Dua Orang Ahjumma Bergaduh di Dataran Lang Langkawi | Tempat Wajib Singgah di Langkawi

Assalamualaikum & Hi!




Tempat Wajib Singgah di Langkawi

Dataran Lang Langkawi merupakan mercu tanda Langkawi di mana terdapat tugu seekor burung helang besar setinggi 12 meter dan merupakan salah satu tempat menarik dan wajib singgah apabila di Langkawi. Ya, sudah tentu lah sebagai bukti kita telah pergi Langkawi selain daripada naik cable car. Ya tak?



Tahu tak kenapa lah burung helang ni jadi mercu tanda Langkawi? Untuk pengetahuan korang, ia adalah kerana nama Langkawi berasal daripada perkataan Lang, singkatan daripada helang. Manakala Kawi bermaksud perang merah di zaman melayu purba. Hah, gitu rupanya.




Disebabkan terletak di area Kuah yang bertentangan dengan tempat tinggal kami ketika bercuti di Langkawi, iaitu area Chenang, oleh itu kami mengambil keputusan untuk pergi pada hari terakhir kami ketika di Langkawi.  Dan di sini, ingin saya ceritakan apa yang terjadi sepanjang di dataran Lang dan bagaimana dua orang ahjuma boleh bergaduh ketika  berada di dataran Lang.




Dua Orang Ahjumma Bergaduh di Dataran Lang Langkawi | Dataran Lang Salah Satu Tempat Menarik Dan Wajib Singgah di Langkawi



Kenapa ahjumma? Kerana masing-masing mengahjumma kan diri masing-masing kowt. Kita panggil dia ahjumma, dia pun panggil kita ahjumma lagi-lagi bila bergadoh :p (Yang tak tahu maksud Ahjumma/azooma, berasal dari bahasa korea & maksudnya adalah mak cik)

Okay, dan apabila dua orang Bff  bercuti berdua untuk merealisasikan #relationshipgoal :p , mana mungkin takda perselisihan yang datang melanda?  Mana mungkin kami sehati sejiwa aje setiap masa? Dah la masa datang ni hari terakhir kat Langkawi, tiba-tiba time tu lah memasing mula tidak sependapat.




1. Pergaduhan Pertama - Parking


Dari tempat parking, dataran Lang kelihatan begini



Mula-mula masa nak cari parking. Ya, untuk pengetahuan korang, parking dekat sini pada cuti umum biasanya free, tetapi pada hari biasa/hari bekerja di Langkawi iaitu Ahad  hingga khamis, biasanya parking berbayar. Takdalah mahal pun just berapa posen je.


Isunya bukan kerana harga, tetapi kerana sang penjaga ticket harian takda, tetiba kena pulak pergi kaunter dan disuruh beli sebuku ticket parking ==" Padahal kami datang sekejap je nak bergambar-gambar, then terus balik je. Balik KL pulak dah haritu, mana pulak nak hantar berbuku-buku ticket parking tu pulak kan?


Dan apabila kita jenis yang tak amik kisah kena bayar parking ke tak, sebaliknya partner kita pulak jenis yang amik kisah dan dok takut sana sini, takut kena saman (padahal ko yang drive) phew~ memang berbalah pendapat lah kat situ. Ape kes, baru sampai Dataran Lang terus tak sependapat kan? :p Itu satu hal. Dan lastly kami memutuskan untuk parking di tempat lain yang jauh sedikit. Tetapi kan, perasan tak? Kalau someone ni jenis yang tak ikut undang-undang sangat kan :p , tiba-tiba pasti akan dikurniakan kawan-kawan & orang sekeliling yang mementingkan undang-undang dsb ni kan :p




2. Pergaduhan Kedua - Gambar

Tempat Wajib Singgah di Langkawi



Walaupun kami sampai agak awal, kira-kira pukul 8.00 pagi lebih rasanya, tetapi memang agak mengejutkan kerana kawasan dataran Lang sudah dipenuhi dengan begitu ramai orang. Terpaksa bersesak-sesak untuk bergambar, terpaksa tunggu turn kau untuk bergambar. Dan apabila dah tunggu, still ada jugak orang lain yang akan menyelit dan mencelah serta menghalang, itu sungguh menduga kesabaran. ;(


Lebih menimbulkan isu apabila ahjumma pun amik lebih kurang je gambar kau, dengan tak bersedianya, dengan goyangnya, dengan tak center nya, dengan berapa ramai yang menumpang dalam gambar kau. Adesss ==" Dan bila turn dia pulak kita amik lebih kurang, tahu pulak marah dan tak puas hati. Azooma sungguh ==" haha. *tapi dun wurry guys, kami gaduh sekejap je, then berbaik time tu jugak. kata bff :p* Apapun, meh tengok hasil gambar-gambar yang tak menjadi tu =="




 Hasil -hasil gambar yang menstress kan jiwa =="


Hakak seteressss . Ada ke camni hasil gambarnya? ==" 
Me yang berbaju merah tu, tengah tak ready sbb ramai worang. 
 tup2 dia cakap dah setel hambik gambar ==" kau rasa?


Kenapalah pi amik gambar org-org lain tu sekali oi. 



bertambah seteress. 
yang tak menyabar tiba2 datang segroup main interframe gambar org ni dah apehal?
=="




Banyak lagi gambar yang tak menjadi dan menseteresskan jiwa. tapi cukuplah share yang ni je kan. . Kalau senget tu okay lagi boleh edit, tapi pi amik dengan gambar org lain sekali nak edit camana awak ==" Tapi takleh jugak nak salahkan tukang amik gambar, sebabnya tempat tu memang ramai orang & even nampak kita bergambar, sesetengah orang still interframe. sigh"

Setelah di bawak berbincang dari hati ke hati, maka kedua orang azooma itu pun bergerak ke sudut yang lain pada burung helang itu.  Lalu, barulah memasing menunjukkan bakat terpendam memasing  sebagai photographer handalan. Adess :'D



Finally Hasil Akhir 



smile & peace no war. Semua ini demi dirimu helang


Acah-acah tak pandang.
Sebenarnya lenguh leher dibuatnya =="



Tepi sayap helang pun hokay je awa. Asalkan tenang nak bergambar. 


Kedua worang ahjumma yang telah pun berbaik akhirnya.

Happy Ending. Haha



*Dah la sehati sejiwa, tak plan pun boleh terpakai 
baju lebih kurang sama,lepastu ada hati nak gado. hoho*




So, peringatan mesra buat yang nak datang bergambar dekat sini, datanglah seawal pukul 6 pagi ya untuk bergambar dengan tenang dan mendapat hasil yang lebih cantik+ tidak menguciwakan. Sambil tu dapat menyaksikan permandangan matahari terbit. :D

Hokeh bye!



p/s: haha. ahjumma ni tak tahu aku buat post pasal ni. heharap dia tak bacalah. amin ;p 
Dua Orang Ahjumma Bergaduh di Dataran Lang Langkawi | Tempat Wajib Singgah di Langkawi Dua Orang Ahjumma Bergaduh di Dataran Lang Langkawi | Tempat Wajib Singgah di Langkawi Reviewed by nadhie wueen on October 18, 2017 Rating: 5

21 comments:

  1. Haha tang gambar Tu kalau mama pun hangin. Kelakar pun ada

    ReplyDelete
  2. Haha bertabah la tang gambar tu.. Dh la rmi kn pastu hasilnya gtu hehe.. Nasibaik dpt juga gmbr yg ok.. Lama xpi langkawi

    ReplyDelete
  3. Haaa aduiii ,, bertabah lah nad,,, cantik2 kat langkawi nii

    ReplyDelete
  4. hahahaha..tergelak-gelak irda baca entry kali ni..lama tak masuk ni,berwajah baru blog nadhie,baru tahu ahjuma tu makcik eh..nasib bukan makcik bawang kan..haha tapi memang pun bff ni gaduh2 manja je gitu..tapi kelakarlah part gambar yang tak jadi tu ada pula flash nya ramai2...

    ReplyDelete
  5. hi, jom join giveaway.. banyak hadiah best :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  6. hahaha.. part bergambar tu lawak sangat la :p

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. memang kalau masa cuti panjang penuh orang kan nak ambik gambar.. sabar je lah..

    ReplyDelete
  8. Hahahaha aduhh serious lawak. Dah tak macam amek gambar kita dah, mcm amek gambar orang sekeliling tu je

    ReplyDelete
  9. lain kali ajak saya skli, jgnkan nak brgambar dgn helang...yang berbelang2 pun siap sedia utk dipotret

    ReplyDelete
  10. Bila tengok gambar ni baru teringat yang lupa buat entri p Langkawi tahun lepas.huhu
    tapi memang mencabar kalau bergambar dengan Helang ni, gambar tak pernah perfect. huhu

    ReplyDelete
  11. lama tak ke langkawi. ahjumma tu kena bcomplex la bagi rileks sikit

    ReplyDelete
  12. Wahhh. Jauh sis Nadhie wueen berjalan ya

    Dari Malaysia timur ke nun sana di utara Malaysia

    Selamat pergi dan pulang

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. rindunya nak ke Langkawi lg. Kali terakhir ke sana pd dec 2005.

    ReplyDelete
  15. time cuti mmg la ye
    nak bergambar mmg susah :)

    ReplyDelete
  16. hahaha lawak ler part bergambo tu =)

    ReplyDelete
  17. haha.. susahkan nak shoot gambar kita sorang je. sebab tempat ni memang ramai yang mengunjunginya..

    ReplyDelete
  18. Pukul 6 pagi dicadang bergambar jat helang tu. Masih gelapkan masa tu. Muncung helang pun tal nasuk frame

    ReplyDelete
  19. cantik gambo yg last2 tu...baru nmpk aman sentosa...hihi....

    ReplyDelete
  20. nakai ahjuma ahjuma dua orang ni hehehe.. biasa tu gaduh2 manja. tapi kawasan ni panasnya ya rabbi !!! tak sanggop hehehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.