Tanda-tanda Seseorang Terlalu Obses Terhadap Anda

Assalamualaikum & Hi!


Tanda-tanda Seseorang Terlalu Obses Dengan Anda


Sudah berapa tahun berlalu. Dia masih sama. Masih lagi obses pada orang yang sama. Jika diukur dari tahap kesetiaan, ya dia memang setia. Setia obses pada gadis yang sama. Tetapi sayangnya, obses bukanlah cinta! Untuk pengetahuan anda, obses tidak boleh disamakan dengan cinta. Dari pandangan mata kasar, obses kelihatan sama seperti cinta. Tetapi hakikatnya bukan. Golongan ini bahaya sebenarnya, kerana mereka boleh jadi penganggu hidup kita. Dari segi luaran, mungkin ada yang nampak baik, tetapi dalamannya sangat bahaya. Dia merupakan pembenci dalam diri seorang pencinta.


Entah apa yang membuatkan dia jadi begitu, entah di mana silapnya, saya pun tidak tahu. Terkadang saya keliru, buntu. Di mana silapnya? Kenapa dia boleh bersikap begitu? Tidak saya sedari apa sebenarnya yang berlaku dan membuatkan saya sering tertanya-tanya tentang sikapnya, sehinggalah saya temui ciri-ciri ini. 




Tanda-tanda Seseorang Terlalu Obses Dengan Anda



1.       Cemburu Tidak Bertempat


Jika ada orang-orang disekeliling anda yang memuji anda, dia akan rasa cemburu yang mendadak. Tanpa usul periksa, dia terus membuat kesimpulan dan rasa cemburu itu banyak dilepaskan kepada anda. Sebagai contoh: secara tiba-tiba dia naik angin dan memarahi anda tanpa sebab. Secara tiba-tiba dia mencari salah anda. Golongan sebegini sebolehnya cuba menyembunyikan perasaan cemburunya itu pada anda. Tetapi, anda sendiri akan merasa ganjil kenapa dia tiba-tiba marah tanpa sebab. Anda tertanya-tanya di mana silapnya anda dan apa sebenarnya yang membuatkan dia marah pada anda. Malah ada juga yang akan bertindak tidak melayan panggilan mahupun whatssap messenger daripada anda.




2.       Selalu Berprasangka Terhadap Anda


Apabila ada lelaki/wanita lain yang sedang berbual dengan anda, pasti dia akan menuduh anda gatal dan menganggap anda sedang melayan lelaki/wanita itu. Meskipun anda hanya berurusan melibatkan hal-hal kerja sebenarnya. Selain daripada itu, apabila anda hilang dihadapan matanya, dia akan kerap tercari-cari, tidak keruan dan membuat tuduhan bahawa anda sedang keluar dengan lelaki lain. Malah ada yang akan merajuk sedangkan anda bukanlah miliknya, bukanlah kekasih hatinya.




3.       Tidak Suka Tengok Detik-detik Bahagia Anda


Jika anda dan dia berkawan di Facebook, anda boleh nampak sebenarnya orang yang obses terhadap anda kurang suka dan takkan like status-status dan momen bahagia anda dengan keluarga, adik-beradik, kawan-kawan dan sebagainya. Sebaliknya dia suka like status sedih anda . Jika kita dan dia tidak berkawan di Facebook, tetapi ada mutual friends yang di tag, dia akan resah malah dia akan blacklist mutual friends itu. Dan jika sudah keterlaluan rasa obsesnya, dia juga akan bertindak untuk memblock Facebook anda, meskipun dia sebenarnya yang add anda di Facebook.




4.       Kita Adalah Miliknya Seorang


Sesiapa sahaja yang cuba mendekati anda akan dipandang dengan pandangan tajam, serong. Apabila anda bersamanya, dia akan pastikan tiada orang lain yang mengganggu. Jika ada yang menyapa atau mahu berbual, dia akan tarik wajah kurang senang. Sebolehnya dia akan menghalau orang tersebut dengan membuatkan orang itu berasa kurang selesa berada di situ. Paling bahaya apabila “Kalau aku tak dapat dia, orang lain jangan mimpi nak dapat dia” Bahaya bukan? Untuk itu dia akan lakukan apa sahaja untuk memastikan matlamatnya tercapai.




5.       Tidak Mahu Anda Tahu Status Atau Perkembangan Diri Dia


Meskipun punya harta berjuta, orang sebegini sering merasa hidupnya serba kurang , serba tak cukup. Biasanya mereka suka merahsiakan detik-detik bahagia, derita atau apa sahaja perkembangan dirinya daripada anda. Apabila ada seseorang yang bercerita tentang dia pada anda, dia akan merasa bahawa orang tersebut tidak amanah. Pendek kata, kalau kita tahu banyak tentang hal dia, dia takut kita akan tahu tentang kelemahan dia.




6.       Banyak Buat Serangan Hendap Dan Suka Stalk Anda


Orang yang obses sebenarnya juga meminati kita secara senyap. Dia kurang gemar menunjukkan perasaan itu dengan cara yang menyelesakan. Sebaliknya dia akan meninggalkan banyak tanda tanya pada kita. Sikap ini sangat berbeza jika seseorang itu suka dan cintakan anda. Orang yang suka mahupun cintakan anda, lebih terbuka untuk berkongsi perasaannya. Tetapi sebaliknya pula orang yang obses. Sebolehnya dia tidak mahu orang lain tahu. Malah jangan terkejut jika ada yang senyap-senyap sanggup mengekori anda kemana sahaja.  Malah jika mereka berduit, mereka akan mengupah orang untuk mengekori anda. Bagi yang ada skill atau berkebolehan hack komputer dan sebagainya, mereka akan hack akaun anda, meninjau apa yang sedang anda buat pada LAN yang sama dan boleh dikategorikan sebagai breach privacy act. 




7.       Orang Yang Anda Suka & Sayang Adalah Musuh Dia


Dia benci dengan insan-insan yang anda suka mahupun sayang. Dia benci dengan orang yang cuba kenali mahupun mendekati anda. Baginya anda hanyalah kepunyaan dia seorang. Dia berbeza dengan orang yang suka mahupun cintakan anda yang suka melihat kebahagiaan anda. Seseorang yang tidak suka pada anda merupakan aset baginya. Dia akan peralatkan orang-orang ini untuk mengetahui kelemahan anda. Malah dia suka ambil tahu tentang orang yang rapat mahupun baik dengan anda. Kerana dia akan cuba menyingkirkan orang itu secara perlahan dari hidup anda.




8.       Suka Mengugut Atau Mengherdik Anda


Mungkin ada diantara mereka yang mengaku dia suka mahupun dia sayang pada anda, tetapi sebaliknya dia suka mengherdik mahupun mengugut anda. Bagi mereka, anda ialah boneka mahupun permainan dia. Segala rentaknya anda kena ikut. Jika tidak dia akan marah mahupun melenting. Tanda-tanda ni boleh nampak jika anda tidak layan dia sangat.




9.       Sering Halang Anda


Apabila dia tahu anda punyai rancangan mahupun plan masa hadapan yang nyata tidak menyebelahi dia, dia akan halang anda dari meneruskannya. Dan sekiranya dia rapat dengan anda, sebolehnya dia akan berkata sesuatu yang menjatuhkan semangat anda.




10.   Sukar Terima Hakikat Akan Kebahagiaan Anda.


Jika orang yang obses pada anda merasakan bahawa anda lebih bahagia dari dia, itu boleh menjadi ancaman terbesar buat dia. Kerana selain daripada menganggap anda sebagai hak milik mereka, mereka juga turut menganggap anda sebagai pesaing terbesar mereka. Dia sukar mahu mengalah dengan anda, sebab dia ada sikap suka menguasai. Lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mencederakan mahupun merosakkan anda, kerana dia tidak mahu anda nampak hebat. Baginya, kehebatan kita adalah dia punya seorang.




11.   Berselindung Di sebalik Kebaikan


Biasanya mereka ini pandai berlakon dan pandai bermain dengan kata-kata. Lantas dia berselindung disebalik kebaikan dan membuat semua orang menyangka bahawa apa yang dilakukannya adalah betul.  Dan anda lah yang bersalah. Petanda awal mungkin kelihatan biasa. Malah pada awalnya, anda sendiri pun pasti akan menyangka bahawa dia seorang yang baik. Tetapi, apabila berdua bersama, barulah anda akan melihat sendiri sikap sebenar dia.




12.   Sukar Menerima Sebarang Penolakan Daripada Orang Yang Mereka Obses


Apabila dia terlalu obses terhadap anda, dia sukar untuk menerima sebarang penolakan daripada anda. Ada antara mereka akan terus memaksa anda dan ada juga yang akan membuatkan hidup anda tidak tenteram. Apa sahaja yang anda lakukan, semuanya tidak kena baginya. Pendek kata, dia sukakan penderitaan orang yang dia obses. Malah dia sanggup melihat kehidupan orang yang dia obses sengsara.




Jadi inilah tanda-tanda dan bahayanya apabila seseorang terlalu obses pada anda. Sekali lagi ingin saya tegaskan obses bukanlah cinta! Sebaliknya lebih pada pengganggu. Apa yang saya kongsikan adalah ciri-ciri mahupun tanda-tanda apabila seseorang obses terhadap kita. Tetapi apa puncanya dia jadi begitu , saya pun kurang pasti. 

Hanya berharap agar mereka dapat menghentikan perasaan obses mereka terhadap seseorang. Untuk apa mengganggu hidup seseorang? Jika kita tahu kita takkan mampu untuk memilikinya, 'bebaskanlah' dia. Kerana tiada apa yang akan anda dapat dengan membuatkan hidup seseorang tidak tenteram.

Okay sekian sahaja daripada saya. Jumpa lagi :)


"To whom it may concern,
Even though I dunno what happened, what made you like this 
& what's the reason for whatever you did to me, but I'll still forgive you....
Hope you'll be back to normal,
Like the first day we met."







SUMBER : Ziela Zie 

Comments

  1. huuu takut plak baca.. jenis yang obses dengan kita ni. harap dijauhkan.. >_<

    ReplyDelete
  2. seram org cmni.. paling takut suka stalk fb kita kan.. terpaksa blok org cmtu..

    ReplyDelete
  3. haihhhh.. rimas dengan orang macam ni.. >.<

    ReplyDelete
  4. Takut lah pulak. Ini bahaya media sosial

    ReplyDelete
  5. baru tahu obses bukanlah cinta..huhu sebb kita sentiasa rasa ada org obses dengan kita..hahaha perasan tau

    ReplyDelete
  6. Syukur.. Tak ada orang yang obses macam tu pada ai..

    ReplyDelete
  7. Tak nak lah jumpa orang cam ni. mau stress gila2.

    ReplyDelete
  8. Scary orang macam ni. Macam ada masalah psyho pun ya jgak.

    ReplyDelete
  9. hidup jd tak keruan mcm ni...pernah baca kisah seorg pengkid yg obses dgn gf dia...scary..

    ReplyDelete
  10. Awas serang hendap tu... bahaya...

    ReplyDelete
  11. ini bukan setakat obses.. ini dah mcm psycho..

    ReplyDelete
  12. hahahaha~ cuak plak akak baca entri awak kali ni..

    ReplyDelete

Post a Comment