Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Buffet Ramadhan Tradisi Kampung Di The Venue Shah Alam

Salam ramadhan kareem buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger. Moga ramadhan kali ini akan sentiasa lebih baik dari yang sebelumnya. Dan semoga kita bakal mendapat pahala yang berlipat kali ganda dan keberkatan sepanjang ramadhan ini. Amin! Dan sempena ramadhan ini, ingin saya kongsikan menu buffet menarik bagi penggemar masakan kampung yang sempat saya hadiri sebelum ini dan bertempat di The Venue Shah Alam. THE VENUE SHAH ALAM Wahh cantik je kan tempat ni? beruntung kan orang Shah Alam? Dekat je nak pergi. So apalagi jom layan menu-menu menarik buffet ramadhan ini! HIDANGAN PENCUCI MULUT MENU-MENU TRADISI KAMPUNG SEMPENA BUFFET RAMADHAN INI Banyak lagi sebenarnya menu-menu yang menyelerakan dan mengecurkan liur. So, bagi sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan seperti maklumat di bawah ini.  Namun, hendak diin

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Laser Di Premier Clinic, Puchong

Antara kecantikan dan kesihatan apa yang menjadi main concern anda? Adakah kecantikan semata atau kesihatan? Atau both? Apapun, seiring dengan kemajuan teknologi, bermacam jenis teknologi dan rawatan kecantikan yang kita boleh dapatkan di mana-mana. Tinggal lagi, mesti risau kan samada selamat ke tak, berkesan ke tak dan sebagainya. Betul tak? So, dekat sini saya nak share pengalaman mendapatkan rawatan laser di Premier Clinic dalam seminggu lepas, yang merupakan salah satu klinik rawatan Aesthetic dan bertempat di Puchong.  Ruang menunggu yang kelihatan selesa. Hampir je nak bukak kasut ;D Masa mula-mula dengar pasal rawatan laser ni macam-macam benda berlegar di fikiran. Takut, risau dan bermacam-macam lagi. Tapi, pergi jugaklah bila tahu rawatan ni totally selamat dan paling penting pergi sebab nak remove something yang menjadi concern saya , iaitu milia dan birthmarks. Dr Michelle Lai menerangkan serba sedikit tentang kondis

Ransomware Attack Semakin Berleluasa! Ketahui Cara Menghindarinya

Sana sini kecoh apabila ransomware Wannacry semakin berleluasa. Siapa yang tak risau kan jika file-file penting kita di encrypt oleh virus seperti ini. Lagi-lagi apabila melibatkan organisasi besar. Pelbagai surat layang disebarkan agar pengguna mendapat pendedahan awal dan mengambil langkah untuk berhati-hati. Jika hendak diikutkan sebelum ini, (beberapa bulan yang lepas) saya pernah berkongsi tentang salah satu department di ofis saya yang terkena virus seperti ini . Boleh baca entri tu di sini . Dan, sasaran hackers tersebut adalah lebih pada pengguna windows.  Sedikit info tentang ransonware wannacry ini, ia bermula di India, dan sudah tentu ia datangnya dari India. Dan sedikit demi sedikit ia mula menjangkiti negara-negara lain seperti Russian, Kazakhstan, Italy , Germany , US dan banyak lagi, Jika komputer anda telah dijangkitinya, mereka akan meng'encrypt(mengunci) file-file penting anda dan bayaran akan diminta dengan cara membayar mereka menggunakan bitcoin

Simon Yam Raikan Sambutan Hari Ibu Di, IOI City Mall Putrajaya

Sikapnya yang peramah, merendah diri dan sporting  melayan kerenah kesemua peminat-peminatnya dengan baik , menjadikan dia seorang artis antarabangsa yang lain dari yang lain. Terpegun saya seketika. Wow! Beginikah cara seorang artis antarabangsa melayan peminat? Memang sangat professional! Pada 14hb May 2017 yang lalu, Simon Yam telah 'turun padang' ke Malaysia untuk meraikan sambutan hari ibu anjuran GINTELL bersama-sama peminatnya, di IOI City Mall Putrajaya. Untuk  pengetahuan anda, Simon Yam merupakan pelakon terkenal Hong Kong yang juga merupakan international artist telah bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang seni termasuk ke Hollywood dan pernah berlakon dalam cerita seperti  Ip Man, Iceman, 7 Assasin,  Lara Croft: Tomb Raider – The Cradle of Life  dan terbaru Legends of the Naga Pearl dan  banyak lagi! Seawal jam 3.00 petang, orang ramai telah berpusu-pusu dan berkumpul di Centre Court, IOI City Mall Putra

Ibu Adalah Anugerah Yang Tidak Semua Orang Punya

Assalamualaikum & Hi! "Air matanya bergenang. Perasaannya sukar dibendung. Entah mengapa perasaan kagum, marah dan cemburu menjadi satu di hatinya. Dia kagum melihat cikgunya melayan anak-anaknya dengan baik, supportive, menyokong minat & cita-cita anak-anaknya, memberi kasih sayang yang mencukupi, mengambil setiap kali pergi dan balik sekolah dan menyayangi anaknya sepenuh hati. Sungguh dia jua ingin punyai ibu seperti itu. Yang sentiasa berada disisinya, melindungi dirinya, menyayanginya sepenuh hati dan tempat untuk dia meluahkan kasih sayang. Jauh di sudut hati, dia mula membayangkan betapa indahnya seandainya cikgunya adalah ibunya. Jauh di sudut hati, dia begitu cemburu melihat anak-anak gadis cikgunya itu punyai seorang ibu yang cukup penyayang, lemah lembut dan sempurna. Tetapi kenapa bukan dia? Kenapa? Apa salah dia sehingga ditakdirkan untuk hidup begini? Tanpa kasih sayang seorang ibu?  Semua itu membuatkan dia marah dan kesal