Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Assalamualaikum & Hi!




Tanda-tanda Seseorang Meminati Anda Di dalam Diam | Biasalah kadang-kala bila minat , tapi segan nak cakap.  Atau mungkin juga waktu tidak berpihak pada mereka. So senyap-senyap je lah kan. Apapun, jika nak tahu samada seseorang itu meminati anda di dalam diam? Mungkin boleh perhatikan ciri-ciri di bawah ini. 



Jika banyak persamaannya mungkin ya, dia sedang meminati anda di dalam diam. Jika tidak faham-faham jelah ek. Move on plis. kekeke. Oleh itu, jom tengok apakah tanda-tanda jika seseorang mungkin meminati anda di dalam diam. 







Tanda-tanda Seseorang Meminati Anda Di dalam Diam



1. Resah Gelisah Apabila Sedang Berhadapan Dengan Anda


Apabila seseorang meminati kita di dalam diam, sudah pasti dia akan merasa resah gelisah, malu dan nervous setiap kali berhadapan dengan kita. Sangat sukar untuk dia bersahaja dan relaks apabila berhadapan dengan seseorang yang senyap-senyap diminatinya. Seolah-olah bila korang ada, bagai ada yang tak kena dengan dirinya. Apa sahaja yang dilakukan rasa serba tak kena, rasa serba salah membuatkan dia berpeluh sendiri tanpa dipinta. 

Sampaikan setiap kali berhadapan dengan kita, dia pasti akan menundukkan wajah dan kadang-kala memandang ke arah lain. Membuatkan kita terpinga-pinga sendiri. Padahal nak bercakap dengan kita ni, tetapi pandang tempat lain pulak? Nak bercakap ke tak sebenarnya ni? Ke ada bau badan? Atau ada cili dekat gigi ke? XD haha. Sampai gitu sekali terlintas kat fikiran.

So, camne pernah jumpa tak someone yang berciri-ciri camni? Haha. Actually best jugak jumpa orang yang tiba-tiba nervous dengan kita ni taw. Rasa macam sweet pun ada, macam eee.. comelnya lah dia buat camtu *walaupun mula-mula pelik* dan rasa macam guru besar pencen pun ada. haha.


rasa serba tak kena


2. Tersenyum Setiap Kali Melihat Anda


Seseorang yang meminati anda di dalam diam secara tak langsung akan tersenyum ketika melihat anda. Nak tahu kenapa? Kerana hatinya sedang berbunga-bunga. Apabila melihat kita, hanya yang indah-indah sahaja yang terbayang difikirannya. Mungkin juga dia sedang membayangkan sedang bersalaman dengan tok kadi dan sedang bersanding di atas pelamin dengan anda. hah. Sampai gitu sekali tau. Dah membayangkan masa hadapan terus. Sweet. 

Tidak kira apa sahaja yang dilakukannya, memandang dari jauh, berbual dengan kawan, senyuman tetap akan terukir di bibirnya saat kita melintas di hadapannya atau saat dia ternampak kita walaupun dari jauh.

Jadi , sambil lalu-lalu tu, ushar-ushar lah cket kowt orang tu tengah pandang sambil tersenyum melihat anda. Jangan dia pandang orang lain tapi anda pulak yang perasantan dah lah ye. kikiki XD 


Terbayang detik-detik bahagia, hati berbunga-bunga


3. Tak sah kalau tak tegur dalam sehari!


Apabila seseorang sedang meminati anda di dalam diam, sudah pasti apa sahaja perkembangan tentang anda ingin diketahuinya. Selain itu, dia jua turut berasa senang apabila dapat berbual dengan anda. 

Perhatikan, seseorang yang meminati anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bertanya khabar dan menghantar pesanan ringkas melalui whatssap messenger. Kadang-kala dia mungkin malu untuk menegur secara berhadapan, oleh itu whatssap messenger, facebook messenger dan sebagainya merupakan platform wajib untuk berbual dengan anda. 

Jika tidak menegur dalam sehari, hidupnya rasa macam tak sah! Kebiasaanya dia akan gemar mengusik dan memuji insan yang diminatinya itu. 


Setiap hari mesti nak tegur, at least buat muka comel ke XD


4. Berangan/ Terpaku setiap kali Berbual Dengan Anda


Tengah-tengah bercakap dengan orang yang berada di hadapan kita, tiba-tiba dia senyap semacam je sambil tenung muka kita. Dah apehal dengan dia ni kan? Sampaikan kita terpaksa panggil dia berkali-kali dan barulah dia macam tiba-tiba tersedar dari lamunan! Huh! Apehal kan? Takyah nak tiru drama sangat boleh tak encik/cik? haha.


Hal ini berlaku apabila seseorang yang meminati anda sebenarnya sedang berangan ketika berbual dengan anda. Bukan berangan dengan merenung ke arah lain, sebaliknya berangan sambil merenung wajah anda. 

Adakalanya, mungkin juga dia sedang mencari kekuatan untuk meluahkan perasaanya. Atau mungkin juga dia sedang berangan sedang bermain bersama anak-anak anda berdua suatu hari nanti. Ceh sweetnya. keh!


Berangan


5. Aura Dan Perasaanya Seolah-olah Dapat Kita Rasai


Apabila seseorang meminati dan menyayangi anda di dalam diam, otaknya mungkin asyik memikirkan anda. Membuatkan dia tanpa sedar telah menghantar gelombang-gelombang tertentu kepada anda. Dan membuatkan dia seolah-olah sedang menghubungkan telepati dengan anda. Jadi tidak hairan jika seseorang sedang meminati anda, anda juga seolah-olah bagai dapat merasai perasaannya itu. 

Mungkin bila anda berdepan dengannya, kita pula yang tiba-tiba rasa nervous. Pernah tak rasa macam ni? 

Aura yang terlalu kuat


6. Selalu Memerhatikan Anda/Curi Pandang


Bunyinya macam pyscho kan? Tetapi tidak lah seperti psycho yang mengintip dan mengendap anda dalam diam dan mungkin mengekori tanpa sedar. Okay, seseorang yang meminati anda di dalam diam, selalu perhatikan anda apabila anda berada berdekatan mereka. Tidak dapat dinafikan lagi. Apabila insan yang disayangi berada tidak jauh dari pandangan mata, hati rasa senang untuk terus mencuri pandang.

Dan apabila kita pandang balik, dia cepat-cepat mengalihkan pandangan. amboi! Tapi, okay lagi lah dari yang apabila kita pandang balik, dia still tenung kau! haha! takut dibuatnya.==" Awkward okeh.Tak memasal kita pulak yang terpaksa mengalihkan pandangan dan buat-buat tak nampak. Huhue.



Merenung


Okaylah, jadi beginilah tanda-tanda seseorang mungkin sedang meminati kita di dalam diam. Nak senang, usah berteka-teki. Pergi tanya terus pada tuan punya badan. Yeah, Easy said than done. 

But , masa itu emas. Tujuan tanya ni takdalah kowt kang kita pulak yang perasan lebih dan syok sendiri. Senang bila dah tahu, kalau dia sebenarnya tak suka, okay boleh move on! Nextt.. haha! 


Masa ini terlalu singkat untuk dibazirkan. Tak gitu? :p Okay setakat ini sahaja! Babai!


Comments

  1. hahahahaha~ adoi.. betul la kot ni.. walaupun kakak dah nak masuk 8 tahun jadi isteri orang.. bila tengok suami tetap ADA rasa minat tu.. attitude, senyuman, cara beliau bercakap.. hee~ terpuji suami sendirik !!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh syukran. maksudnya perasaan tu sentiasa mekar kak. hihi. takpa kak puji laki sendiri gak bukan org punya. hihi. Moga kekal bahagia till jannah :D

      Delete
    2. hahahaha~ segan plak akak.. aamiin.. begitulah hendaknya..

      Delete
  2. Pernah jugak rasa tanda-tanda kat atas ni . Tapi jaga hati baik-baik . Berikan pada yabg baik- baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah yaka. sweetnya. moga bertemu dengan yang tepat & terbaik buat awak :)

      Delete
  3. angau tu je yang saya pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. macam ciri2 org angan pun ada tu

      Delete
  4. Ehem! ada dah ke calon tuh? HAHAH! gurau jerkkkk...

    ReplyDelete
  5. Amboi amboi jdi doktor cinta plak nad nihh :D .. yang tengah strees pon dah tersenyum simpol soranng2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya itulah niatnya. haha! gurau je. harap lah moga ada yang tersenyum ketika membaca. Really appreciate that. ;D

      Delete
  6. adakah anda sedang dilamun cinta.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Banyaknya tanda-tanda... :)
    betul kata Nad tu, Nak elak terlebih perasan baik gi tanya tuan punya diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. 😉 wajib tanya. settle semua. usah dibiarkan hidup diselubungi misteri. hihi

      Delete
  8. hahaha ada orang tengah angau ni rasanya. Love is in the air gitewww. awww. by the way, comel kartun2 dalam entei ni. nak buat macam mana ya, cer share sket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapekah orang tu? 🤔🤔 guna apps je sis. moment cam kalau tak silap namanya

      Delete
  9. Macam ada maksud je ni.... hihihi...

    ReplyDelete
  10. Hihi...tetiba terbayang zaman anak daras...Zaman meminati dan diminati.... Tapi ada ke yg meminati .Entahlah.... Tak delah kot sebab tak femes kan haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kompemlah ada 😉 akak je yg tak perasan kowt 😜

      Delete
  11. senyum sorang2 baca entri ni...kenangan lama, a crush and then crash boom bang..minat dari jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow. tak sangka menyemai semula nostalgia lama. mesti cam sweet je kan time tu kak. hihi

      Delete
  12. hheeh baca entri ni macam bayangkan tuan badan sedang jatuh cinta je..heheh..apapun nice entry.semua image tu cantikkk sangat,,makin kreatif nadhie ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tidaklah artikel ini untuk semua orang. hihi. btw tqq dear :)

      Delete
  13. hmm saya bingung sebenarnya...ada seorang lelaki ni... dia selalu pndg sya wlwpun DRI jauh.bila sya pndg dia ,dia x alih pndgn pula..dia trus je tenung muka saya kdg2 smbil senyum..kdg2 just muka biasa2 ja..tu yg buat sya tkut nk tgok dia lama...(sbnrnya sya mmg suka dia lama dah)kwn sya pun ada Prsan yg byk kli pndg saya...satu masa tu,sya tgh brbual gelak2 dgn kawan llki saya...saya sedar Msa tu dia ada nmpk kmi brbual..tba2 dia pndng kwn llki sya dgn pndgn yg tajam..muka marah..hari tu,dia lgsung x tgok muka saya.hari tu muka dia nmpk sedih je... tpi dia dah ada gf.knp dia buat mcmni?yg sya hairan... msa tu sya nmpk dia brjln dgn kwn prmpuan dia (classmate).sya nmpk dia dri jauh sbb sya mmg Kenal tubuh dia mcmna.. tba2 dia pndg blkg dan dia tgok muka saya smbil senyum..masa tu sy tgh brdiri dkt bus top..lpstu prlhn2 dia brjln utk bgi kwn prmpuan dia tu jln dpn dia & dia d blkg... dia buat mcmtu seolah2 dia x nk sya slh fhm...byk kli lah sy dpt tgkp dia curi2 pndg saya.. kdg2 bila dia tgh jln dgn kwn dia.. msti kwn dia pndg sya jg n buat sstu spt bri signal yg mrka nmpk sya.. entahlah tpi hti saya kuat britahu yg sbnrnya dia sukakan saya.tpi sy rsa mustahil jg SBB dia ada gf... tpi sya hair an bla dia trsrmpk dgn gf dia,dia x pndg gf dia even bertegur pun x.ke dia dh mula lupakan gf dia?sya thu dia seorang yg baik.. msthl dia ada niat jht..tpi kan,musthil seorang llki tu asyk pndng kita wlw dri jauh TANPA SEBAB.bila sya terserempak dgn dia,bla sy tgok mata dia seolah2 dia nk bgitau sesuatu mllui pdgn dia yg mndlm.... boleh bagi respon?what's going on?. Assalamualaikum:)

    ReplyDelete

Post a Comment