Tuesday, 31 May 2016

Cara Menggunakan Disk Defragmenter

May 31, 2016 11
Assalamualaikum & hyee semua,

Lama dah tak update blog. Busy sikit =) Seperti yang di janjikan dari entri yang lepas,, saya nak share cara-cara menggunakan disk defragmenter.  Ada yang masih tidak tahu apa itu Disk Defragmenter? Okay , just klik sini. Macam mana nak guna disk defragmenter ni? Okay CARA-CARAnya seperti di bawah. :)


1.       All programs -> Accessories -> Systems tools -> Disk defragmenter. Atau nak senang type je 'Disk defragmenter' dekat search bar. 

All programs -> Accessories -> Systems tools -> Disk defragmenter. Atau nak senang type je 'Disk defragmenter' dekat search bar. 



2.       Automatik akan keluar seperti dalam gambar.


Automatik akan keluar seperti dalam gambar.




3.       So select disk mana yang anda nak defrag, kendian click “defragment disk”


 So select disk mana yang anda nak defrag, kendian click “defragment disk”



  
4.       Untuk schedule kan disk defragment , just click dekat configure schedule. Then bole pilih sama ada nk buat defrag daily, weekly atau  monthly. Mana-mana pun bole dan saya sarankan buat weekly la. hihi. Then,  pilih mana-mana disk yang anda nak defrag. Disk C: ke, D: ke macam tu la.


Untuk schedule kan disk defragment , just click dekat configure schedule.




So macam mana? Simple je kan sebenarnya nak buat disk defragment ni. Lepastu bole set masa untuk ia defrag bila-bila. Aihh.. rugi je kalau tak tahu. =) Moga perkongsian ini bermanfaat. Tqq sudi baca & Selamat mencuba! ;)

Sunday, 22 May 2016

Apa Itu Disk Defragmentation?

May 22, 2016 18

Apa Itu Disk Defragmentation?


Assalamualaikum & hai semua! Sihat tak harini? Dah makan? Pernah dengar tak tentang DISK DEFRAGMENT ? Tahu tak apa itu Disk Defragment? Okay, now saya nak share sikit tentang Disk Defragment. Disk Defragment ni merupakan salah satu tools yang terdapat pada computer anda, khususnya di OS windows yang bertujuan untuk menyusun kembali file-file/ aplikasi yang telah di update & digunakan dekat laptop anda, samada secara sedar atau tidak. Contoh bila kita buka dan guna apa-apa aplikasi, secara automatik windows akan bekerja dan mengambil ruang di partition dalam hard disk (HDD).

FUNGSI
-  Bertujuan untuk menjaga kestabilan PC dan harddisk serta mampu mengelakkan error pada program dan boot sector pada hdd.
-    Tools yang membantu menjaga hardware
-     Membantu windows menguruskan dan menyusun kembali file yang telah di buka, di delete, copy dan sebagainya.
-   Mengatur file-file di harddisk yang tidak dapat disimpan dengan baik disebabkan aplikasi hang, install app yang tidak digunakan, dan sebagainya.
-      Menyusun atur file system, file data dan file aplikasi yang telah berselerak.

Apa Itu Disk Defragmentation?

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Di entri yang lain saya akan berkongsi pula cara-cara dan bagaimana untuk buat disk defragment. insyaAllah. Thanks sudi baca. Semoga bermanfaat =)


Saturday, 21 May 2016

Cerpen : Aku Dan Dirimu Part 2

May 21, 2016 2
Sambungan daripada entri yang lepas...


gambar sekadar hiasan


Zarissa tersenyum sinis. Sinis sekali. Tertawa riang tatkala mendengar khabar angin yang dibawa oleh rakan sekelasnya. Iya, sudah tentu tentang kisah buruknya yang telah mencuri kertas soalan peperiksaan Business Study dan telah menjualnya kepada pelajar lain. Zarissa masih galak tertawa sambil sesekali menggeleng-gelengkan kepala. Entah apa yang lucu, Fazliana pun tidak faham. Lagak gadis itu seolah-olah berbangga dengan publisiti murahan dan masalah yang telah diciptanya sendiri. Dan buat sementara waktu, dia tinggal bersama rakan sekelasnya yang tinggal di luar kawasan kolej. Itupun secara terpaksa. Rakannya terpaksa membenarkan Zarissa tinggal di situ setelah diugut. Iya, Zarissa mengugut akan menyebarkan berita bahawa gadis itu jua turut bersubahat mencuri kertas peperiksaan.

            “Sa, aku rasa baik kau balik...mak kau mesti risau...lagipun aku rasa surat dari pihak kolej tu mesti dah sampai rumah kau...,”ujar Fazliana, sedikit gusar dan bimbang terhadap apa yang dilakukan Zarissa selama ini. Zarissa tidak pernah serik berbuat jahat. Dahulu dia  pernah melagakan hubungan karib dua orang sahabat, pernah melawan pensyarah, bergaduh dan memukul pelajar perempuan lain, merampas kekasih orang dan sebagainya. Selebihnya Fazliana tidak tahu. Yang dia tahu, Zarissa...

            “Apa? Mak aku? Mak aku nak risau?? Jangan haraplah! Kalau aku tak balik sampai mati pun dia takkan cari aku!” tempik Zarissa sambil merengus geram.

            “Tak baik kau cakap macam tu Sa..” belum pun sempat menghabiskan kata-kata, lantas Zarissa meningkah.

            “Kau diam Faz! Hal keluarga aku, kau tak tahu apa-apa jangan masuk campur!!”

            “Maafkan aku Sa… tapi, sebagai kawan, aku bimbangkan kau… Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau…”

            “Arghh.. sudahlah! Aku tahu kau memang sengaja sebab kau dan budak-budak rumah kau ni tak suka kan aku datang sini? Okay, fine! Aku boleh blah ar dari sini!” akhiri Zarissa sebelum menghempas pintu rumah sewa Fazliana dengan kuat sekali.


************

            Pagi itu tidak seceria selalu.  Nak pergi kerja pun terasa bagai hilang mood. Apalagi kalau bukan kisah Zarissa yang mengganggui fikirannya. Sudah lebih dua minggu Zarissa tidak hadir ke kelas, Zaharil bimbang andai gadis itu akan dibuang Kolej pula pada kali ini. Dan baru-baru ini, dia mendapat tahu Zarissa sudah tidak tinggal lagi dengan Fazliana,  apatah lagi dengan keluarganya  Entah mengapa hubungan gadis itu dan keluarganya memang sangat teruk. Zaharil sendiri tidak pasti mengapa. Hingga kini, masih tiada lagi khabar mengenai Zarissa, apatah lagi setelah dia memarahi Zarissa tempoh hari. Kalau tidak, sekurang-kurangnya gadis itu pasti akan melaporkan aktiviti hariannya pada Zaharil. Tidak semena-mena, perasaan bersalah seolah-olah meluap di hatinya.


            ‘Argh…lupakan ajelah!’ Bisik hati kecil Zaharil sambil bersiap sedia untuk keluar dari pintu rumah. Punat kunci automatic MyVi nya lantas ditekan. Lalu dia memasukkan beg laptop ke dalam kereta sebelum mengunci pintu rumah teresnya. Kemudian, dia masuk ke dalam perut kereta. Namun, belum pun sempat dia menghidupkan enjin, tiba-tiba pandangan matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang terbaring di sebalik pasu-pasu bunga rumahnya. Jantungnya berdegup tiba-tiba.

            “Ya Allah! Zarissa!” Dia terjerit kecil sambil menopang kepala gadis itu di atas pangkuannya. Dia cemas, bimbang andai sesuatu terjadi pada Zarissa sehingga terbaring kaku di halaman rumahnya. Entah macam mana dia boleh tidak perasan pula.

Friday, 20 May 2016

Cerpen : Aku Dan Dirimu Part 1

May 20, 2016 8
Dari sini, bermulalah sebuah cerita...



            “Sir, maafkan saya... Saya tak bermaksud nak buat macam tu Sir...,” rayu gadis itu, sambil terus mengikuti langkah pansyarahnya, Zaharil yang sedang menuju ke arah MyVi hitamnya.

            “Sudah! Diam! Cukup tu Zarissa ! Saya bosan dengan sikap awak! Menyesal saya percayakan awak selama ni! Damn you!!” bentak Zaharil geram, lalu melangkah masuk ke dalam keretanya.

            “Tapi, Sir....,” suara Zarissa mendatar. Dia hanya mampu melihat  dengan hampa kereta pensyarah muda itu berlalu pergi membelah jalan. Air matanya palsu yang dibuat-buat masih mengalir di pipi. Tiba-tiba dia tertanya-tanya. Bagaimana agaknya nasibnya selepas ini? Zarissa tidak pasti. Yang pasti dia akan bersiap-sedia untuk menghadapi semuanya. Berani buat, berani tanggung. Iya, itulah prinsip hidupnya. Tiada siapa yang akan menjadi penyelamat untuk menyelamatkan dia dari masalah yang diciptanya sendiri. Tetapi, walau apapun kata orang, baginya dia punyai alasan tersendiri.

      Zaharil menghembus nafasnya kasar. Dia benar-benar terkilan dengan sikap zarissa. Antara pelajarnya yang amat dipercayainya. Tetapi, sayangnya gadis itu telah meragut kepercayaannya. Dan tidak disangka tujuan gadis itu berbaik-baik dan rapat dengannya rupanya bersebab. Betapa sakit hatinya tatkala dia mengetahui gadis itu adalah insan bertanggungjawab yang telah mencuri soft copy soalan peperiksaan dari laptopnya ketika dia meminjamkan laptopnya kepada gadis itu.  Ah, sangkanya gadis itu merapatinya sebab....  rupanya.... Arghhh!!!

************   

Daku dah penat melawan prasangka.....

            “Dengarnya, student yang curi soft copy Zaharil tu akan digantung kolej. Memang padanlah muka dia! Ha, tak padan yang perempuan! Budak jahat macam tu memang tak layak jadi student di sini. Ha, berani buat, beranilah tanggung!” Zaharil tidak jadi untuk melangkah masuk ke bilik pensyarah bahagian Business Study tatkala kedengaran beberapa orang pensyarah sedang asyik bergosip mengenai perihal dirinya dan pelajarnya yang bertanggungjawab membocorkan soalan peperiksaan. Siapa lagi kalau bukan Zarissa yang telah ditangkap mencuri dan menjual soalan peperiksaan dari laptopnya.

            “Apa? Perempuan?! Isk..isk..budak-budak perempuan zaman sekarang ni memang teruk! Hmm, datang sini bukan nak belajar...buat jahat pulak! Ish, budak-budak zaman sekarang ni...” tambah seorang pensyarah pula.

            “Kak Min, kak Rin...tak baik cakap macam tu. Mana tahu student tu ada masalah kewangan ke dan terdesak sangat....,” sampuk seorang pensyarah lain pula seolah-olah menyebelahi Zarissa, pelajar yang dimaksudkan.

            “Hei, Cik Zah..., kut ye pun student tu ada masalah kewangan ke apa, ini bukan caranya untuk dapatkan duit, banyak lagi cara lain yang lagi elok romannya!” bidas pensyarah yang dipanggil sebagai kak Min itu.

            “Tetapi, kak Min biasalah tu budak-budak zaman sekarang berfikiran pendek dan tak tahu nak bezakan yang betul dan yang salah..,” balas Nur Izzah membuatkan kak Min mencebik mendengarnya.

            “Ha, kalau begitu baguslah! Berfikiran pendek konon, sendiri tanggunglah. Masing-masing dah besar, tak akanlah kita aje yang kena jaga mereka kan?!” bidas Yasmin, lagi tidak berpuas hati.

       Zaharil hanya mampu menggeleng-geleng sahaja. Nampaknya kisah Zarissa sudah jadi perbualan hangat yang mampu mencetuskan perdebatan. Bukan sahaja di kalangan pensyarah malah di kalangan pelajar sendiri. Namun, mujurlah masih ramai lagi pelajar yang tidak tahu kerana pelajar-pelajar terlibat masing-masing mendiamkan perkara itu kerana bimbng andai nama mereka jua akan tercemar.

Dan di kalangan pensyarah pula, sana sini bercerita mengenai Zarissa. Kelihatan ramai pensyarah mula anti dan melabel buruk gadis itu. Namun, ada juga yang masih berfikiran rasional dan memikirkan alasan-alasan tertentu sebab apa dan  mengapa gadis itu berbuat begitu. Tetapi, nampaknya sudah tentu lebih ramai yang melabel buruk gadis itu kerana terang-terang dia telah melakukan kesalahan yang berat. Saat ini, Zaharil keliru. Keliru andai benar Zarissa melakukannya kerana terdesak.  Tika ini, ingin sahaja dia menemui gadis itu dan menyelidiki hatinya betul-betul. Tidak seperti sebelum ini, dia lebih menumpukan hatinya yang lara akibat ditipu Zarissa. Kali ini, hatinya kuat tertumpu pada gadis itu apatah lagi sudah seminggu dia tidak melihatnya di kolej. 

'Apa khabar Zarissa agaknya?' Hatinya bertanya sendirian. Tanpa sedar, satu keluhan berat lahir di bibirnya.


**********
Bersambung…




p/s : Lama dah tak update cerpen. Btw, macam mana? Ada yang berminat dengan cerpen ni tak? =) 


Thursday, 19 May 2016

Fungsi Dan Cara Menggunakan Disk Cleanup

May 19, 2016 14

Fungsi Dan Cara Menggunakan Disk Cleanup

Assalamualaikum & Hi guys, jumpa lagi today =)

Okay, nak tanya ni... Tahukah anda apa itu Disk Cleanup? Pernah guna tak? So, secara ringkasnya Disk Cleanup ni berfungsi untuk membersihkan sisa-sisa file atau pendek kata sampah-sampah yang sudah tidak dipakai lagi oleh computer/laptop anda. Bila kita menggunakan Disk Cleanup, secara tidak langsung dapat meluaskan lagi free space di hard disk kita tu dan membantu melajukan lagi komputer kita taw.

Contohnya tool ni akan bersihkan :
1.    Recycle bin
2.    Download program file
3.    Temporary file
4.    Catalog file
5.   Offline Webpage & banyak lagi.

Okay tahu tak macam mana nak cari disk cleanup ni? Kena download ke? Apapun jangan risau okay, sebab tool ni memang tak perlu download okay? ;) So, kat mana tersimpannya disk cleanup ni? Actually sedia ada dah dalam laptop kita. Btw, ada dua cara nak guna disk cleanup ni.

·         Cara 1
All programs -> accessories -> system tools -> Disk cleanup -> click -> pilih drive mana yang nak bersihkan -> Ok

·         Cara 2
My computer -> pilih samada nak bersihkan local disk c:/d:, contohnya kita pilih Local Disk (C:) -> right click dekat Local Disk (C:) -> properties -> General -> Click disk cleanup -> check dekat mana yang nak bersihkan.


So macam mana? Ada paham? Senang je kan guna disk cleanup ni? If tak faham kasitau tau taw ;) Okay selamat mencuba dan semoga bermanfaat

Tuesday, 17 May 2016

Shortcuts keyboard Di Chrome Anda

May 17, 2016 10
Shortcuts keyboard Di Chrome Anda

Assalamualaikum & Hai semua =) 


Nak tanya pernah tak anda guna shortcut keys ketika menaip, menggunakan laptop, google dan sebagainya? If pernah baguslah =) Sebab shortcut keys ni biasanya akan memudahkan dan mempercepatkan urusan kita dalam melakukan sesuatu bukan? 


Okay, so dekat sini nak share shortcut keys khas buat pengguna chrome. Contohnya nak copy URL, tak payah susah nak highlight then right click bagai. Just tekan Ctrl+L atau Alt+D, terus URL yang anda nak copy tu siap highlight dah. Then, tekan ctrl+C macam biasa. Senang kan? 



Monday, 16 May 2016

Tidak Sengaja Tertutup Semua Tabs Di Browser Google Chrome Anda? Cuba Cara ni..

May 16, 2016 6
Assalamualaikum & Hai semua! 



Apa khabar? Sihat tak? Moga anda semua sihat saya doakan. =) Btw, pernah tak sedang sedap-sedap baca artikel, tengok youtube atau sedang update blog tiba-tiba tak sengaja anda tertekan pangkah dekat Google Chrome anda. 

Semestinya tersangatlah annoying kan bila semua ni berlaku? ;( Lagi-lagi kalau kita tengah sibuk buat kerja. Mesti rasa frust je kan. Rasa macam nak tinggalkan je si chrome ni & pakai browser lain pulak. Tapi, apa nak buat kekadang dah selesa guna browser ni, takmo cari yang lain dah. ;(

Btw mesti anda teringin kan Google Chrome anda ada feature macam dekat bawah ni. Bila tertekan pangkah tu, dia akan kasi warning dulu.

Tidak Sengaja Tertutup Semua Tabs Di Browser Google Chrome Anda? Cuba Cara ni..


Untuk pengetahuan anda, pihak Google sendiri bagitahu yang mereka ni tidak merancang lagi untuk menambah feature baru di Chrome. Tsk. ;( Takpa. Dun wurry. Ada 2 cara yang uolls bole guna bila kejadian tertutup browser tu berulang. 

1.    Recover balik windows atau tabs


Bila tak sengaja tertutup salah satu tab di chrome atau window chrome, anda boleh recover balik dengan menaip keyboard shortcut seperti di bawah:
·         Windows and Linux: Press Ctrl+Shift+T
·         Mac: Press +Shift+T


2.    Download Extension


Yang bestnya bila download extension ni nanti dia akan keluar Dialog box & warning bila kita tak sengaja tertekan pangkah. Yang tak bestnya, function ni maybe dah tak eligible lagi utk windows 7, boleh try dekat windows 10. So, maybe tak semua orang boleh guna cara ni. tsk ;(

Okay pergi kat sini je dekat link ni ChromeToolbox atau Windows Close Protector. After that, tekan add to chrome je. Bila dah installed, biasanya icon akan muncul dekat menu atas belah kanan sebelah search bar. 

Untuk Chrome Toolbox, click icon warna biru tu, click 'options', then tick 'Confirm before closing multiple tabs" 

Tidak Sengaja Tertutup Semua Tabs Di Browser Google Chrome Anda? Cuba Cara ni..


Untuk Windows Close Protector pula, pandai-pandailah anda explore pulak. hihi :'D


Susah sangat if tak menjadi gak bukak je website ni then biarkan je terbukak & kemudian anda google je & buat kerja macam biasa. Java script yang dia running dekat dialog box tu yang akan prevent kita daripada close all tab. *Eh ni dah bagi 3 cara pulak ni* =P

Okay thats all. Semoga berjaya dan semoga bermanfaat. :)


Sunday, 15 May 2016

Cara Topup Prepaid Maxis, Celcom, Digi, Umobile, ONEXOX

May 15, 2016 6


Assalamualaikum & Hai semua!

Selalu sangat topup prepaid nombor menggunakan ATM, Cimb Clicks, kadangkala naik keliru pulak macam mana nak topup prepaid macam biasa. Lagi-lagi bila kita pakai 2-3 jenis nombor daripada telco yang berbeza. :'D *Amboi kaya rayanyee sampai 2-3 jenis no ;D* Biasanya selalu keliru tang no depan code untuk topup tu. Eh digi ni *124* ke atau *126*? tskk. So layankan kat bawah ni, senang untuk buat rujukan :)







Digi Reload
*123*0000000000000000 # (16 Digit Pin) 
Check Balance : *126#

Celcom Reload
*122*0000000000000000# (16 Digit pin)
Check Balance *124#

Maxis Reload
*111*00000000000000# (14 Digit Pin)
Check Balance *122#



Umobile Reload
*138*00000000000000# (14 Digit Pin)
Check Balance *118#

ONEXOX Reload
*132*1*0000000000000000# (16 Digit Pin)
Check Balance *132#


Cara topup tunetalk lebih kurang sama dengan celcom. check balance tak sure. Btw, baru-baru ni ada telco baru yang bakal launch WEBE under TM & P1. Dengarnya tawaran yang ditawarkan agak menarik sebab dia kasi offer data yang agak besar. RM10 untuk 10GB? Sejauh mana kebenarannya tunggulah sampai dia launch nanti ;D Dak2 satu opis ada yg dpt offer simkad pree utk tempoh testing dorang ni. Nak tgk dulu camne feedback dorang, if macam best je, nanti dah launch nak gak try. hihiks.

Tuesday, 10 May 2016

Punca Laptop Cepat Rosak

May 10, 2016 18

Assalamualaikum & Hai semua. Apa kaba? Sihat ke? J Sorry .. lama betul dok bertapa tanpa mengupdate blog.  Terasa bersawang-sawang dah kat blog ni. Tiup sikit.. Fuhhhh! Fuhh! HEHE

So, today nak share la kenapa dan apa punca-puncanya laptop / computer anda cepat rosak. Apa yang saya share ni berdasarkan pengalaman, penelitian, pengamatan, masalah yang di hadapi orang-orang sekeling dan sedikit research. 


Takmo explain dgn ayat2 IT atau terms yang terlalu berat, nak kasitau yang senang korang faham je.  So, dekat bawah ni saya nak share 7 Punca Kenapa Laptop Cepat Rosak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@Way2themes

Follow Me