Monday, 25 December 2017

Review Movie Pitch Perfect 3 Di Pawagam 28 December 2017 Ini

December 25, 2017 13
Assalamualaikum & Hi Semua!

Review Movie Pitch Perfect 3 Di Pawagam 28 December 2017 Ini


Baru-baru ini saya telah mendapat jemputan untuk menghadiri tayangan perdana filem Pitch Perfect 3 anjuran SushiVid dan United International Pictures Malaysia yang bertempat di TGV 1 Utama, Bandar Utama. Sekejapan dapat lah escape dari 'zombie life' dan lari dengan kesibukan kerja dan study. 

Seawal jam 7.50pm saya telah hadir di TGV 1 Utama dan sempat menyaksikan suasana yang pada awalnya lengang menjadi begitu meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir dari bermacam tempat. Okay, sejujurnya saya tak pernah layan sequel yang pertama, tetapi bila dapat jemputan begini, memang rasa patut saya keluar dari genre yang sudah menjadi kebiasaan seperti seram, action dan fantasi. So apa cer kan Pitch Perfect 3 ni? Best ke tak? Kena citarasa ke tak kan bila ia bukan genre kebiasaan kita?



Review Movie Pitch Perfect 3

Review Movie Pitch Perfect 3
Genre:  Comedy
Cast:  Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee
Steinfeld,
Brittany Snow, Anna Camp, John Lithgow, DJ Khaled,
Hana Mae Lee, Ruby Rose, Alexis Knapp, Chrissie Fit,
Ester Dean, Shelley Regner, Kelley Jakle with John
Michael Higgins and
Elizabeth Banks
Directed by:  Trish Sie
Screenplay by:  Kay Cannon and Mike White
Story by:  Kay Cannon
Based on the Book by: Mickey Rapkin
Produced by:  Paul Brooks, Max Handelman, Elizabeth Banks
Executive Producers:  Jason Moore, Scott Niemeyer, David Nicksay



Secara ringkasnya Pitch Perfect 3 merupakan kesinambungan dari Pitch Perfect sequel filem yang pernah mengutip keuntungan sebanyak lebih 400 Million box office. Ia mengisahkan liku-liku sekumpulan remaja perempuan yang menamakan group mereka Bella. Bella akhirnya telah bergraduasi dan membawa jalan hidup masing-masing. Dan mereka jua menghadapi situasi di mana susah untuk mendapatkan pekerjaan yang mengikuti bakat mereka . Namun, mereka masih selalu keep in touch sehinggalah sebauh reunion membuatkan mereka bercadang untuk mengikuti sebuah tour bersama di mana dari situ bermulalah sebuah perjalanan yang penuh suka duka.


Sekumpulan Bella yang punyai kelebihan masing-masing

Jalan cerita bermula apabila penonton tiba-tiba di bawa menyelusuri ke pedalaman laut sehinggalah melintasi ke dalam sebuah kapal persendirian di mana sekumpulan gadis sedang membuat persembahan dan menyanyi di atas kapal. Efek dan kesan khas yang dikenakan membuatkan saya seolah-olah berada di situ. Menarik! Tambahan lagi banyak part-part menarik dan adegan kelakar , terutamanya dengan perangai selamba dan happy go lucky si Amy ni. Memang tak kering gusi dibuatnya. 

Geram je tengok perangai si Amy ni , gila-gila dan lawak-lawak je dia.
Karakter dia buatkan aku rasa dia ni seorang yang comel dan special :)


Namun, bila awal-awal start menunjukkan beberapa orang gadis sedang rancak menyanyi di atas sebuah boat mewah, sangka saya disebabkan ini merupakan sequel ketiga Pitch Perfect 3, mungkin kumpulan tersebut telah menjadi terkenal dan praktis menyanyi pun dalam kapal mewah kan. Dan mungkin juga mereka sedang bercuti di situ? Owh tidak rupanya. Ada kisah disebalik itu sebenarnya. Nak tahu apa yang berlaku? Dan kenapa mereka boleh tiba-tiba berada di situ? Kenalah saksikan sendiri Pitch Perfect 3 di pawagam berhampiran korang pada 28 December 2017 ini!

Tak rugi dan memang terbaiklah jalan ceritanya. Pendek kata takda part yang boring. Ada sahaja adegan-adegan yang mencuit hati dan membuatkan kita tak kering gusi bila tengok. Okay happy Watching!


Di Pawagam 28 December 2017 Ini

PITCH PERFECT 3 IN  CINEMA 28 DECEMBER 2017





Sunday, 17 December 2017

Lirik Lagu Insan Bernama Kekasih - Unic

December 17, 2017 13
Assalamualaikum & Hi Semua!

Lirik Lagu Insan Bernama Kekasih - Unic


Bait-bait kata yang lembut dan indah.... cinta yang berlandaskan islam, membuatkan saya terpaku ketika pertama kali mendengarnya. Sungguh siapa yang tidak mendambakan cinta seperti itu? Indahnya bila cinta dan mencintai kerana Allah dan indahnya bila ianya mengikut syariat islam. :) Dari form 3 saya layan lagu ini sehinggalah sekarang masih menyukainya. 

Pun begitu, beberapa tahun kebelakangan ini, industri nasyid tanah air semakin tenggelam, sedangkan bakat-bakat yang ada pada mereka sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Lagu-lagu berunsur islamik semakin dilupakan membuatkan kita semakin layu.

Pun begitu, syukur rasanya apabila adanya program seperti Gema Gegar Vaganza yang merupakan platform yang boleh mengangkat semula industri nasyid tanah air. :) Ya, kerana temanya yang menginginkan lagu berunsur positif dan motivasi. Cayalah. So, jom hayati lirik lagu insan bernama kekasih nyanyian kumpulan Unic suatu ketika dulu.



Friday, 15 December 2017

Geng Study Group

December 15, 2017 12
Assalamualaikum & Hi Semua!

Study Group Atau Individu Mana Satu Lebih Baik?



Salam jumaat. Sihat ke? Lama saya tak menyinggah blog. Seriously hujung tahun ni masa agak pax.  Masuk bulan 12 ni memang tersangat busy dengan task, assignment, midterm exam, lab,  presentation dan sebagainya. Kadang-kala , sampai dah terlelap mata pun, mulut still bercakap sebab tengah menghafal sesuatu ke apa. Kadangkala, tangan masih lagi menaip. Sedar-sedar je. Eh aku cakap apa tadi? Eh aku taip apa tadi? Sampai gitu sekali jadinya. Seriously memang takda masa ikutkan nak jenguk blog. Nak pergi event ke function ke apa lagi lah. Harapan jelah. Even beberapa servis & voucher spa treatment yang akan berkakhir hujung tahun ni pun, terpaksalah diucapkan bubye setelah lama diperam.


Apapun saya sangat berterima-kasih dan bersyukur kerana sentiasa ada tetamu yang datang berkunjung ke blog yang tak seberapa ni. Bila sesekali bukak dan tengok trafik semua masih maintain, alhamdulillah sangat. Terima kasih pada yang datang berkunjung baik dikalangan blogger mahupun reader. :) Seriously saya sangat berterima-kasih pada korang. ;)


Bila sesekali datang jenguk. Then tengok ada visitor blog, rasa terharu :')




Study Group Atau Individu Mana Satu Lebih Baik?


Btw, memandangkan saya masih dalam mood study, nak tanyalah pendapat korang. Antara study group atau individu, mana satu yang menjadi pilihan korang? Ada orang selesa study sendiri kerana merasakan jauh lebih fokus. Tetapi ada juga yang lebih gemarkan study group kerana baginya senang nak berkongsi ilmu. Bagi saya pula dua-dua okay. Dua-dua ada pro dan kontranya. Kerana ada subject yang kita selesa bila study sendiri, contohnya bila buat coding, system dan yang seumpama dengannya. Memang kita memerlukan fokus yang tinggi. Jadi lebih baik siapkan yang tu sendiri. Dan bertanya bila perlu sahaja. 


Tetapi lain pula bagi subject yang melibatkan teori yang banyak , pengiraan seperti mathematic , calculus , theory of computer science dan sebagainya. Untuk subject seperti itu, kita memerlukan kawan untuk memberi tunjuk ajar, untuk sama-sama sharing ilmu , bertukar-tukar pengetahuan masing-masing, pendapat dan sebagainya. Dan ya,  saya akui study group sangat membantu untuk subject seperti ini. :')

Ahli tetap kami. :) Bertukar-tukar ilmu dan pengetahuan masing-masing 
merupakan salah satu benefit dari study group.

Antara Pro Dan Kontra Study Group Atau Individu


Time tu saya sedar yang saya perlukan study group sejak saya beritahu masalah tersebut dengan salah seorang classmate, bahawa saya tak boleh fokus study sensorang. Takda mood. Sekejap kang studi, sekejap kang golek-golek, dan sekejap lagi main social media, games, stalk crush dsb. Ada beberapa kali jugaklah saya try ajak dia dan ada seorang akak ni study sesama, tetapi mereka berdua tak nak disebabkan masing-masing jenis yang suka study individu. So, that guy pun galakkan saya untuk join study group dengan ada beberapa orang classmate kami yang aktif dengan aktiviti study group.

So bermula dari situ, ya kami pun jadi geng study group yang tetap. Biasa kami study time-time nak final exam. Dan pada saya ia sangat membantu untuk lebih fokus disebabkan perasaan saya lebih motivated bila tengok orang lain study sekali. XD Baru rasa semangat dan ada persaingan di situ kan. hahaha. Selain itu bila study group ni, secara tak langsung kita boleh memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sekiranya membincangkan sesuatu isu atau permasalahan. Lagi-lagi apabila masing-masing bertukar fikiran mahupun pendapat. So, kita boleh lihat sesuatu perkara dari perspektif berbeza.

Tetapi, kadang-kadang, bila dah study group ni, menyembang memang tak sah kan. XD. Macam-macam topik ada. Daripada studi, kerja (ya , kami kerja sambil belajar), gosip, soal jodoh menjodohkan :P , kutuk mengutuk antara satu sama lain (Dah biasa kena ada sorang ni selalu cakap design aku buruk - Okay fine), bahan-membahan dan macam-macam lagi.  Semua keluar. Part membahan ni bila kita sorang je perempuan di situ dan mereka bersatu dengan kaum sejenisnya, memang bengang je rasa.

Antara perkara lain yang menjadi kontranya, bila nak cari tempat sesuai untuk study dan berkumpul kat mana. Memandangkan kami student luar. Dan bila nak study ni, beberapa element ni sangat penting bagi saya antaranya tempat bersih, tandas bersih, plug banyak , ada wifi, dekat dengan surau dan sebagainya. Mujurlah mereka selalu je beralah dan ikut pilihan sis. hehe *Padahal sebenarnya memang sekepala & ada kimia-kimia di situ XD *


Kadang-kadang cengginilah yang kontranya, fokus hilang.
 Yang dua orang tengah rancak berbual pasal masa depan, yang lagi sorang pergi main social media,
& sorang lagi terkulat-kulat sendirian. Haha. Ada pembaziran masa di situ. XD 


Pentingnya Give And Take


Nama pun study group, jadi sangat penting ada give and take. Mungkin hari ni si A yang sharing ilmu dekat kita, esok lusa si B pula share pengetahuannya dalam subject yang lain. Yelah tak semua orang ada kepandaian dan kefahaman yang sama. Disebabkan itu pentingnya study group untuk melengkapkan mana yang kurang. Yang penting tak kedekut ilmu. Dan usahlah orang yang sama je dok mengajar kita kan, tuh dah jadi macam tenaga pengajar dah tu XD Sebab tu give and take dan tolak ansur tu penting bila studi group.

Yang penting, kita rasa selesa di samping mereka, takda rasa awkward, takda rasa macam outsider or stranger. Baru rasa selamat dan senang hati nak study kan? Ye tak?

Mendengar ceramah motibasi sambil tak fokus. hahaha.
*tu nampak tu yang tangan buat gaya tu, sebenarnya tgah ceramahkan sis* XD


So, antara study group atau individu yang mana satu pilihan korang? Dan kenapa korang rasa ianya lebih baik? hehe. Okay setakat ini sahaja. Jumpa lagi dikemudian hari.Babai!

Tuesday, 12 December 2017

Keep Going

December 12, 2017 6
Assalamualaikum & Hi!


No matter what you do, no matter how many times you screw up 
and think to yourself "There's no point to carry on", 
No matter how many people tell you that you cant do it, keep going. Don't quit.

Don't quit, because a month from now you will be that much closer to your goal than you are now.
Yesterday you said tomorrow. Make today count. 



#quote #quoteoftheday

Friday, 1 December 2017

Salam Maulidur Rasul 1439H/2017

December 01, 2017 10
Assalamualaikum & Hi Semua!

Salam Maulidur Rasul 1439H/2017


Salam Maulidur Rasul 1439H! Di hari jumaat yang mulia ini bersempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW kita, jom banyak-banyak kan berselawat ke atas nya! :) Moga kita sentiasa menjadi umat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah & Rasulnya! Amin!

Wednesday, 29 November 2017

Friday, 17 November 2017

Apple iPhone X Akan Mula Dijual Di Pasaran Malaysia Bermula 24 November 2017 ini

November 17, 2017 16
Assalamualaikum & Hi Semua!

Apple iPhone X Akan Mula Dijual Di Pasaran Malaysia Bermula 24 November ini




Annoying pulak kebelakangan ni keluar notification untuk update apps. Ingatkan ada function baru, rupanya tujuan update adalah untuk diselaraskan kesesuaiannya bagi features pada iPhone X. Mana tak annoying, dah kita pun bukan pengguna iPhone X. XD Dekat pasaran pun belum ada lagi sebelum ini.

Btw, kat sini ada peminat iPhone tak? Jika ada, ya ada berita baik buat peminat iPhone yang ingin mendapatkan iPhone X, untuk pengetahuan anda, ia akan mula berada di pasaran Malaysia pada  24 November 2017 ini.

Apple iPhone X


Bagi yang belum pasti lagi akan fungsi dan features pada iPhone X, nak tahu lebih lanjut, anda boleh merujuknya di sini iaitu link tentang Ciri-ciri terbaru pada iPhone X yang pasti membuatkan anda terkecur liur tika melihatnya. 

Untuk pengetahuan anda iPhone X 64 GB akan dijual dengan harga RM5149, manakala iPhone X 256GB pula akan dijual dengan harga RM5,899. Bagi penggila dan pengumpul iPhone, iPad dan sebagainya, haa apalagi! Sediakan poket anda okay! Dan jangan lupa datang beberapa jam lebih awal untuk menjadi orang terawal mendapatkan iPhone X!


Worait. Setakat ini sahaja! Babai!


Tuesday, 14 November 2017

Printcious Platform Untuk Mencetak Pelbagai Jenis Hadiah

November 14, 2017 3
Assalamualaikum & Hi Semua,

 “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”


'Good times come and go,
But the memories last forever.'
-Quote


Seperti petikan kata-kata di atas, semua orang punyai memori. Ada yang suka, ada yang duka. Namun apa yang penting, memori itulah yang mendewasakan kita. Dan memori yang indah mungkin ingin dikenang buat selama-lamanya dan diabadikan di suatu tempat. Sebagai tanda penghargaan dan menunjukkan betapa pentingnya ia pada kita.  :) Sebelum ini, saya pun pernah tercari-cari tempat untuk mencetak gambar-gambar kenangan dan mengabdikan ia dengan cara yang kreatif, sehinggalah tiba-tiba terjumpa website printcious ni, memang menarik hati.


Pada yang ingin mengabdikan segala memori dan kenangan indah bersama yang tersayang, mungkin anda boleh mencuba platform ini, iaitu Printcious Online Shopping . Seperti tagline mereka  “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” Di mana anda bukan sahaja boleh mengabdikan kenangan yang terlakar, malah pada pelbagai platform pula tu. Contohnya pada T-shirt, Mugs, cushions, phone cases, ceramic tiles dan banyak lagi! Paling penting boleh personalized dan DIY sendiri pula kenangan kita itu. So, jom tengok apa yang menarik.


Saturday, 11 November 2017

Lazada Online Revolution Sales Bermula Dari 11.11.2017 Sehingga 14.12.2017 ini

November 11, 2017 7
Assalamualaikum & Hi Semua!

Lazada Online Revolution Sales

11.11. 2017. Satu tarikh yang sangat cantik. Pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis perkahwinan, dan begitu juga SALE!! Merata-rata online shopping yang buat SALE, tak terkecuali LAZADA Malaysia! Untuk pengetahuan anda, bersempena 11.11.2017 sehingga 14 December 2017 ini pihak Lazada akan membuat Lazada Online Revolution saless! Di mana bukan sahaja discount yang banyak yang ditawarkan, malah voucher bernilai hingga ratus ringgit! Bersempena Lazada Online Revolution Blogger Contest ini, jom ikuti sesi soal jawab bersama Lazada. Ahaks XD

Friday, 10 November 2017

Fit & Foodie Carnival Bakal Diadakan Di Seremban 2 Pada 19 November 2017 Ini

November 10, 2017 11
Assalamualaikum & Hi Semua!

Fit & Foodie Carnival Bakal Diadakan Di Seremban 2 Pada 19 November 2017 Ini
Dari kiri : Goh Liu Ying, Chef Dato Fazley & Dato' Hoo Kim See

Makanan yang sedap, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan gaya hidup yang sihat. Siapa yang tidak mahu bukan? Beruntung warga Seremban apabila pihak IJM Land bakal mengadakan karnival Fit & Foodie sebagai karnival tahunan mereka yang bakal diadakan di IJM Land S2, Sales Office, di Seremban 2 pada 19 November 2017, dari 9am hingga 6pm ini.

Thursday, 9 November 2017

Grand Finale & Gala Dinner of Miss World Prestige International Pageant 2017

November 09, 2017 13
Assalamualaikum & Hi Semua!


Miss World Prestige International Pageant 2017



Outward Appearance. Inner Beauty. Social Contributions. Itulah antara ketiga-tiga ciri yang dicari oleh pihak penganjur sebelum peserta tersebut dinobatkan sebagai Miss World Prestige International Pageant 2017.  Pada 12 Oct 2017 yang lalu, saya berkesempatan menghadiri sebuah event bertaraf antarabangsa, iaitu Miss World Prestige International Pageant 2017" Grand Final & Gala Dinner yang telah diadakan di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway.  Bertujuan untuk setanding dengan majlis-majlis besar seperti di Paris, World Prestige International pada tahun ini bertemakan kata-kata  di bawah ini :

Tuesday, 7 November 2017

Cara Mengelakkan Application Di iOS Daripada Mencuri Password Dan Apple ID Anda

November 07, 2017 6
Assalamualaikum & Hi Semua!

Cara Mengelakkan Application Di iOS Daripada Mencuri Password Dan Apple ID Anda
Credit Image : Apple.com




Apple dan iPhone. Siapa yang tidak kenal akan jenama terkenal dan popular ini kan. Tetapi ia belum tentu benar-benar selamat. Sebelum ini , Felix Krause, yang merupakan seorang penyelidik keselamatan telah mendedahkan bahawa aplikasi-aplikasi pada iPhone iPhone mampu merakam tanpa pengetahuan kita jika diberi kebenaran pada kamera, mengesan lokasi serta mengambil foto dan video secara senyap-senyap.

Baru-baru ini Felix Krause tampil dengan isu baru bahawa jika anda tidak berhati-hati, sebarang aplikasi iOS (apps) yang dipasang (download and installed) pada iPhone boleh mencuri Apple ID anda. Kerana aplikasi berniat jahat juga boleh meniru kotak dialog kata laluan Apple seperti yang tertera diimej bawah.

Popup betul(kiri) dan palsu(kanan)

credit image :lifehacker


Berdasarkan popup di atas, memang sukar kan nak bezakan antara yang betul dan palsu?  Apatah lagi sebagai pengguna produk Apple, samada iphone, iPad dan sebagainya, pasti kita akan selalu diminta untuk memasukkan Apple ID dan password, terutamanya ketika hendak  mendowload atau membeli aplikasi di Apple Store. Jadi bagaimana untuk mengelakkan daripada Apple ID dan password korang kena curi kan? 



Sebenarnya mudah je caranya untuk menguji mana palsu , mana betul. Apabila keluar popup seperti di atas dan meminta Apple ID dan password anda,  tekan je button HOME untuk menutup aplikasi tersebut. Jika aplikasi itu ditutup dan popup tersebut hilang, maknanya ia adalah popup palsu. 


Sebab popup dialog asli daripada Apple biasanya tidak akan hilang selagi kita tak tekan button Sign In atau cancel. Macam-macam cara dah kan untuk pihak scammer 'membuat duit' secara mudah. Disebabkan itu, kita kena sentiasa berhati-hati and educate ourselves regarding the matter. So stay educated & stay safe. :)


Sumber: Lifehacker




Giveaway Pertama Dari Blog Irdagarmin

November 07, 2017 11
Assalamualaikum & Hi Semua!

Giveway Pertama Dari Blog Irdagarmin
(Click banner untuk join)


Apa khabar? Hi Semua. Sihat ke? Kebelakangan ini agak busy dengan macam-macam benda, assignment, task & sebagainya dan jarang ada masa untuk berblog. Apapun di harapkan moga semua yang membaca berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin! Btw, bosan-bosan takda buat apa, jomlah join giveaway pertama dari blog Irda ni. Hadiah yang bakal diberikan jugak menarik! Iaitu tiga buah buku motivasi karya H.M Tuah Iskandar buat pemenang bertuah! Wahh.. siapa yang taknak kan? Dan paling penting buku tersebut semua baru-baru tau. Bau kedai lagi Hihi


Btw, apa yang saya suka sebenarnya lebih pada isi dalam buku tersebut dan suka sangat dengan gaya dan cara penulisan HM Tuah Iskandar yang penuh motivasi dan kata-kata positif. Siapa yang tak pernah baca mungkin boleh cuba chance ini untuk membacanya.


Okay jadi macam mana nak join? Mudah je


Syarat-syarat Nak Join

1. Follow blog irdagarmin.


3. Buat 1 entri, letak banner dan  backlink kan ke entri ini.
Dalam entry  : jika uols ada baca blog irdagarmin sebelum ini,apa topik yang korang suka,banking?atau apa-apa je komen untuk penambah baikkan untuk penulis.cth:(blog irda ni cacamarba,blog irda ni too personal..blog irda ni asyik cite business je bosan lah atau ..blog irda ni best :D huhuheheh)


4. Tinggalkan link entry di ruangan komen untuk irda jejak uols.


Giveaway akan bermula dari  4 November 2017 (12pm) hingga 4 December 2017 (12am)





Komen Berkenaan Blog Irda


Okay, secara peribadinya memang selalu singgah blog Irda sebab terdapat banyak info-info menarik berkaitan kewangan, business yang boleh diperolehi di situ. Gaya penulisan irda juga santai dan tidak terlalu berat, mudah di fahami dan pasti akan memberi motivasi pada sesiapa yang membacanya. Pendek kata, takda yang carca marba lah :p So far tengok template Irda pun kemas aje & memudahkan pembaca ;)

Okay antara perkara yang kita suka bila singgah blog Irda ni adalah sebagai contoh bila Irda cerita semula pengalaman-pengalaman bekerja Irda, macam mana Irda mengejar apa yang Irda suka buat berbanding $$, sangat memberi inspirasi. Paling suka artikel cara menjemput rezeki tu. :)

Okay Irda, good luck and all the best for your future. Keep Going!:)


Wednesday, 1 November 2017

BUDGET 2018 | Senarai Penuh List Budget 2018 Yang Bakal Dilaksanakan

November 01, 2017 13
Assalamualaikum & Hi Semua!


Senarai Penuh Buget 2018 Yang Bakal Dilaksanakan

[Gambar Sekadar Hiasan]

Sebelum ini saya pernah berkongsi secara kasar tentang Ada Apa Dengan Budget 2018 yang telah diumumkan pada 27 October lalu, dan kini saya ingin melampirkan senarai penuh Budget 2018 yang bakal dilaksanakan. Pelbagai kategori terlibat dalam perubahan antaranya adalah Komuniti dan kejiranan, memartabatkan syiar islam & pengutuhan jati insan, LPPSA, Kebajikan Warga Emas, OKU & kanak-kanak, menyedia infra rakyat berkualiti dan banyak lagi. Nak tahu lebih lanjut, tengok je dekat bawah ni. 

Tuesday, 31 October 2017

Koleksi Pelbagai Jenis Tutorial Tudung Yang Mungkin Menarik Hati Anda

October 31, 2017 10
Assalamualaikum & Hi!

Koleksi Pelbagai Jenis Tutorial Tudung Yang Mungkin Menarik Hati Anda

[Sumber Gambar : Tulip Hijab]


Sebagai wanita ni kita kena sentiasa jaga kekemasan dan penampilan diri. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri jugak. Selain daripada gaya dan pemakaian yang kemas dan menarik, makeup pun still kena lah sikit, biar nampak berseri. Yup mak saya sendiri selalu tegur kalau nampak tiba-tiba keluar selekeh gitu je. Bak kata my Mom "Makeup lah cket, biar nampak berseri wajah. Pakai lipstick pun jadilah"


And for your information, lelaki ni cakap je tak suka tengok perempuan makeup tebal, konon nak natural je. Tapi the truth is mereka bukan suka perempuan tanpa mekap, mereka suka tengok perempuan bermekap, tak kisah tebal ke tak, tapi hasil mekap tu nampak natural. Ya, tak kisah tebal mana, yang penting hasilnya natural. Hah, gitu ya. Gitu. Mohon mengerti. Hah, macam dah masuk topik makeup pulak.


So, berbalik pada tudung, anda bosan tak dengan gaya bertudung yang sama? Hah, maybe lepas ni boleh try pulak gaya tudung lain dengan pelbagai koleksi dan tutorial bertudung yang saya kongsikan di bawah ni. Manalah tahu kowt ada gaya yang berkenan di hati dan belum pernah try lagi sebelum ni, so boleh lah try kan. Barulah nampak kelainan dan berseri sikit kan bila dah tukar gaya bertudung ni. hehe



Sunday, 29 October 2017

Ada Apa Dengan BUDGET 2018?

October 29, 2017 13
Assalamualaikum & Hi semua
Pada 27 october yang lalu , bersamaan 7 Safar 1439 Hijrah, Budget 2018 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita, iaitu Dato Sri Najib Tun Razak. Pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai berikutan budget 2018 tersebut. Tentang itu saya tidak mahu mengulas lanjut. Masing-masing ada hak untuk menilai sesuatu perkara itu. Okay bagi yang tak sempat lagi tengok budget 2018, di sini saya akan highlights kan dahulu beberapa perkara yang telah disebutkan pada budget 2018 beberapa hari yang lalu.

Friday, 27 October 2017

[ALERT] Bad Rabbit Ransomware Kini Telah Mula Merebak!

October 27, 2017 7
Assalamualaikum & Hi!


[ALERT] Bad Rabbit Ransomware Mula Merebak!

credit image : courtesy of google


Sejak selasa lalu bersamaan dengan 24th October 2017, Bad Rabbit Ransomware yang seolah-olah merupakan kesinambungan daripada ransomware Wanna Cry (Awal tahun) dan Not Petya (Sekitar June lalu) ransonware, kini telah mula merebak disekitar Eropah. Antara Negara-negara yang sudah dijangkitinya dan telah dilaporkan dikesani virus Bad Rabbit Ransomware ialah Russia, Ukraine, Germany dan Turkey. Mengikut laporan dari The Guardian, target utama Ransomware tersebut adalah "Corporate Network" dan financial organizations. 


Selain itu, tempat paling banyak dikesan telah menjangkiti virus tersebut adalah Russia, di mana antara organisasi yang terlibat menjadi mangsa adalah tiga Russian website, Airport Ukraine, & Railway system di Capital City, Kiev. Di mana ia juga telah melumpuhkan sebahagian besar  operasi organisasi terbabit setelah mengunci(encrypted) servers dan workstations mereka, menyebabkan flight delays, masa train tertangguh dsb.


Untuk pengetahuan anda, Not Petya iaitu virus jahat yang telah dikesan pada June yang lalu, telah membuatkan banyak organisasi menelan kerugian sebanyak Berbillions pounds setelah virus terbabit menjangkiti Network dan melumpuhkan sebahagian besar system-system, file-file penting, server, workstation dan sekaligus merosakkan kelancaran organisasi yang dijangkitinya. Ditakuti seandainya Bad Rabbit jugak memberikan kesan yang sama. Phew~ Lepas satu -satu. Berjaya tumpaskan yang ni, dia create pulak version baru. So , apa yang anda patut tahu tentang Bad Rabbit Ransomware ni?

Wednesday, 25 October 2017

Zayn Malik feat. Sia - Dusk Till Dawn Lyrics

October 25, 2017 8


Zayn Malik ni memang datang dengan package lengkap kan? Rupa paras yang kacak & suara dia.  :) 
Lagu banyak best-best
Dan rupa dia jugak mengingatkan aku pada seseorang  XD. haha




"Dusk Till Dawn"
feat. Sia




[Zayn:]

Not tryna be indie
Not tryna be cool
Just tryna be in this
Tell me are you too?


Can you feel where the wind is?
Can you feel it through
All of the windows
Inside this room?

Sunday, 22 October 2017

Tanda-tanda Seseorang Terlalu Obses Terhadap Anda

October 22, 2017 17
Assalamualaikum & Hi!


Tanda-tanda Seseorang Terlalu Obses Dengan Anda


Sudah berapa tahun berlalu. Dia masih sama. Masih lagi obses pada orang yang sama. Jika diukur dari tahap kesetiaan, ya dia memang setia. Setia obses pada gadis yang sama. Tetapi sayangnya, obses bukanlah cinta! Untuk pengetahuan anda, obses tidak boleh disamakan dengan cinta. Dari pandangan mata kasar, obses kelihatan sama seperti cinta. Tetapi hakikatnya bukan. Golongan ini bahaya sebenarnya, kerana mereka boleh jadi penganggu hidup kita. Dari segi luaran, mungkin ada yang nampak baik, tetapi dalamannya sangat bahaya. Dia merupakan pembenci dalam diri seorang pencinta.


Entah apa yang membuatkan dia jadi begitu, entah di mana silapnya, saya pun tidak tahu. Terkadang saya keliru, buntu. Di mana silapnya? Kenapa dia boleh bersikap begitu? Tidak saya sedari apa sebenarnya yang berlaku dan membuatkan saya sering tertanya-tanya tentang sikapnya, sehinggalah saya temui ciri-ciri ini. 


Saturday, 21 October 2017

Kelebihan-Kelebihan Menyertai SushiVid Buat Blogger Dan Social Media Influencer

October 21, 2017 11
Assalamualaikum & Hi Semua!




Ada bermacam sebab kenapa seseorang itu berblogging. Ada yang sekadar ingin berkongsi apa yang dirasa, berkongsi pengalaman indah, pengetahuan dan sebagainya. Ada juga yang berblogging kerana minat, kerana ingin mengisi masa lapang, manakala ada juga yang promote servis, berkarya dan ada juga yang sekadar untuk menjana pendapatan bulanan. 


Okay, tidak kira apa yang kita lakukan, pasti rasa seronok kan bila tiba-tiba sesuatu yang kita buat sebagai hobi dapat membantu menjana pendapatan harian.  Kiranya takdalah kita rasa macam kita je syok sendiri buat blog ni kan? Bila dapat menjana pendapatan harian, nampaklah yang blog kita ni berhasil & ramai yang membaca, Lagi-lagi apabila client sendiri yang memilih blog kita untuk  dijadikan medium pengiklanan mereka.


Begitu juga social media influencer. Atau sesiapa sahaja yang rasa dirinya layak. Alang-alang dah femes, time ni lah boleh buat duit kan? Mula-mula teragak-agak jugak nak join SushiVID ni even banyak blogger lain yang share. Then, tup-tup nampak Kak Wani buat advertorial berkenaan SushiVID. Bila tanya, barulah segala kemusykilan terjawab. HEHE. Jadi dekat bawah ni lah antara kelebihan menyertai SushiVID.


Wednesday, 18 October 2017

Dua Orang Ahjumma Bergaduh di Dataran Lang Langkawi | Tempat Wajib Singgah di Langkawi

October 18, 2017 21
Assalamualaikum & Hi!




Tempat Wajib Singgah di Langkawi

Dataran Lang Langkawi merupakan mercu tanda Langkawi di mana terdapat tugu seekor burung helang besar setinggi 12 meter dan merupakan salah satu tempat menarik dan wajib singgah apabila di Langkawi. Ya, sudah tentu lah sebagai bukti kita telah pergi Langkawi selain daripada naik cable car. Ya tak?



Tahu tak kenapa lah burung helang ni jadi mercu tanda Langkawi? Untuk pengetahuan korang, ia adalah kerana nama Langkawi berasal daripada perkataan Lang, singkatan daripada helang. Manakala Kawi bermaksud perang merah di zaman melayu purba. Hah, gitu rupanya.

Monday, 16 October 2017

5 Cara Berbeza Untuk Check SEO Blog Anda

October 16, 2017 15
Assalamualaikum & Hi!

5 Cara/ Website Berbeza Untuk Check SEO Blog Anda


SEO atau dikenali sebagai search engine optimization dan trafik tidak mungkin boleh dipisahkan. Selain daripada content yang bagus, berkualiti dan ORIGINAL, SEO yang baik merupakan perkara utama yang harus dititikberatkan oleh seorang blogger. Jika kurangnya SEO , maka akan semakin berkurangnya trafik yang masuk ke dalam blog. Mengapa SEO sangat penting? Ya, sudah tentu lah untuk membolehkan blog kita mudah dicari/ ditemui di mana-mana search engine, terutamanya Google.com.


Saya bukanlah blogger lama yang berpengalaman luas mengenai SEO, masih lagi dalam proses pembelajaran dan terlalu banyak yang perlu dipelajari. Apatah lagi baru-baru ini saya kerunsingan apabila trafik di blog semakin menurun. 


Selidik punya selidik rupanya SEO semakin menurun. Ya. Jangan tak sedar , kadang-kala SEO di blog boleh menurun dengan bermacam-macam sebab. Diantaranya adalah disebabkan gambar-gambar yang tidak diberi nama,caption mahupun link-link tertentu yang rosak dsb dan bersangkut-paut dengan blog.




Sunday, 15 October 2017

Koleksi 3D Wallpaper Rumah Yang Nampak Real Dan Mencantikkan Ruang

October 15, 2017 6
Assalamualaikum & Hi!

Koleksi 3D Wallpaper Rumah


Dekorasi rumah yang cantik, susun atur perabot, hiasan dalaman dan wallpaper mahupun warna cat yang kemas pada sesebuah rumah merupakan antara aspek penting untuk menjadikan ruang di dalam rumah nampak kemas, cantik dan luas serta sedap mata memandang. 


Secara asasnya sudah tentulah wallpaper juga memainkan peranan penting. Oleh itu ingin saya kongsikan koleksi gambar 3D wallpaper / kertas dinding-kertas dinding yang menjadikan ruang di sesebuah rumah itu tampak lain dari yang lain. Bukan sahaja sesedap mata memandang, malah ada juga yang membuatkan kita seolah-olah berada di fantasi. 

Saturday, 14 October 2017

Tips Untuk Move On Dan Melepaskan Seseorang Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part2)

October 14, 2017 7
Assalamualaikum & Hi!


Cara Untuk Move On Dengan Cepat Dan Berkesan (Part 2)


Masa ini terlalu singkat untuk dibazirkan. Penuhilah waktu yang ada untuk sentiasa meningkatkan prestasi diri, menghargai insan-insan yang sentiasa bersama kita saat susah dan senang tertutama ibu bapa & family dan menggunakan masa dengan sebaiknya untuk mendapat keredhaan Allah swt. Oleh itu, dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan, bila kita tahu sesuatu perkara itu tidak baik untuk kita, bila kita tahu sesuatu perkara itu tidak mampu dikawal mengikut kehendak kita, dan apabila kita sedar yang sesuatu perkara itu hanya membuatkan kita down sahaja, kita perlu SENTIASA MOVE ON. Move on ke peringkat yang lebih baik. Move on to be a better person, increase your fame, personality & of course your variety of skills.


Sebelum ini saya pernah share Cara untuk move on dengan cepat dan berkesan (Part 1- self care) yang bertujuan lebih untuk membina kekuatan dan jati diri buat seseorang yang sedang menghadapi kehilangan, juga merupakan teknik dan cara untuk move on dengan cepat dan berkesan. Ya, terlebih dahulu carilah kekuatan dalaman. 


Dan pada hari ini ingin saya kongsikan sambungan dari artikel pertama tersebut, iaitu Tips Untuk Move On Dan Melepaskan Seseorang Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part2) yang bertujuan untuk membuang segala rasa cinta yang mungkin masih bersisa di hati seseorang. Buang untuk selama-lamanya. No more you in my life!




Friday, 13 October 2017

Wednesday, 11 October 2017

Cara-cara Move On Dengan Cepat Dan Berkesan (Part 1)

October 11, 2017 11
Assalamualaikum & Hi!

Cara Untuk Move On Dengan Cepat Dan Berkesan (Part 1- Self Care)


Putus cinta memang menyakitkan. Lebih-lebih lagi cinta pertama. Jika tidak pandai mengawalnya dan tidak tahu hala tuju, mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, di sini saya ingin memberi beberapa pandangan dan cara-cara untuk MOVE ON dengan cepat dan berkesan buat mereka yang sedang mengalaminya. Apapun it depends. Bergantung juga pada sejauh mana kekuatan seseorang dan semangatnya, berapa lama masa yang bakal diambil dan sebagainya. 


Tak apa jika anda mengambil masa yang agak lama berbanding orang lain. It's okay if you want to move on slowly and steady, because somehow you'll manage to completely forget that person. And you know what? It's okay to show your weak side, it's okay to cry. Believe that one day, you'll definitely remove that person from your life. 


So, the first step is self care. Let's see what you need to do before completely remove someone from your mind, heart and memories. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@Way2themes

Follow Me