Lazada Online Revolution Sales Bermula Dari 11.11.2017 Sehingga 14.12.2017 ini

November 11, 2017 7
Assalamualaikum & Hi Semua!

Lazada Online Revolution Sales

11.11. 2017. Satu tarikh yang sangat cantik. Pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis perkahwinan, dan begitu juga SALE!! Merata-rata online shopping yang buat SALE, tak terkecuali LAZADA Malaysia! Untuk pengetahuan anda, bersempena 11.11.2017 sehingga 14 December 2017 ini pihak Lazada akan membuat Lazada Online Revolution saless! Di mana bukan sahaja discount yang banyak yang ditawarkan, malah voucher bernilai hingga ratus ringgit! Bersempena Lazada Online Revolution Blogger Contest ini, jom ikuti sesi soal jawab bersama Lazada. Ahaks XD

Friday, 10 November 2017

Fit & Foodie Carnival Bakal Diadakan Di Seremban 2 Pada 19 November 2017 Ini

November 10, 2017 11
Assalamualaikum & Hi Semua!

Fit & Foodie Carnival Bakal Diadakan Di Seremban 2 Pada 19 November 2017 Ini
Dari kiri : Goh Liu Ying, Chef Dato Fazley & Dato' Hoo Kim See

Makanan yang sedap, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan gaya hidup yang sihat. Siapa yang tidak mahu bukan? Beruntung warga Seremban apabila pihak IJM Land bakal mengadakan karnival Fit & Foodie sebagai karnival tahunan mereka yang bakal diadakan di IJM Land S2, Sales Office, di Seremban 2 pada 19 November 2017, dari 9am hingga 6pm ini.

Thursday, 9 November 2017

Grand Finale & Gala Dinner of Miss World Prestige International Pageant 2017

November 09, 2017 13
Assalamualaikum & Hi Semua!


Miss World Prestige International Pageant 2017



Outward Appearance. Inner Beauty. Social Contributions. Itulah antara ketiga-tiga ciri yang dicari oleh pihak penganjur sebelum peserta tersebut dinobatkan sebagai Miss World Prestige International Pageant 2017.  Pada 12 Oct 2017 yang lalu, saya berkesempatan menghadiri sebuah event bertaraf antarabangsa, iaitu Miss World Prestige International Pageant 2017" Grand Final & Gala Dinner yang telah diadakan di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway.  Bertujuan untuk setanding dengan majlis-majlis besar seperti di Paris, World Prestige International pada tahun ini bertemakan kata-kata  di bawah ini :

Tuesday, 7 November 2017

Cara Mengelakkan Application Di iOS Daripada Mencuri Password Dan Apple ID Anda

November 07, 2017 6
Assalamualaikum & Hi Semua!

Cara Mengelakkan Application Di iOS Daripada Mencuri Password Dan Apple ID Anda
Credit Image : Apple.com




Apple dan iPhone. Siapa yang tidak kenal akan jenama terkenal dan popular ini kan. Tetapi ia belum tentu benar-benar selamat. Sebelum ini , Felix Krause, yang merupakan seorang penyelidik keselamatan telah mendedahkan bahawa aplikasi-aplikasi pada iPhone iPhone mampu merakam tanpa pengetahuan kita jika diberi kebenaran pada kamera, mengesan lokasi serta mengambil foto dan video secara senyap-senyap.

Baru-baru ini Felix Krause tampil dengan isu baru bahawa jika anda tidak berhati-hati, sebarang aplikasi iOS (apps) yang dipasang (download and installed) pada iPhone boleh mencuri Apple ID anda. Kerana aplikasi berniat jahat juga boleh meniru kotak dialog kata laluan Apple seperti yang tertera diimej bawah.

Popup betul(kiri) dan palsu(kanan)

credit image :lifehacker


Berdasarkan popup di atas, memang sukar kan nak bezakan antara yang betul dan palsu?  Apatah lagi sebagai pengguna produk Apple, samada iphone, iPad dan sebagainya, pasti kita akan selalu diminta untuk memasukkan Apple ID dan password, terutamanya ketika hendak  mendowload atau membeli aplikasi di Apple Store. Jadi bagaimana untuk mengelakkan daripada Apple ID dan password korang kena curi kan? 



Sebenarnya mudah je caranya untuk menguji mana palsu , mana betul. Apabila keluar popup seperti di atas dan meminta Apple ID dan password anda,  tekan je button HOME untuk menutup aplikasi tersebut. Jika aplikasi itu ditutup dan popup tersebut hilang, maknanya ia adalah popup palsu. 


Sebab popup dialog asli daripada Apple biasanya tidak akan hilang selagi kita tak tekan button Sign In atau cancel. Macam-macam cara dah kan untuk pihak scammer 'membuat duit' secara mudah. Disebabkan itu, kita kena sentiasa berhati-hati and educate ourselves regarding the matter. So stay educated & stay safe. :)


Sumber: Lifehacker




Giveaway Pertama Dari Blog Irdagarmin

November 07, 2017 11
Assalamualaikum & Hi Semua!

Giveway Pertama Dari Blog Irdagarmin
(Click banner untuk join)


Apa khabar? Hi Semua. Sihat ke? Kebelakangan ini agak busy dengan macam-macam benda, assignment, task & sebagainya dan jarang ada masa untuk berblog. Apapun di harapkan moga semua yang membaca berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin! Btw, bosan-bosan takda buat apa, jomlah join giveaway pertama dari blog Irda ni. Hadiah yang bakal diberikan jugak menarik! Iaitu tiga buah buku motivasi karya H.M Tuah Iskandar buat pemenang bertuah! Wahh.. siapa yang taknak kan? Dan paling penting buku tersebut semua baru-baru tau. Bau kedai lagi Hihi


Btw, apa yang saya suka sebenarnya lebih pada isi dalam buku tersebut dan suka sangat dengan gaya dan cara penulisan HM Tuah Iskandar yang penuh motivasi dan kata-kata positif. Siapa yang tak pernah baca mungkin boleh cuba chance ini untuk membacanya.


Okay jadi macam mana nak join? Mudah je


Syarat-syarat Nak Join

1. Follow blog irdagarmin.


3. Buat 1 entri, letak banner dan  backlink kan ke entri ini.
Dalam entry  : jika uols ada baca blog irdagarmin sebelum ini,apa topik yang korang suka,banking?atau apa-apa je komen untuk penambah baikkan untuk penulis.cth:(blog irda ni cacamarba,blog irda ni too personal..blog irda ni asyik cite business je bosan lah atau ..blog irda ni best :D huhuheheh)


4. Tinggalkan link entry di ruangan komen untuk irda jejak uols.


Giveaway akan bermula dari  4 November 2017 (12pm) hingga 4 December 2017 (12am)





Komen Berkenaan Blog Irda


Okay, secara peribadinya memang selalu singgah blog Irda sebab terdapat banyak info-info menarik berkaitan kewangan, business yang boleh diperolehi di situ. Gaya penulisan irda juga santai dan tidak terlalu berat, mudah di fahami dan pasti akan memberi motivasi pada sesiapa yang membacanya. Pendek kata, takda yang carca marba lah :p So far tengok template Irda pun kemas aje & memudahkan pembaca ;)

Okay antara perkara yang kita suka bila singgah blog Irda ni adalah sebagai contoh bila Irda cerita semula pengalaman-pengalaman bekerja Irda, macam mana Irda mengejar apa yang Irda suka buat berbanding $$, sangat memberi inspirasi. Paling suka artikel cara menjemput rezeki tu. :)

Okay Irda, good luck and all the best for your future. Keep Going!:)


Wednesday, 1 November 2017

BUDGET 2018 | Senarai Penuh List Budget 2018 Yang Bakal Dilaksanakan

November 01, 2017 13
Assalamualaikum & Hi Semua!


Senarai Penuh Buget 2018 Yang Bakal Dilaksanakan

[Gambar Sekadar Hiasan]

Sebelum ini saya pernah berkongsi secara kasar tentang Ada Apa Dengan Budget 2018 yang telah diumumkan pada 27 October lalu, dan kini saya ingin melampirkan senarai penuh Budget 2018 yang bakal dilaksanakan. Pelbagai kategori terlibat dalam perubahan antaranya adalah Komuniti dan kejiranan, memartabatkan syiar islam & pengutuhan jati insan, LPPSA, Kebajikan Warga Emas, OKU & kanak-kanak, menyedia infra rakyat berkualiti dan banyak lagi. Nak tahu lebih lanjut, tengok je dekat bawah ni. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@Way2themes

Follow Me