Skip to main content

Senarai Resepi Kek Milo Viral | Minima Dua Bahan Sahaja!





Nak buat kek ni kebiasaannya memerlukan bahan yang banyak, tetapi saya tertarik dengan resepi-resepi kek milo viral ini yang hanya menggunakan sangat sedikit sahaja bahan. Iaitu dua bahan sahaja. Aihh mana nak dapat kek yang sedap guna dua bahan sebelum ni? Ha, tapi kreativiti yang ada pada tukang masak keknya menjadikan tidak mustahil untuk menghasilkan kek dengan dua bahan. So, jom tengok senarai resepi kek - kek milo yang pernah viral sebelum ni.




Senarai Resepi Kek Milo Viral | 

Minima Dua Bahan Sahaja!





Resepi Kek Milo Dengan Dua Bahan Sahaja


Senarai Resepi Kek Milo Viral

Bahan-bahan:
- 6 sudu Milo 
- 2 biji telur 

Cara-cara: 
1. Gaul Milo dan telur hingga sebati. 
2. Bakar pada suhu 140°C untuk 15 - 20 minit. 
Sumber resipi: Nora Aiya (MAHN)





Resepi Kek Milo Viral Dua Bahan + Susu Pekat Manis


Senarai Resepi Kek Milo Viral

Bahan-bahan: 
- 2 cawan Milo 
- 4 biji telur 
- 2 sudu besar susu pekat 

Langkah-langkah: 
1. Gaul kesemua bahan dengan mixer
2. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit. 
Sumber resipi: Sara Vee (MAHN) 



Resepi Kek Milo+ Susu Segar | Mug Cake


Senarai Resepi Kek Milo Viral


Bahan-bahan:
6 sudu besar Milo
1 biji telur 
Sedikit susu segar (jika mahu) 


Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan dalam cawan microwave-safe.
2. Microwave selama 3 minit.
Sumber resipi: Jolynn Martin 








Resepi Kek Milo + Oreo


Senarai Resepi Kek Milo Viral


Bahan-bahan: 
- 1 kg Milo 
- 250g mentega
- 1 tin susu
- 10 biji telur
- Oreo (inti buang)


Langkah-langkah:
1. Pukul butter dan susu.
2. Masukkan telur satu per satu. 
3. Masukkan Milo dan gaul rata. 
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan susunkan lapisan biskut Oreo. 
Klik sini untuk rujukan.
5. Bakar pada suhu 140°C selama 45 minit.
Sumber resipi: Aedafieyza Hossen




Resepi Kek Milo Tambah Horlicks


Senarai Resepi Kek Milo Viral


Bahan-bahan: 
- 5 paket Milo 3 dalam 1
- 3 sudu Horlicks
 - 3 biji telur 
- 1 penutup esen vanilla 


Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan.
 2. Bakar pada suhu 180°C untuk 15 minit hingga kembang. 
3. Turunkan suhu ke 150°C dan bakar lagi 20 minit. 

Sumber resipi: Natashah Rohna John




Okay sekian sahaja perkongsian saya. Selepas ni bolehlah kita try-try pulak kan, menjadi ke tak, sodap ke tak. Apapun dont judge a book by its cover! Rupa yang kureng lawa, tp hasil dia sodap tu yang penting. Dan selepas ni takda alasan lagi tak boleh buat cakem sebab dua bahan je kan. Okay setakat ini sahaja! Selamat mencuba!


Comments

  1. Mudah sangat ni.... jimat... nampak sedap... boleh suruh wife cuba nanti....

    ReplyDelete
  2. oi apa ni semua senang senang je. nak kena bookmark ni. thanks for the recipe sayanggg . nak try

    ReplyDelete
  3. wow, impressive dan simple betul resepinyaaaa :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  4. senangnya nak buat kek! especially yang guna mug and microwave tu

    ReplyDelete
  5. Kalau pemalas macam hakak ni suka resepi yg senang senang NW. Cepat siap boleh ceat makan hihi...
    Lama sangat tak mbaking takut dah hilang skill pulak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda