Tips Untuk Move On Dan Melepaskan Seseorang Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part2)

Assalamualaikum & Hi!


Cara Untuk Move On Dengan Cepat Dan Berkesan (Part 2)


Masa ini terlalu singkat untuk dibazirkan. Penuhilah waktu yang ada untuk sentiasa meningkatkan prestasi diri, menghargai insan-insan yang sentiasa bersama kita saat susah dan senang tertutama ibu bapa & family dan menggunakan masa dengan sebaiknya untuk mendapat keredhaan Allah swt. Oleh itu, dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan, bila kita tahu sesuatu perkara itu tidak baik untuk kita, bila kita tahu sesuatu perkara itu tidak mampu dikawal mengikut kehendak kita, dan apabila kita sedar yang sesuatu perkara itu hanya membuatkan kita down sahaja, kita perlu SENTIASA MOVE ON. Move on ke peringkat yang lebih baik. Move on to be a better person, increase your fame, personality & of course your variety of skills.


Sebelum ini saya pernah share Cara untuk move on dengan cepat dan berkesan (Part 1- self care) yang bertujuan lebih untuk membina kekuatan dan jati diri buat seseorang yang sedang menghadapi kehilangan, juga merupakan teknik dan cara untuk move on dengan cepat dan berkesan. Ya, terlebih dahulu carilah kekuatan dalaman. 


Dan pada hari ini ingin saya kongsikan sambungan dari artikel pertama tersebut, iaitu Tips Untuk Move On Dan Melepaskan Seseorang Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part2) yang bertujuan untuk membuang segala rasa cinta yang mungkin masih bersisa di hati seseorang. Buang untuk selama-lamanya. No more you in my life!








Cara Untuk Move On Dan Melepaskan Seseorang 

Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part 2 - Melupakan Sepenuhnya)




1. Busy kan Diri Dengan Pelbagai Aktiviti


Percaya atau tidak, ini lah yang dikatakan peluang! Mungkin selama ini kita dok terperap je dan asyik memikirkan someone, tetapi kini tidak lagi. Pelbagai aktiviti dan peluang sentiasa terbentang luas di hadapan mata. 

Tetapi anda je yang mungkin tak perasan kerana dok terperap je. Contohnya, pergi belajar bahasa mandarin, korea, jepun, perancis, arabic etc & then ambik sijil kelayakan untuk bahasa tersebut secara profesional. Pergi hiking, paragliding, horse back riding, join arching, join sukarelawan, aktiviti kemasyarakatan, bina kemahiran dan kejayaan baru & macam-macam lagi.

Dengan menyibukkan diri dengan macam-macam aktiviti, anda bukan sahaja boleh melupakan insan tersebut, malah perbaiki banyak kelemahan, improve soft skill and communication skill dan juga tambah kawan-kawan baru!


Busy kan diri dengan pelbagai aktiviti.

Menyamar jadi nadhielisa contohnya XD


2. Fikirkan Segala Kelemahan Dan Kekurangan Dia. 


BUKAN GURAUAN. Bunyinya kejam, tetapi berkesan. Untuk melupakan seseorang dan membuangnya dari hati kita buat selama-lamanya, anda haruslah Fikirkan segala kelemahan dan kekurangan orang tersebut. 

Ya, fikirkan segala kelemahan dan kekurangan manusia tersebut. Ini benar, bukan tipu. This is really works! Sis selalu bagi nasihat camni dekat kawan-kawan sis. Pernah jugak dekat insan yang crush dekat sis :p  (I'm sorry bcoz im too young to berchenta time tu, baru 17y/o).

Caranya mudah sahaja. Setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur, gali dan ingat balik sikap buruk dia dan sebut satu per satu sikap buruk dia dalam hati korang. Contohnya "Dah lah mulut berbau, badan berbau ada hati pulak nak dekat aku. " "Dah lah miskin, lepastu berlagak kaya, depan rezeki pun asyik merungut," Haa... contohnya . Contohnya gitu lah. hihi.

Fikirkan segala kelemahan dan kekurangan dia



3. Seranah Dia Setiap Hari Meskipun Hanya Di dalam Hati


Jangan tak percaya. Yes, yang ni pun berkesan jugak tau.  Tapi sis tak suruh you guys pergi seranah insan tersebut depan-depan, call dan sebagainya. Tidak sama sekali. Just seranah dalam hati je okay! Seperti point di atas , setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur atau pendek kata setiap kali you all teringat je pada makhluk tersebut, SERANAH dia! 

Contohnya nama dia Kasmadi *aku guna nama ni sbb rasa takda org guna nama ni kat mesia ni. ye kan? kalau ada sis mintak maap kasmadi. Sebab sis buat contoh seranah guna nama kau* huhuks.

Okay contohnya "Aku benci kasmadi! Aku benci kasmadi." "Kasmadi perangai cam tenuk" "Aku benci Kasmadi till the moon and back and forever ever after. " Ulang setiap kali teringat, selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Percayalah bahawa ianya berkesan.

Tahu kenapa sis suruh seranah? Untuk kebaikan anda juga. Kerana selama ini anda terlalu memuji dia di dalam hati, terlalu melihat sudut yang membuatkan anda rasa dia perfect. But the truth is NO! Setiap orang ada kelemahan. Tapi anda yang membutakan mata anda dari melihat kelemahan itu. So, ingat balik kelemahan itu dan lakukan ia SETIAP HARI! Yeah! Percayalah selepas dari itu, perasaan cinta itu akan beransur-ansur hilang sehingga umpama tak wujud langsung!


Seranah dia setiap hari walaupun di dlm hati.


4. Pergi Tempat Yang Sama & Cipta Kenangan Bersama Orang Lain


The heck disebabkan kita pernah pergi tempat tersebut dengan orang tu, then disebabkan dah broken heart dengan dia, kita tak sanggup pergi lagi? Konon takut teringat. Takut mengalir air hingus. TAIK KUCING?? Ceet! A BIG NO OKAY!! Memang tak lah disebabkan dia kau tak nak pergi lagi tempat tu? What the #^&*(@!#!

So, cara paling mudah untuk anda terus kekal bahagia dan datang balik ke tempat tu tanpa teringatkan balik pada si Kasmadi tersebut adalah dengan mencipta kenangan bersama orang lain! Ya! Pergi je tempat yang anda pernah pergi dengan orang tu dan cipta kenangan baru yang lebih indah dengan orang lain. Sejurus itu, kau hanya akan teringat kenangan indah yang baru dicipta itu. 


Cipta kenangan baru di tempat yg sama dengan org baru XD


5.  Hargai Diri & Puji Diri Di Hadapan Cermin Setiap Hari


Tanamkan dalam diri yang hidup ini harus bahagia dan yang memilih untuk bahagia adalah anda! You hold the keys of your happiness.  So, let go of something you can't control and be happy. Find ur happiness and appreciate yourself more than anything in this world. Of course after your parent! n most importantly is Know your worth!

Selalu ingatkan diri kita yang kita ni berharga! Puji diri setiap hari & katakan yang baik-baik sahaja.  Contohnya "Hanya orang-orang tertentu sahaja seperti putera/puteri diraja sahaja yang boleh memiliki aku." Ceh! haha. Dah jangan lepas ni kau worang hidup dalam fairytales pulak. Sis tak tahu. larikkkk. kekeke


Me amor so beautiful & cute.
I love me. Muahh


6. Buka Hati Dan Terima Insan Lain Di dalam Hidup Anda


Ha.. memang taklah kan kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakarnya. Err.., faham tak apa maksudnya ni? Maksudnya memang takda istilah lah kan, takut nak bercinta lagi, fobia , traumatized dan sebagainya. Takda istilah kowt, "takda siapa boleh gantikan kau" haktuihh sungguh. kekeke. 

Buka hati anda dan beri peluang pada insan-insan yang dah sekian lama menunggu anda untuk memilikinya. But this time, tak perlu lah lama-lama. Tak perlu lah bercinta kowt. if someone tu serious, suruh masuk meminang je terus dan menghalalkan segera lah menghalalkan ikatan tersebut. Moga diberkati dan moga bahagia till jannah. 

Happy Ending. hehe

Would you marry me? kekeke


Okay setakat ini sahaja perkongsian saya. Mana yang baik moga dijadikan ikutan, yang kurang baik tolak tepi sikit tau! hahaha. Btw, ada tak yang pernah cuba cara-cara macam ni? hehe. Kbye!


Tips Untuk Move On Dan Melepaskan Seseorang Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part2) Tips Untuk Move On Dan Melepaskan Seseorang Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part2) Reviewed by nadhie wueen on October 14, 2017 Rating: 5

7 comments:

  1. haha alahai comelnya kartun nadhie xD

    ReplyDelete
  2. mengikut logik akal..

    cara nak move on ialah cari pengganti.

    yang lama akan boleh lupa secara automatik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, seperti yang saya ada sebutkan dekat atas. tetapi tidak haruslah terburu-buru dan main terima macam tu je. Kena lah hati2 dan bila yakin he's the one, barulah proceed to the next stage.

      tak heranlah lelaki bila wife dah takda, cepat je cari penganti? ye tak? upppss 🙊 #mohonjangankecam

      Delete
  3. haha ada yg lawak ada yg ada betulnya. nak pi baca part 1 termiss plak.

    ReplyDelete
  4. Kita terhibur tengok katun Nadhie tuh...hehehe! Ape pun..tips yang sangat menarik dan mampu milik untuk semua golongan. Hahah!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.