PROLOG
Hujan lebat yang turun
mencurah-curah diiringi bunyi petir yang sambung menyambung membuatkan
nafasnya terasa semput. Namun, dia terus berlari ... mengharungi hari yang kian
malap demi menyelamatkan nyawanya. Di sebalik tong sampah besar di sebuah lorong
yang sunyi , langkahnya terhenti di situ. Tercungap-cungap dia menarik nafas.
Sempat lagi dia tertinjau-tinjau untuk memastikan bahawa tiada siapa yang dapat mengejarnya sehingga ke situ.
Dan kemudian dia menarik nafas lega buat seketika sambil menyandarkan tubuhnya
di tong sampah besar itu. Semua yang terjadi kini benar-benar tidak di duganya.
Kehidupannya yang bahagia selama ini
tiba-tiba bertukar menjadi kisah ngeri yang amat mendukacitakan. Dia tidak tahu siapa sebenarnya mereka semua
dan mengapa mereka semua tiba-tiba memburu semua ahli keluarganya. Setahunya
mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa meskipun mereka sangat kaya. Namun
, hubungan dengan orang-orang sekeliling dijaga sebaik mungkin. Tetapi,
mengapa tiba-tiba..? Masih diingati saat ngeri yang sungguh menyayat hati
seketika tadi tatkala dia yang baru pulang dari college setelah sebulan tidak
menemui ahli keluarganya tiba-tiba hanya dapat melihat mayat-mayat ahli
keluargnya yang bergelimpangan dan berlumuran darah dalam keadaan ngeri sekali.
Saat ini air matanya mengalir deras, bersatu bersama titisan hujan yang kian melebat
membasahi bumi. Terasa perit dan pedih mencengkam hingga ke hulu hati.
Bunyi keriuhan tidak jauh dari
tempatnya menyorok membuatkan dadanya kembali berdebar-debar. Mereka seolah-olah
telah menjumpai dirinya yang sedang menyorok di belakang tong sampah besar itu.
Lantas dengan berhati-hati dia meninjau. Kelihatan sekumpulan lelaki berwajah
ganas dan bersenjata masing-masing berdiri tidak jauh daripada tempat dia
bersembunyi. Salah seorang dari mereka tiba-tiba seperti menyedari kehhadirannya. Lantas lelaki itu perlahan-lahan mula menghampiri kawasan tong sampah
besar itu. Saat ini, hatinya berdetak kencang. Nafasnya bergemuruh. Bimbang
andai dirinya ditemui dan bakal menerima nasib yang sama seperti ahli
keluarganya juga. Kalau boleh, dia ingin tahu siapa sebenarnya insan yang
bertanggungjawab membunuh seluruh ahli keluarganya. Bagai kelihatan bayang
tapak kaki yang mula menghampiri disebalik samar-samar cahaya lampu di senja
itu. Derap tapak kasut lelaki itu yang memijak-mijak jalan yang becak kedengaran semakin dekat. Nafasnya makin semput. Seluruh tubuhnya mulai menggigil.
“Zahar, kemari sekejap!” suara itu
menerjah kegegendang telinganya membuatkan lelaki yang cuba menghampirinya sebentar tadi, tidak jadi meneruskan langkah.
“Baik tuan. Ada apa tuan?” sahut
lelaki yang bernama Zahar sambil dengan segera menghampiri lelaki yang dipanggilnya tuan
itu.
“Aku nak.....” Dan seterusnya dia
tidak dapat menangkap butir-butir perbualan mereka disebabkan bunyi titisan hujan yang
sekejap reda sekejap lebat sehinggalah kedengaran bunyi deruman enjin kereta yang dinaiki mereka berlalu
dari situ. Meskipun mereka telah beredar, namun dia masih tidak mampu untuk
keluar dari tempat persembunyiannya. Ketakutan, kesedihan dan dukacita semuanya
menghantui dirinya saat ini. Hatinya benar-benar sedih dengan kehilangan
seluruh ahli keluarga tercinta. Sememangnya hidup ini jadi tidak bermakna tanpa
mereka. Andai diikutkan hati , mahu sahaja dia membunuh diri. Namun, sebelum
itu, dia mahu tahu siapa sebenarnya yang cuba membunuh mereka sekeluarga.
Sedangkan mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun. Dan suatu hari
nanti, dia bertekad... dendam harus dibalas...
* * * * *
Bersambung.....
p/s : Camne best tak citer ni? Anda berminat?
lepastu ape jadi??
ReplyDeletepanjang ceritanya. ada masa nanti saye sambung =)
Deleteupdate pleaseeee , best !
ReplyDeleteinsyaAllah. stay tuned kay! =D
Deleteberdebar2 baca...sambunganbya pleaee..hehe
ReplyDelete