Review Movie : Fantastic Beasts And Where to Find Them

Assalamualaikum & Hi!



Apa khabar semua? Sorry lama tak update blog. Kebizian dengan macam-macam aktivti. huhue.  So, today nak update sedikit tentang review movie "Fantastic Beasts And Where to Find Them". Meskipun filem ni telah pun ditayangkan sejak hujung tahun lepas lagi, tetapi baru ni jelah berpeluang dapat tengok. So, pada sesiapa yang belum tengok lagi, boleh la layan review ni. hihi


Merupakan filem sentuhan dari penulis buku Harry Porter, J.K Rowling tampil dengan Fantastic beasts lakonan Eddy Redmayne sebagai Newt Scamander, Tina (Katherine), Jacob (Dan Fogler) dan ramai lagi. 




Sinopsis & Review Fantastic Beasts And Where to Find Them




Kisah ini bermula apabila Newt Scamander, seorang ahli sihir yang kelihatan seperti lelaki biasa yang sentiasa memegang suitcase memulakan perjalanannya ke New York untuk mengkaji tentang fantastic beasts. Untuk pengetahuan anda, kisah Newt berlaku 70 tahun sebelum Harry Potter menyambung pengajiannya di Hogwart dan kisah pengembaraannya telah ditulis Newt dan dibaca oleh Harry Potter.


Niffler. Makhluk yang sukakan duit dan emas. 
Bila terlepas dari suitcase Newt, paling jenuh nak tangkap dia ni.


Keadaan menjadi genting apabila salah satu creatures peliharaannya, iaitu niffler yang sukakan wang dan barang kemas terlepas daripada suitcase misterinya itu. Di mana di dalam suitcase itu terdapat bermacam jenis creatures yang ganjil dan unik yang merupakan fantastic beasts peliharaannya.


keadaan dalam suitcase Newt. Rupanya ada sebuah dunia yang berbeza


Antara makhluk peliharaan Newt yang pernah terlepas dan dilepaskan. 


Dalam asyik mencari Niffler, Newt tak perasan yang gerak-gerinya diperhatikan oleh Tina yang akhirnya menganggu pencariannya dan membuatkan lebih banyak creatures terlepas dari suitcase nya. Dalam masa yang sama pelbagai kejadian misteri berlaku. 


Tina si busy body yang akhirnya menjadi kawan Newt


Aiihh.. bila tengok ni rasa macam nak hempuk je Tina ni dengan kerusi,. Disebabkan Tina cuba membersihkan namanya,  tak pasal-pasal dia menganggu Newt sampai  terbantut plan Newt. Selain itu, Tina juga turut membahayakan nyawa Newt, creatures peliharaan Newt dan paling padan muka nyawa Tina sekali. Tak pasal-pasal dia dibawa ke pengadilan dan hampir je dibunuh. Namun akhirnya telah di selamatkan oleh Newt. 


Dan selepas itu mereka masing-masing mula bekerjasama untuk merungkai misteri yang berlaku.Pembunuhan yang terjadi secara misteri, memburu creatures yang hilang Kalau nak tahu kenalah tengok sendiri kan? hihi

Wokay setakat ini sahaja. Thanks sudi baca. Okay babai ^^


Comments

  1. ramai yang kata Fantastic Beast boring :') so I was holding my back sampai better quality keluar lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata boring tak jugak. best je layan ritu. hihi. maybe lain2 taste kowt. Ouh if download online better quality mmg dah kuar

      Delete
  2. Filem yang menarik, teringin nak tonton selepas baca review ni

    ReplyDelete
  3. Bagi saya macam hmmm biasa-biasa ja kot movie ni.
    Sebab tak tahu la, I was expecting for more kot haha.

    ReplyDelete
  4. Kesemua nad review untuk filem semua best2 .sebab suka jenis cerita macam ni hiii

    ReplyDelete
  5. cute je makhluk peliharaan Newt tu..sekali-sekala layan citer fantasi mcm ni, best gak...

    niffler tu toyol versi mat salleh..hihi..

    ReplyDelete
  6. Akak suka tengok citer ni, anak belum tengok mamanya yang tengok dulu :)

    ReplyDelete
  7. boring x boring, kalau citer fantasi ni sy layan ja 😁

    ReplyDelete
  8. wow! tak pernah tengok lagi cerita ni. nanti nak tengok la

    ReplyDelete
  9. belum tengok beauty and the beast.. haha tu utk mood orang bercinta je, ai single hehehe

    ReplyDelete
  10. Sampai sekarang Siqah tak tengok lagi filem ni. Ada tayang kat Astro Best ke? Cam takde je kan?

    ReplyDelete

Post a Comment