Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

VIRUS TIKUS JAVA ADWIND KINI TELAH DIKESAN KEMBALI

Saban hari, jenayah siber menjadi lebih dramatik dengan meningkatnya kemahiran penjenayah dan kaedah pelaksanaan yang lebih inovatif. Walaupun sistem pengoperasian Windows masih lebih banyak digunakan berbanding lain-lain, penjenayah siber kini telah beralih dari aktiviti tradisional (menggodam pengguna Windows sahaja) kepada teknik yang lebih maju dengan vektor serangan yang tidak terbatas kepada satu platform sahaja. Di sini kami ingin perkenalkan Adwind-jRemote Access Trojan @ Codename: Adwind jRAT   Rajah: Rangkaian jangkitan Adwind Malware Adwind dikenali sebagai trojan kawalan jauh (Remote Access Trojan) dan silang-platform. Ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Java dan kini telah muncul semula untuk mensasarkan perusahaan dalam industri aeroangkasa (port banyak duit boh!). Antara negara yang teruk terjejas dengan malware ini adalah Switzerland, Austria, Ukraine, dan AS.  Terdapat juga pelbagai nama lain untuk malware Adwind iaitu AlienSpy, Frutas, jFr

Idea-idea Dan Gambar-gambar Kreatif Yang Terhasil Dari Teknik Fotografi Hebat

Tak dinafikan untuk mendapatkan hasil gambar yang hebat, seseorang itu haruslah punyai skills  dan teknik tertentu. Ada DSLR camera bagai, tapi skills takda, tak jadi jugak kan. Apapun usaha tu penting. Nak dapatkan skills tu maybe ada yang kena usaha lebih, tetapi ada jugak yang 'gifted' . Baru try dah cantik. Itu semua kelebihan yang ada pada setiap orang. Masing-masing ada kelebihan dan kepakaran masing-masing. Yang tak jumpa tu jangan kata takda, tinggal kena cungkil dan cari gali je lagi sampai jumpa . Okay, jom kita tengok skills dan gambar-gambar kreatif yang terhasil dari teknik fotografi yang hebat ini. Ikutkan ada je yang pernah buat kan, tapi gambar yang ni seriously nampak menarik dan boleh lah kowt-kowt nak try dijadikan idea-idea untuk bergambar pada masa akan datang. Idea-idea Kreatif Dan Menarik Yang Terhasil Dari Teknik Fotografi Hebat Yang Mungkin Boleh Anda Cuba 'Pergilah orang-orang kecik, daku bebaskan dikau'

DIY Sendiri Bunga Daripada Kain Dan Reben Pelbagai Bentuk Dan Jenis

Hari ini saya ingin sekali lagi berkongsi tentang DIY. Kali ini adalah bagaimana cara kita DIY bunga daripada reben mahupun kain di rumah. Seronok juga bila benda-benda comel cantik cenggini boleh buat sendiri. Takdalah asik nak beli je. Tetapi part yang tak seronoknya bila nak buat tu yang asik tak menjadi jer. Apapun, bak kata pepatah " usaha tangga kejayaan kan?" haha. So, never give up! Okay takmau berleter panjang lagi, jom tengok pelbagai jenis rupa dan cara untuk DIY sendiri bunga-bunga daripada reben dan kain.   Tutorial & Cara DIY Sendiri Bunga Daripada Kain Dan Reben Okay dah tengok? Kreatif giler kan? Sampai yang guna garfu pun ada. Tsk. Macam-macam idea rupanya nak DIY ni. Apapun semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba! Bubye! credit : Art And Craft Ideas

Review Buku: #aboutlove

Bila kau tak mengerti apa itu cinta dan cinta itu membuatkanmu keliru, oleh itu di sini kau boleh belajar tentang apa itu cinta.  Ya, di sini , di buku ini... Sesuai dengan tajuknya #aboutlove, semuanya hanyalah tentang cinta. Ikutkan saya bukanlah peminat novel-novel cinta, mahupun buku-buku jiwang, tetapi gaya bahasa, penyampaian dan ilustrasi yang digunakan di dalam buku ini membuatkan saya tertarik untuk membelinya. Jom tengok apa yang menarik dalam buku ni.

1001 Petua Dan Tips Untuk Kekal Sihat Dan Cantik

Selain berpenampilan menarik , ingat pastikan kesihatan juga diutamakan. Amalkan gaya pemakanan hidup sihat  dan bersenam selalu. (at least seminggu sekali) **me too* Okay , takmo berlenggah lagi, jom kita proceed dengan tip-tip dekat bawah ni.  Jus carrot untuk kulit cerah tanpa jerawat Carrot+madu untuk hasil yang glowing, pinkish dan cerah Pisang, madu dan yogurt untuk kecilkan pori-pori terbuka Kulit pisang untuk membersihkan pori di wajah Hilangkan parut jerawat dengan lemon Jus timun untuk kurus Cara mengatasi masalah eye bag/ mata panda Tomato ais untuk cantik luar dan dalam Air beras sebagai toner Infuse water lemon setiap hari Hapuskan jerawat dengan 6 makanan ini Sapukan ais setiap hari dalam 1 minit Bye bye parut jerawat Hilangkan jerawat pasir 6 kesilapan penjagaan kulit muka Kebaikan tembikai 6 jenis sayuran dan tumbuhan mengandungi banyak air Lenyapkan jerawat den