Keep Going

Hukum Meminta Maaf Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum & Hi!




Apa khabar semua? Sihat? Moga ramadhan yang barakah ini mendatangkan lebih banyak rahmat buat kita semua. Dan dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada semua yang telah bergelar bapa terutamanya ayah saya sendiri, para lecturers, bapa-bapa saudara dan rakan-rakan bersempena hari bapa yang telah berlalu pada 18 June 2017 semalam. 


Okay, berbalik pada topik, hukuman meminta maaf sebelum ramadhan, perkongsian ini adalah dari group whatssap. Meskipun tajuk di atas menyatakan sebelum ramadhan, namun tidak salah rasanya jika dapat di aplikasikan di dalam ramadhan ini, yang sudah semakin ke penghujungnya. huhue. Cepat betul kan masa berlalu? Apapun , moga dapat kita sama-sama hayati dan mendapat manfaat sempena ramadhan yang mulia ini. Amin!



Hukum Minta Maaf Sebelum Ramadhan


Ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah pada suatu Solat Jumaat (dalam bulan Sya'ban), beliau mengatakan "Aamiin" sampai tiga kali dan para sahabat begitu mendengar Rasulullah SAW mengatakan aamiin. Terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan aamiin. 


Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasulullah SAW berkata aamiin sampai tiga kali. Ketika selesai solat Jumaat para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW kemudian menjelaskan;


"ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasulullah SAW, aamiinkan doaku ini", jawab Rasulullah SAW*


Do'a Malaikat Jibril adalah:
*Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut;*

*.Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya* (jika masih ada)

*Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri*

*Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 sekitarnya.*

Maka Rasulullah SAW pun aamiin sebanyak 3 kali..

(Hadis sahih diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Al Baihaqi dari sahabat Abu Hurairah ra).



*Oleh itu, sempena ramadhan yang mulia ini, saya ingin memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada semua yang mengenali mahupun tidak. Andai ada terkasar bahasa, tersilap cakap, tak perasan, disedari mahupun tidak disedari, disengajakan mahupun tidak disengajakan, moga dimaafkan. Sekian :)

Comments

  1. Nadhie. Nak penghujung Ramadhan, baru Siqah nak ucapkan Selamat Berpuasa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah dah wish. hehe. okay selamat berpuasa jugak & selamat hari raya Siqah :D

      Delete
  2. Awesome!. Selamat menyambut syawal nadhie

    ReplyDelete
  3. sepatutnya kalau ade silap..on the spot minta maaf kalau berkali2 mintak kaki la tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau dah rasa diri bersalah, cepat2 lah mintak maaf, tak perlu tunggu hari2 yg special kan :)

      Delete

Post a Comment