Sunday, 22 February 2015

Tutorial Cara Mudah Download Youtube Video Tanpa Guna Software

February 22, 2015 2
Assalamualaikum & Hi!







Mudah sangat dah nak download youtube video sekarang ni. Tak payah guna apa-apa software or install adds on dekat browser. Pada yang masih tak tahu lagi, boleh cuba ikut cara ni 



     1.  Bukak je apa-apa link youtube video yang ingin di download cthnya seperti di bawah:




     2. Then buang ‘https://www.’ Pada link tersebut, dan tambah ss dihadapannya sampai jadi macam ni https://ssyoutube.com/watch?v=dqyyIUnCUuQ 


3. Then, tekan enter. Automatically dia akan kuar macam ni :




4. So, kat tepi kanan tu bolehlah pilih nak download video format mcm mane, resolution apa. Just click more, untuk pilih. 


5. Dan tekan mana-mana yang korang nak. Contoh MP4 720, then automatic ia akan save video tu. Dan file anda pun akak selamat di download. That’s all. Simple kan? Selamat mencuba. 


Nota kaki: Ikutkan banyak lagi cara untuk download videos tanpa guna software, bukan youtube videos je & tak perlu guna IDM bagai. Tapi, nantilah. Hehe.


Saturday, 21 February 2015

Tutorial : How to Partition your External Hard Disk

February 21, 2015 0
Assalamualaikum & Hi!



Since I need to polish my English writing skills, so I decided to write this tutorial in English. Correct me if I'm wrong. And ask me in details if you need some guidelines :) Btw, why partitioning your external hard disk? Some of the reasons are to ensure your files are arranged neatly and tidy. To separate between important data and unimportant data. Another reason is to separate the system apps (this refer to windows hdd) and another data (like music, document and etc).



Thursday, 19 February 2015

PROLOG: I AM YOUR ANGEL

February 19, 2015 5





PROLOG

            Hujan lebat yang turun mencurah-curah diiringi bunyi petir yang sambung menyambung membuatkan nafasnya terasa semput. Namun, dia terus berlari ... mengharungi hari yang kian malap demi menyelamatkan nyawanya. Di sebalik tong sampah besar di sebuah lorong yang sunyi , langkahnya terhenti di situ. Tercungap-cungap dia menarik nafas. Sempat lagi dia tertinjau-tinjau untuk memastikan bahawa tiada  siapa yang dapat mengejarnya sehingga ke situ. Dan kemudian dia menarik nafas lega buat seketika sambil menyandarkan tubuhnya di tong sampah besar itu. Semua yang terjadi kini benar-benar tidak di duganya.

Sunday, 1 February 2015

CERPEN: Ini Bukan Mimpi ( Part II)

February 01, 2015 2
Sambungan daripada Part I...



sumber gambar: atuk google

         “Nur Wahida...” satu suara menegurku dari belakang. Bagai pernah kudengari. Siapa ya? Zulfakar?! Lantas aku menoleh.  Iya, benar. Zulfakar yang berdiri di belakang aku ketika ini. Hampir sahaja aku memeluknya disebabkan terujanya untuk bertemu dengan dia. Senyuman dibibirku terukir seluas mungkin. Apatah lagi tatkala melihat dia juga sedang tersenyum manis ke arahku dengan mata sepet dan wajah persis cina itu. Tapi, kenapa nampak macam handsome sangat ni? Seperti biasa, senyumannya masih sama seperti dahulu. Senyuman yang aku rindu-rindukan. Eh? Apahal lak rindu? Maksud aku yelah sebab aku rasa bersalah kan dengan dia. So, aku harap sangat dia maafkan aku dan tersenyum macam ni.

CERPEN : Ini Bukan Mimpi ( Part I )

February 01, 2015 4


sumber gambar : atuk google

 
"Bangun!! Kau ingat dunia ni apa? Satu mimpi?! Senang-senang kau tidur untuk melupakan segalanya?!!” Tempik Nicky, kawan perempuanku yang berperwatakan tomboy, sambil menarik kedua belah tanganku dengan kasar, membuatkan aku terduduk dari pembaringan dengan rambut yang meremang. Aku hanya tunduk memandang ke bawah.  Dan Nicky pula masih tidak habis-habis membebel sambil menampar-nampar tubuhku macam budak-budak kecil.

Iya, semua ini berlaku adalah disebabkan aku. Semua orang marah pada aku disebabkan apa yang telah aku buat sebelum ini. Kalaulah aku tidak membatalkan perkahwinan sendiri pada hari itu, pasti semua ini tidak akan berlaku. Pasti aku tidak perlu menumpang dirumah sewa Nicky dan menyembunyikan diri daripada keluargaku. Dan sekarang semua orang pandang serong pada aku, pada keluargaku. Masih terbayang lagi riak kekecewaan yang terpamer di wajah kedua ibu bapaku saat itu. . Betapa mereka menanggung malu yang besar disebabkan seorang anak seperti aku. Maafkan Wahida mak, ayah! Wahida anak yang gagal! Dan bagai terbayang riak kekecewaan di wajah lelaki itu saat dia berlalu pergi dengan hampa.

“Sakitlah Nicky! Kau ingat aku suka ke dengan apa yang berlaku?” Pantas aku menahan tangan Nicky yang masih galak menampar-nampar badanku.

“Memang kau suka kan! Kalau kau tak suka tak adalah kau buat macam ni kan?! Dah elok-elok ada lelaki yang serius nakkan kau, senang-senang je kau buang dia macam sampah kan! Kalau aku tahu, dah lama aku rembat Ahmad Zulfakar tu dari kau! Perempuan tak sedar diri! Tak reti bersyukur! “luah Nicky geram sambil bingkas dari katil sebelum berlalu keluar dari bilik, lalu menghempas pintu sekuat mungkin.

Aku hanya tertunduk bisu. Memang betul pun apa yang di perkatakan Nicky. Memang aku perempuan yang tidak sedar diri. Memang aku tidak reti bersyukur. Sungguh, akulah punca semua ini berlaku. Dan tidak pasal-pasal hubungan kekeluargaan di antara keluargaku dan keluarga Ahmad Zulfakar menjadi keruh. Bagai terbayang wajah kecewa papa dan mama Zulfakar diruang mataku. Ah, Wahida kau memang tak guna!

Ramai yang tertanya-tanya kenapa aku membatalkan perkahwinan sendiri dan ramai yang kata aku memang gila sebab tidak terima lelaki yang punya segalanya macam Zulfakar tu. Tapi, ya sebab aku ada alasan tersendiri. Semuanya adalah kerana.....

*  *  *  *  *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@Way2themes

Follow Me