Keep Going

Percutian Bajet Rendah di Negeri Darul Takzim

Assalamualaikum & Hi Semua!


Negeri Darul Takzim? Ha takkan laa tak tahu. Negeri Johor laa, apa lagi. Jom kita bercuti ke Negeri Darul Takzim. Yeah! Kalau nak menjelajah satu negeri mungkin cuti tiga hari saja tak cukup. Jadi,dekat sini saya specific kan sikit tempat untuk pergi bercuti iaitu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan panggilan JB.


Untuk pengetahuan anda, dekat JB ni sebenarnya mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik dan unik antaranya seperti Legoland, Danga Bay, Country Garden, Masjid Sultan Abu Bakar, Plaza Angsana dan banyak lagi. Oleh kerana kedudukannya sebagai pintu masuk ke Singapura, JB sentiasa dikunjungi oleh banyak pelancong tidak kira pelancong tempatan ataupun luar negara.



Walaupun dengan bajet rendah, korang masih berpeluang untuk bercuti di bandar yang semakin pesat membangun ni sebab terdapat banyak pilihan penginapan yang murah. JJom,saya kongsikan a few list of budget hotel in Johor Bahru.





  1. The Princeton Hotel


Hotel ni menawarkan penginapan yang ringkas untuk percutian anda sekiranya nak ke Legoland. Seriously, hotel ni memang sangat simple but nice dan selesa juga untuk percutian keluarga atau backpackers kerana hotel bajet ni terletak di deretan rumah kedai. So, boleh imagine laa kan ringkas dia macam mana.



Kemudahan yang disediakan juga sangat bagus seperti mempunyai TV, aircond, meja dan WIFI serta parking turut disediakan. Lokasinya juga saya rasa sangat strategik sebab hotel ni berhampiran dengan mall seperti AEON dan Tesco serta tempat makan.





Jadi, percutian anda bersama anak-anak akan menjadi lebih mudah. Tambah lagi, anda juga boleh membeli tiket untuk ke Legoland di hotel ni untuk mengelakkan queue yang panjang di taman tema terutamanya pada musim cuti sekolah.
credit pic : Expedia




  1. Hotel Tebrau CT
Seterusnya, hotel yang terletak berhampiran dengan Hospital Pakar Sultan Ismail iaitu Hotel Tebrau CT. Satu kelebihan juga sebenarnya jika tempat penginapan berdekatan dengan hospital sebab jika berlaku apa-apa boleh terus pergi ke emergency untuk merawat. Tapi minta dijauhkanlah ya. Nanti jadi tragedi pula time bercuti. Huhu.




Walaupun penginapan ni nampak simple tapi ia agak menarik dan hanya mempunyai dua tingkat bangunan saja. Selain mempunyai kemudahan seperti TV, meja, sofa dan sebagainya, bilik hotel ni juga kelihatan unik dan lain daripada yang lain.




Selain itu, apa yang bestnya tentang Hotel Tebrau ni ialah kerana ianya berhampiran dengan Aeon Tebrau City Shopping center yang lebih kurang dalam masa 5 minit sahaja jika berjalan kaki. Tempat-tempat menarik yang korang boleh berkunjung lagi adalah seperti Angry Bird Theme Park, Komtar JBCC, dan Johor Bahru City Square.





  1. Tune Hotel

Haaa, siapa saja yang tak kenal dengan hotel yang bertemakan warna merah ni kan? Salah satu pilihan hotel bajet popular di Malaysia. Bagi anda yang ada plan nak ke Legoland bersama anak-anak nanti, pilihan Tune Hotel adalah sangat bijak dan sesuai untuk dijadikan sebagai ‘pangkalan’ percutian anda sekeluarga.





Lokasinya juga agak strategik sebab berhampiran dengan restoran dan 7-Eleven. Memang sangat memudahkan para tetamu jika mahu mencari keperluan atau makanan di malam hari. Mereka juga menyediakan kemudahan shuttle service jika anda mahu ke Legoland dan Universal Studio.



Selain itu, terdapat juga tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan penginapan ini seperti Danga Bay iaitu tempat rekreasi untuk para pengunjung. Kat situ korang juga boleh naik cruise ship, sewa basikal, berjalan-jalan dan lain-lain lagi. Kalau nak lebih seronok, korang boleh datang time malam kerana nampak lebih meriah dengan lampu-lampu hiasan yang dinyalakan.






Rasanya cukuplah setakat ni saya share dengan anda. Jika ketiga-tiga hotel bajet yang saya senaraikan ni tak berkenan dihati, anda boleh cuba find out budget hotels in Johor Bahru yang lain lebih sesuai dan selesa dengan anda kerana masih terdapat lebih 50 buah hotel bajet yang ada di sekitar JB ini.



Tips untuk memilih tempat penginapan ialah pilih yang berdekatan dengan tempat kemudahan seperti shopping mall, hospital, lapangan terbang dan lain-lain. Tak lupa juga tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat makan supaya nanti time malam-malam takde laa korang menggagau nak cari makanan bila lapar. So, selamat bercuti ya! :)

Comments

  1. Rindunya nk pergi danga bay. Dulu mase study kt johor tmpt tu la sllu lepak ramai2. Huhu

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi stay kat Tune Hotel..
    cantik juga yer biliknya

    ReplyDelete
  3. Huaaaaa bestnya. Tk habis lagi jalan jalan Johor.

    ReplyDelete
  4. wah bestnya. hujung tahun ni plan nak ke Desaru .

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah lagi jalan-jalan Johor semenjak dah besar ni. Ingat nanti nak pergi juga.

    ReplyDelete
  6. Memang best dekat Jay bee ni. Macam-macam Ada..

    ReplyDelete
  7. Dulu masa mama hi legoland mama duduk princeton. Beberapa Kali staff Princeton call Tanya bila nk check in. Masa Tu dah pukul 10 Malam asyik tgk bunga api kt legoland 😆

    ReplyDelete
  8. best ni nadhie..jomlah kita bercuti bersama-sama..hehe

    ReplyDelete
  9. lama dah gak tak ke JB. seronok tengok

    ReplyDelete
  10. Raya ni saya balik johor. I May stay at one of the hotels.

    ReplyDelete
  11. Lama sangat tak pergi JB....
    Ha a...kalau hotel dekat dengan mall senang sikit nak window soping hihi

    ReplyDelete
  12. Walau saya asal sana banyak tempat saya tak sempat pergi.... huhu

    ReplyDelete
  13. meh nak datang muo, gitau kita tau nanti kita bawa awak tempat makan sedap2 kat sana hehe #anakjatimuar

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  14. Menarik nik! Teringin juga nak bercuti dalam negara ni. =)

    ReplyDelete
  15. nadhie kalau turun jb, jangan lupe hello hello e'in ye..

    ReplyDelete
  16. Nama jer org Johor tapi boleh dikira berapa kali LZ jejak JB.. Last tahun 1980-an.. Nice sharing Nad.. Banyak perubahan bandaraya JB.. 😊

    ReplyDelete
  17. Hee. Negeri Darul Takzim. Mujur tahu negeri apakah itu ��

    Siqah tak pernah ke JB. Nak juga pergi Legoland dan Danga Bay. Macam menarik je tempat tu =)

    ReplyDelete

Post a Comment