My Gym Story : Jonlivia Hotpants Selesa Dipakai Sepanjang Hari!

 Assalamualaikum & Hi!



Pesanan ringkas yang diterima daripada Amir melalui aplikasi whatsapp messenger itu dibiarkan berlalu sepi. Saya masih teragak-agak untuk menerima pelawaannya. Jangan salah faham. Bukan pelawaan mengajak pergi dating ke apa, sebaliknya dia mengajak saya untuk bertukar gym dan mengikutnya workout di gym yang baru. Dah sedap-sedap kami workout dalam satu gym yang sama , namun kali ini terpisah pulak. ececece



Sejak join class workout Amir, iaitu Circuit dan ABS training, memang rasa suka sangat (walaupun circuit ni sangat lasak & ramai lelaki yang join) memandangkan workoutnya yang berkesan, trainer yang muda+energetic+handsome hahaha ;p (Amir ni model taw! *tetiba*) , badan rasa lebih fresh dan bertenaga, perut rasa lah macam nak flat dan ada abs jugak macam si Amir ni dan paling penting boleh turunkan berat badan! hahaha







Selain daripada environment gym yang selesa, selamat dan positif, bila ada element-element cenggini barulah semangat kan nak pergi gym! Hahaha!;p  Apapun , selain itu, pemakaian untuk workout jugak sangat penting. Terutamanya seluar! 



Yelah if dah join workout lasak-lasak macam circuit training tu yang memerlukan pergerakan kesuluruhan tubuh badan, sambil baring kena angkat besi 10KG, memang kenalah pemakaian yang betul kan? Takmolah time sedap-sedap workout, tiba-tiba ada bunyi 'crack!' Erkkk.. memang dengan hati hati kita sekali 'crack' kang! Tak pepasal habis reputasi depan si handsome! Ekekeke *maafkan kemiangan ini XD* If nak pakai berlapis-lapis memang menyusahkan dan bakal menyukarkan lagi pergerakan. Namun lain betul dengan Jonlivia Hotpants yang bukan sahaja sesuai untuk workout namun sangat selesa dipakai sepanjang hari. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca!





Ciri-ciri Jonlivia Hotpants Yang Selesa Dipakai Sepanjang Hari!



1. Membantu Membakar Kalori!

Jonlivia Hotpants ni diperbuat daripada 100% Neoprene yang merupakan bahan terbaik untuk mengawal haba. Membuatkan kita yang memakai pun berasa selesa Dalam masa yang sama mampu membantu meningkatkan pembakaran kalori ketika kita sedang melakukan apa sahaja aktiviti seperti berjalan, berlari,  bersenam dan sebagainya. Patutlah sepanjang pakai rasa selesa je, namun bila bukak baru perasaan ada peluh kan. But still tak rasa panas pun! 



2. Sesuai Untuk Aktiviti Lasak

Ha kenapa sesuai? Sebabnya hotpants ni mempunyai strap di bahagian pinggang yang mempunyai double layer membuatkan ia kukuh dan takdalah rasa macam mudah je nak menggelongsorkan. Sesuai sangat lah kan untuk aktiviti lasak seperti berlari, berzumba , memanjat , angkat beban dan sebagainya. Tengah-tengah buat aktiviti lasak ke apa, dia melekat je dekat pinggang kita.





3. Tidak mudah 'Crack' , Material Yang Stretchable

Selain itu , kalau tengok dari segi jahitannya, iaitu jenis flatlock , so memang tak perlu risau lah kowt-kowt kalau tengah sedap-sedap buat aktiviti lasak, tiba-tiba seluar ni ter 'crack' ke apa. Lagi-lagi depan si handsome! Phew~ Tak pepasal habis reputasi kan. hahaha. Don't worry! Memang takkan berlaku disebabkan menggunakan jahitan jenis flatlock yang memastikan ia mudah meregang dan tidak mudah koyak. Sangat sesuai lah kan kalau nak buat yoga yang banyak kena stretch kan badan sana sini ni. Kejap terbalik kejap melingkup dan kejap kang menangkup. huhuks




4. Bahagian Pinggang Menutupi Sehingga Ke Perut

Ciri-ciri double waist level yang ada pada Jonlivia hotpants membuatkan ia juga menutupi sehingga ke perut. So, if ada masalah perut buncit ke apa, boleh lah dibentuk dengan menggunakan Jonlivia Hotpants. Sambil menggunakannya, turut membantu membentuk perut hokay!




5. Pocket Tersembunyi!

Haha. Biasa seluar yoga atau jenama hotpants yang lain tak ada pocket, tapi yang ni ada pocket tersembunyi yang bakal mengejutkan korang! Sesuai lah kan kalau sesambil tu nak simpan gula-gula ke, kunci ke. hihiks






Ya, begitulah ciri-ciri yang ada pada jonlivia hotpants ni. Selain digunakan untuk bersenam, ia juga sangat sesuai untuk kegunaan harian tau! Tak semestinya untuk bersenam atau ke gym sahaja. Contohnya sesambil pergi pasar beli ikan tu, sambil tu lah boleh pertingkatkan pembakaran kalori dengan memakai seluar ni je. Eh macam ajaib je kan? Ahaks.





Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :




Youtube : Jonlivia

Price : RM188






Comments

  1. WAH ADA KEGUNAAN LAIN SELAIN NAK KE GYM OKLH TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. tulah sbg pakaian harian pun okay :)

      Delete
  2. Wah bestnya. Suka sgt kak ana kalau dpt seluar mcm ni. Berkobar2 semangat nak kurus.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak ana! barulah rasa feel nak kuruih tu. hihi

      Delete
  3. Kadang-kadang dah beli seluar macam ni terus rasa ada semangat nak pergi gym 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 baru lah semangat nak pergi gym kan cik Epal! hihi =)

      Delete
  4. bila dah betul betul konsisten ke gym...memang patut dapatkan jonlivia hotpant...baru tak rasa menyesal

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, kena consistent. tp boleh je kan nak pakai waktu biasa. hihi

      Delete
  5. Bagus lah ada seluar macam ni...lagi bagus kalau ada yang sponsor I dengan seluar ni. HAHAHAHA! harituh pun kawan akak ade juga share pasal hotpants ni. Cuma brand lain kot.Tapi tak beli pun. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. moga ada rezeki dapat sponsor jugak! hehe. nti share tau :D

      Delete
  6. Bagusnya!!! Wajib laburkan masa gaji pertama nanti ni...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. boleh Adam , untuk unisex :) size pun pelbagai

      Delete
  8. Nad, saya tak pergi gym. Tapi berkenan tu. Nad kata sesuai bawa pasar, guna lasak, zumba dll. Sesuai tak dipakai untuk pejabat. Saya suka tu sebab dia bakar kelori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je pakai ke pejabat. Saya dah dapatkan confirmation drp pihak Jonlivia, memang sesuai untuk kegunaan harian dan sebagainya. Boleh rujuk link ni https://www.facebook.com/jonlivia/

      Delete
  9. Bila tengok gambar tu, material macam tak boleh.

    ReplyDelete
  10. oo kalau pakai during marathon pun bagus ni

    ReplyDelete
  11. akak dengar tu dah macam ajaib sungguh bunyinyaaa ... kalau beli kena betol pakai lah .jangan simpan dalam lemari plak hii

    ReplyDelete
  12. berbaloi dgn harganya..byk kegunaan..pernah join gym, tapi halfway je..huhu..

    ReplyDelete
  13. Kalau dah beli ni memang kena rjin g gym. CR teringin nk g gym tp xde geng. Huhu.segan nk p sorang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye belasah je pergi sorang. nak carik geng alamat berkurun lah . sobs T_T dun wurry CR nanti dapat geng baru dekat gym ;D

      Delete
  14. selamat ber-gym!

    e'in tak penah work out sampai gym.. selalu jogging je.. tu pun time sebelum ade anak.. sekarang ke laut.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Workout sampai ke gym lebih pada nak jaga kesihatan je n bila dah labur duit utk gym tu barulah semangat nak workout kan. hihi

      Delete
  15. best nya seluar ni...macam suka je

    ReplyDelete
  16. WoW! bestlah pant ni boleh bakar kalori gitu.

    Free size ke? Eh jap nak pi terjah IG depa ;-)

    Thanks for sharing Nad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tidaklah. Ada macam-macam size. hehe. sama2 :)

      Delete
  17. rindunya nak bergym balik.. badan dah naik macam dipam pam ni haaaaa :'(

    www.neezalife.com

    ReplyDelete

Post a Comment