Skip to main content

Fungsi Dan Perbezaan Otak Kiri dan Kanan




Pada hari ini ingin saya kongsikan tentang fungsi dan perbezaan otak kiri dan kanan sebagai pengetahuan am buat kita semua. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap tubuh bahagian kiri dan sebaliknya.

Bila otak kanan seseorang lebih dominan, maka orang tersebut cenderung menjadi kidal atau aktif dengan bahagian tubuh kiri. Kedua-dua belah otak sangat identik tapi berbeza fungsi. Masing-masing otak berperilaku berbeza.

Sebelum tu mari kita kenali fungsi otak. Otak adalah organ tubuh yang paling penting bagi kehidupan manusia. Jika manusia diibaratkan seperti sebuah komputer, otak adalah processornya.

Otak manusia terdiri lebih dari 100 million saraf yang masing-masing terkait dengan 10 ribu saraf lain. Otak adalah organ tubuh vital yang merupakan pusat pengendali sistem saraf pusat.

Otak belahan kiri dan belahan kanan memiliki fungsi masing-masing. Berikut adalah fungsi masing-masing belahan otak:


Fungsi Dan Perbezaan Otak Kiri dan Kanan


Fungsi Otak belahan kiri




Otak kiri dicirikan dengan sifat-sifat yang berhubungan dengan kemampuan analisis, logik, urutan, objektif dan rasional. Dengan sifat-sifat ini, orang yang dominan menggunakan otak kiri cenderung memiliki pendekatan rasional terhadap kehidupan.


Orang yang dominan otak kiri akan lebih tertarik dengan angka, kata-kata atau simbol. Dengan cara berfikirnya yang logik dan rasional, individu dengan dominan otak kiri cenderung melakukan kemampuan analisa dengan baik. Misalnya dalam bidang teknik atau akauntan.


Orang dengan dominan otak kiri berpengalaman dalam perencanaan, dan orang ini jarang sekali melakukan persiapan di saat-saat terakhir.







Fungsi Otak belahan kanan




Di sudut lain, sifat-sifat yang berkait dengan otak kanan adalah intuisi, subjektif, holistik (secara menyeluruh) dan sintesis. Dengan sifat-sifat ini, orang yang dominan dengan otak kanan cenderung lebih kreatif berbanding orang yang dominan otak kiri.


Kenyataan bahawa orang dengan dominan otak kanan lebih cenderung menyukai aspek visual, sehingga orang-orang tersebut jarang menganalisis masalah secara terperinci.


Individu dengan dominan otak kanan cenderung lebih kreatif dan intuisi, baik di bidang seni yang kreatif, mahupun di bidang-bidang lainnya. Individu tersebut memiliki waktu yang tepat untuk mengutamakan hal-hal yang penting, kerana sebahagian besar keputusan yang dibuat pada saat terakhir.


Jika dua individu diberikan beberapa permasalahan, satu dengan dominan otak kanan dan yang lainnya dengan dominan otak kiri, orang dengan dominan otak kanan akan mulai bekerja tanpa melalui panduan manual. Sedangkan individu dengan dominan otak kiri akan melakukannya melalui manual, memahami konsep, baru kemudian menangani masalah tersebut.



Credit : Carlos Seira

Comments

  1. Kalaulah otak kanan dan otak kiri saya saling berhubung....huhu

    ReplyDelete
  2. rasanya otak kiri n kanan sy hampir balanced XD

    ReplyDelete
  3. Haha, tak tahu lah saya otak kiri atau otak kanan :)

    http://nanafidenaz.blogspot.my/2017/08/degree-vs-diploma.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda