Sem pendek telah pun melabuhkan tirainya. Tidak puas bercuti sem, kini tibanya sem baru yang merupakan nafas baru buat kami semua. Bersedia atau tidak, kami tetap perlu mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapinya. Dan setiap sem baru, mesti kena ada azam baru kan? Sem ni target nak dapat 4 flat. Oleh itu, teknik belajar dengan betul seharusnya diguna pakai untuk menjadikan target itu suatu realiti. Antara dua subject killer yang nak score betul-betul pada sem ini ialah Object Oriented Software Engineering (Java) & Advanced Database. Lantas, sedang tercari-cari tips untuk score exam ini, saya tertarik dengan tips yang dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya dari anak buahnya Harith yang merupakan pelajar University Ummul Qura Mekah. Wah! Hebatnya! Jom kita tengok apa tips-tipsnya! Tips Score Dalam Setiap Exam Dari Harith Anak Buah Prof Dr. Muhaya Bak kata Harith, kalau boleh bila kita menuntut ilmu, nak ingat sampai bila-bila. Tak mahula