Nak format komputer harus tahu apa persediaan yang perlu dibuat agar segalanya berjalan lancar dan tidak mendatangkan masalah di kemudian hari. Bila
tiadanya persediaan untuk format komputer dan tidak tahu cara yang betul, ramai
yang pakai sumbat je CD windows & terus format. Dan semua ni akan
menimbulkan masalah kelak, contohnya hilang data dan sebagainya. So kat bawah
ni Nadhie akan list kan cara-caranya:
Persediaan Sebelum Format Komputer
1. Backup kesemua data penting
Kesemua data penting hendaklah di backup
terlebih dahulu di dalam partition lain atau external hard disk selain daripada
Local Disk C, sebab kita akan
menginstall windows dekat C dan partition C akan dikososngkan dan diperbaharui
dengan windows baru. Disebabkan itu, kesemua data-data anda yang
disimpan di dalam partition Local Disk C akan hilang semuanya. So, backup boleh
dibuat samada di partiton D atau external hdd.
2. Backup guna
open source (jika perlu)
Ada sesetengah kes, windows corrupt dan maybe tak boleh
log in windows. So, takkan nak terus format macam tu je kan? Dan menyerah serta
membiarkan data-data penting anda hilang sebegitu sahaja? Semuanya? Tak mungkin
kowt! Percayalah ada je cara dan ikhtiar lain seperti membackup data anda
menggunakan open source. Biasanya Nadhie guna open source macam Ubuntu,
backtrack pun boleh kalo takda yang lain. Dapatkan ISO open source (secara percuma
tak payah beli CD os dah) tu, then buat portable os dekat pendrive, guna
software LiLy. Nanti Nadhie ajar camne nak guna. Kemudian barulah boleh loggin komputer kita dan backup data-data penting sebelum komputer diformat.
3. Simpan software-software dan driver penting untuk laptop.
Sebelum format laptop, kena ada simpanan perisian driver
untuk komputer korang dengan tujuan selepas format korang boleh install driver
tersebut dan komponen seperti audio, video, VGA, camera dan lain-lain. Sebelum tu , korang kena pastikan driver yang
korang simpan tu adalah driver yang betul dan bersesuaian dengan laptop korang.
Contohnya korang punya laptop Compaq tapi pergi download driver untuk Acer
pula.
Nak dapatkan driver senang je, google model
laptop korang contohnya camni “Driver for Compaq Presario CQ41”. Kena lengkap
kalau tak takowt dapat driver yang salah je. Nanti timbul masalah lain pulak if
salah install driver. Takpun pergi je dekat website jenama laptop korang, dan
search dekat situ. Lepas download pastikan anda menyimpan semua
software dan driver penting samada di external hard disk atau di pendrive.
4. OS dan Software kena compatible dengan laptop
Compatible tahu tak apa itu compatible? Serasilah
maksudnya. HEHE Okay,Sebelum install sebarang OS atau software, pastikan ianya
serasi atau compatible dengan laptop korang.
Cara nak tahu compatible ke tak, kena lah
check system requirement untuk software tu dan system requirement computer
korang. Kenapa? Rasa leceh? Kata nak belajar, so kenalah usaha. Hehe. Okay, cara
nak check mudah jeee.. semuanya google contoh: ‘System requirement for Compaq
presario CQ41” dan “System requirement for Windows 10”. Lepas tu compare kan
system requirement keduanya. Selain tu boleh check system requirement laptop korang dengan software macam CPU-Z atau taip je dxdiag. Nanti keluarlah info-info sepatutnya. Tak pun pergi je dekat label windows tu-> computer-> right clicks-> properties. Nanti keluar semua details k :)
Tujuan check ni.. yelah, manalah tahu kowt laptop yang kita
guna tu dah masuk 7 tahun, so tak support lah dah dengan Os baru,
driver-driver baru ni dsb.
5. Tujuan Format
Okay, sebelum format tu, betulkan niat dulu.
Memang dah teruk sangat sampai nak kena format ke atau memang saje2 nak format?
Yelah manalah tahu konon-konon nak mencuba? No no no okayy. Selagi boleh
elakkan daripada menformat komputer selagi tu elakkan lah.
Sebab if selalu sangat format komputer,
prestasi hdd komputer akan semakin berkurang. Inilah yang dikatakan sebagai
side effect daripada format komputer. Jangan kelak masalah lain pula yang
timbul huhu. Thats why ada pepatah mengatakan lebih baik mencegah daripada
mengubati.
Macam mana nak mencegah adik-adik? Jaga
komputer korang elok-elok k. Jangan kasi itu virus masuk, pakai antivirus yang
sesuai and selalu scan pendrive before cucuk kat komputer. Sebab kita nak pakai laptop biarlah sampai 10
tahun, jangan baru dua tahun je dah buang ;(
Next entry Nadhie akan share lagi tip-tip
penjagaan komputer dan sebagainya. Okay sekian. Terima-kasih sudi baca dan sudi
belajar. Semoga bermanfaat. :)
rujukan: bualkomputer
thanks share info. saya pena format dulu. tapi tak pandai nak back up la.
ReplyDeleteSama-sama awak :) Wah.. bagus dah tu. Takpa.. insyaAllah boleh belajar. hehe
ReplyDeletebackup data mmg important
ReplyDelete