Keep Going

O Thai Steamboat Tawarkan Buffet Yang Sedap, Murah Dan Beraneka Pilihan

Assalamualaikum & Hi!


O Thai Steamboat Buffet 


Teringin nak makan steamboat yang panas-panas dan sedap? Tetapi risau tentang harga? Kat mana lah nak dapat steamboat murah, sedap ni. Kalau begitu, usah risau kerana O Thai Steamboat di Ampang Waterfront menawarkan harga yang murah dan berpatutan untuk pelbagai aneka pilihan steamboat yang sedap dan lazat. 



Lagi-lagi bila time hujan-hujan , sejuk-sejuk, pasti sesuatu yang panas-panas dan fresh yang kita inginkan. Seperti seafood yang fresh-fresh dan beraneka jenis lauk, pilihan dan menu yang pasti memenuhi kepuasan hati. Apa yang saya suka tentang buffet ni kan sebab kita boleh makan banyak mana yang kita nak, berapa lama mana dan dengan harga yang dibayar sekali sahaja. 




Lagi-lagi apabila air pun percuma dan ada side dish seperti ais krim, biskut dan sebagainya yang pasti memuaskan lagi hati tatkala berada di restaurant tersebut. So nak tahu tak apa yang special dekat sini? Dan apa yang best? Jom tengok!





Apa Yang Menarik Di O Thai Steamboat?



Dari luar O thai steamboat kelihatan seperti ini 


Aneka Jenis Pilihan Makanan Yang Sedap, Fresh & Lazat


Jangan terkejut kerana aneka jenis pilihan makanan di sini terlalu banyak. Dengan seafoodnya (udang, ikan pelbagai pilihan, sotong, tiram , siput dlln) , pelbagai pilihan resepi ayam perap (ayam perap blackpaper, bijan, kunyit dsb) , daging perap , pelbagai pilihan cendawan, sayuran , mee beraneka jenis, tahu, bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam dan macam-macam lagi. 



Pelbagai jenis seafood dan lauk pauk mentah yang telah diperap


Bebola ikan, daging, sotong, sosej di O thai steamboat



Aneka jenis sayuran, mee pelbagai jenis dan aneka jenis cendawan


cendawan butang 

Cendawan ni iolss tak tahu nama dia yang penting sedap

aneka jenis mee, sizzling

tauhu yang putih dan gebu. nyum

cendawan putih. errr betul ke nama dia tu? hew hew




Pelbagai Kemudahan Disediakan Seperti Surau


Benda paling saya suka setiap kali makan-makan buffet ni (yelah sbb ambik masa lama kan nak makan ;p), tempat tersebut haruslah ada toilet yang bersih, dan ada kemudahan surau. + environment yang bersih , selesa. ;p Dan apa yang menariknya, di O Thai Steamboat memang ada kemudahan itu. Jadi, memang senang lah kalau time lepas asar tu kita datang, then makan sampai mahgrib. Time maghrib solat kat situ, kendian sambung makan lagi :p


menu menu


menu-menu

Antara harga set Buffet yang ditawarkan di sini ialah :-

Steamboat : RM28 (Adult), RM15 (Child)
Sizzling BBQ+Steamboat : RM35 (Adult), RM19 (Child)
Charcoal BBQ+Steamboat : RM39 (Adult). RM21(Child)
Charcoal BBQ+Sizzling BBQ+Steamboat : RM45(Adult), RM25(Child)



Free WiFi Disediakan!


Ha, ni lagi satu benda menarik yang ada kat sini free WiFi. Yelah dah dok sembang lama-lama, mesti sesekali nak upload gambar kan untuk dibuat kenang-kenangan. Video ke kan. Sambil-sambil tu main social media. So tak usah bimbang data korang cepat habis, guna je free WiFi yang disediakan di sini.


sambil membakar boleh mengeratkan sillaturahim :)

im inlove with you sayang

nyum nyum

jom makan!



Budak-budak 7 Tahun Ke Bawah Makan Free Je 


Ada adik-adik yang berusia 7 tahun ke bawah? Atau anak-anak yang masih kecil lagi? Ha, angkut je kat sini untuk merasa makan free. Aneka jenis aiskrim dan jajan disediakan serta bebola yang penuh warna-warni. Pasti menjadi pilihan kanak-kanak. :D



awak sungguh comel dan nakal sekali. hiks ;) 

ketam-ketam yang nakal dan memang patut kena makan

cekedis jajan cekedis jajan. boleh hias2 atas aiskrim

aiskrim! ya ampun ya ampun ruginya tak sempat amik haritu T_T



Begitulah antara menu-menu buffet yang ditawarkan di O Thai Steamboat. Memang terlalu banyak pilihan kan? Dan semestinya menarik hati. Berniat untuk pergi lagi buat kali seterusnya, moga-moga ada rezeki lah. hehe.



Btw, pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis mereka, bolehlah melawat ke Facebook page mereka iaitu di sini :-






Okay, setakat ini sahaja. Bubye :)




Comments

  1. Aiskrim dengan jajan! Sedapnyaaaaaaaaa??

    ReplyDelete
  2. Woahhh..banyak sangat pilihan nya! suka lah kitaaa....

    ReplyDelete
  3. Sedapnya steamboat, banyak pilihan tu

    Lama dah tak makan steamboat 😂

    ReplyDelete
  4. yummy...kalau gi KL nak gak singgah di sana.

    ReplyDelete
  5. Kalau dah pergi steamboat mesti makan seafood kan nadhie

    buat apa nak makan nasi

    nanti cepat kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. menyesal betul haritu teramik nasi. haha. lepastu cepat kenyang. rugi betul

      Delete
  6. Amboi sedapnyaaa dia makan dah x nak ajak dah akak haaa.. habis sambil baca ni pon macam x kenyang lagii

    ReplyDelete
  7. bestnye steamboat.. dah lame tak makan!

    ReplyDelete
  8. Rasa Thai paling menarik adalah tom yam.... rindu nak makan tom yam Thai... meleleh air liur ni...

    ReplyDelete
  9. sedappp. memang syok makan pastu hirup kuah dia. aduh

    ReplyDelete
  10. menarik sangat kedai steamboat ni. paling comel makanan untuk budak2. kiut sangat! 😍
    and harga dia OMG murah! 😍

    ReplyDelete
  11. Lebih kurang Soeul Gardenlah ni ek. Lama tak makan benda benda gini. Belum teringin. Hakak ni mmg jarang hala ke Ampang.

    ReplyDelete
  12. BANYAKYA HIDANGA LAUT SEGAR MESTI SEDAP TU

    ReplyDelete

Post a Comment