10 Cara Untuk Melindungi Privasi Dan Keselamatan Ketika Menggunakan Free WiFi

Assalamualaikum & Hi!

10 Cara Untuk Melindungi Privasi Dan Keselamatan Ketika Menggunakan Free WiFi


Lambakan WiFi free sekarang membuatkan kita senang hati untuk menggunakannya dan menjimatkan data yang biasanya digunakan melalui telefon bimbit. Setiap kali pergi public place, Cafe, Restaurant dan sebagainya, apabila menawarkan free hotspot, cepat-cepat je kita nak connect kan. Dapat menjimatkan mobile data katakan.



Tetapi harus diingatkan bahawa tidak semua free hotspot itu adalah selamat. Kerana bermacam cara hackers akan cuba untuk mendapatkan maklumat sulit anda. Antara mereka hotspot palsu yang seakan-akan hotspot sebenar yang terdapat pada cafe tersebut, lantas membuatkan mangsa terpedaya untuk menggunakannya. 







10 Cara Untuk Melindungi Privasi Dan Keselamatan

 Ketika Menggunakan Free WiFi






1.Online Banking


Elakkan menggunakan transaksi online banking mahupun menaip bank card information anda ketika menggunakan public WiFi. Cara yang paling selamat ketika melakukan sebarang transaksi berkaitan kewangan dan sebagainya adalah dengan mengguna sendiri mobile data di telefon anda. 


Ia adalah bagi mengelakkan data peribadi anda dicuri (data theft) ketika melakukan sebarang transaksi online. Samada membeli belah secara online mahupun membuka online banking anda seperti cimb clicks, maybank2u dan sebagainya. 




2. Turn off WiFi


Turn off WiFi Jika Anda Tidak Mahu Menggunakan Internet. Dengan mematikan WiFi anda, anda secara tidak langsung anda dapat menyelesaikan 3 perkara iaitu menjimatkan penggunaan battery, menggelakkan automatic connection into fraudulent network dan mengurangkan kemunculan annoying ads.

Selain itu, untuk menambah lagi penjagaan keselamatan ketika menggunakan free WiFi,  anda mungkin juga boleh menggunakan dan menambah extension pada browser yang dipanggil "Do not track me" dan tambah nama browser anda kat belakang. For example Do not track me chrome" Dengan ini ia akan mengelakkan device lain  daripada cuba menjejaki 'movement' anda. 

Bak kata pepatah "Better safe than sorry"




3. Connect Menggunakan VPN


VPN atau dikenali sebagai Virtual Private Network akan memastikan profile anda stay sebagai anonymous ketika melayari internet. Dan apabila kita tiba disebuah website misalnya mereka akan melihat bukan IP Address sebenar anda yang terpapar di situ. 

Cuma kadang kala untuk menggunakan free VPN ada tempat yang require bayaran dan kadang kala performance internet kita akan slow sedikit. Namun impak tersebut tidak lah terlalu memberi kesan yang besar.




4. Elakkan 'Connect Automatically'


Don't let your device remember the network. Biasa bila dah connect dengan sesuatu WiFi kita akan pilih  connect automatically apabila berjaya berhubung dengan sesebuah Hotspot. Dan ini akan membuatkan device kita secara automatik remember dan connected pada hotspot tersebut ketika online. 


Namun ini bahaya apabila attacker berkemungkinan akan turut mencipta 'Access Point' yang menggunakan nama yang sama seperti public WiFi yang anda pakai dan secara tidak langsung membolehkan mereka untuk mengakses data-data peribadi anda atau meninjau kewangan anda dan memulakan misi jahat mereka. 



5. Beri Perhatian Pada Nama Network


Perhatikan nama Network yang anda gunakan. Contohnya jika kita menggunakan WiFi Starbuck, sepatutnya nama network (SSID) tersebut ialah "Starbuck" tapi tetiba keluar "Starbuck1" misalnya. Bermakna berkemungkinan besar Network tersebut bukanlah legal sebaliknya kemungkinan ia dicipta semata-mata untuk memerangkap mangsa agar menggunakan network mereka.


Biasanya macam dekat starbuck, nak access memerlukan kita memasukkan security code yang berada pada receipt, tetapi jika WiFi tersebut adalah free sepenuhnya, berkemungkinan besar ia adalah WiFi palsu yang direka oleh hackers. Nak lebih selamat pi tanya nama SSID tu pada owner or pekerja kedai . Betul tak nama WiFi tu cenggitu. 

10 Cara Untuk Melindungi Privasi Dan Keselamatan Ketika Menggunakan Free WiFi



6. Antivirus


Sentiasa memastikan komputer anda dilengkapi antivirus yang baik dan pastikan ia sentiasa up t date. Selain daripada memastikan komputer anda sentiasa bebas virus, antivirus juga akan memberi amaran pada kita jika terdapat nya  hotspot palsu 



7. Two Ways Authentication


Untuk lebih selamat dan menjamin ketika menggunakan free WiFi, sebaiknya pilih lah network yang memerlukan two ways authentication sebelum di akses. Pebenda two way authentication ni eh? Apalagi kalau bukan password. Kerana sudah tentu WiFi yang memerlukan password akan menyukarkan attacker untuk men duplicate WiFi tersebut. Apatah lagi untuk meninjau maklumat peribadi anda.



8. Password


Pastikan password anda sentiasa encrypted. Maksudnya jangan sesekali simpan password pada text, notepad dan sebagainya pada device anda (konon takut lupa) kerana sedikit kecuaian akan membuatkan dengan mudahnya password -password anda terdedah pada hacker. 

Nak simpan jugak password pada device korang? Okay ada cara. Gunakanlah passwor manager kerana at least ia akan encrypt data anda daripada dicerobohi.



9. Periksa URL 


Sebelum melayari internet dan menggunakn sesebuah website, terlebih dahulu periksa URL website tersebut. Jika terdapat sebarang keganjilan dan lain dari yang biasa, itu menunjukkan website tersebut tidak authentic/palsu. Contohnya "http://www.google.com dan "http://www. Google.com"  adalah dua jenis website yang berbeza dan salah satu darinya adalah palsu. 

Pastikan anda hanya melayari internet menggunakan browser yang boleh dipercayai dan telah dikenali sahaja. 

Periksa URL 





10. Gunakan Safe Connection


Pastikan links website yang anda layari bermula dengan "https" . Contoh https://www.google.com. Atau boleh jugak install terus https extension ketika melayari internet menggunakan free WiFi.


 extension



Makin mendalami subject Computer Network & Security, makin banyak kesedaran tentang jenayah alam siber yang pernah saya dengar. Biasa mereka akan mencuri data menggunakan P**#@#$*# WiFi yang bertujuan untuk mengintai maklumat sulit mangsa .



Okay setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Moga perkongsian ini membantu untuk terus stay safe & secure ketika melayari internet menggunakan free WiFi. Dan semoga bermanfaat!






Comments

  1. Semakin maju semakin banyak cara orang jahat buat duit kan...nice sharing..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nadhiewueen

    Sebab kongsi tips yang bagus ni. Maznee tak tahu pun bahaya pakai public network

    ReplyDelete
  3. Teringat peribahasa pelanduk emmang tak akan lupakan jerat

    pelanduk masih innocent

    jerat makin canggih

    ReplyDelete
  4. Sejak ibu pakai umobile dah tak pakai lagi public wifi ni

    sebab kuota sekarang pun tak pakai habis setiap bulan

    ReplyDelete

Post a Comment