Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Meso White Therapy Rawatan Popular Dan Berkesan Bagi Mencerahkan Kulit di Dermedics

Sebelum ini saya sempat menghadiri majlis pelancaran pembukaan Dermedics di USJ Taipan, Subang Jaya. Jarang menitik beratkan soal kecantikan, penjagaan kulit muka dan sebagainya, berada di sini merupakan sesuatu yang baru bagi saya dan banyak perkara baru telah saya pelajari. Sejujurnya saya tidak pernah dengar dan tidak pernah ambil tahu tentang rawatan Meso White Therapy yang merupakan rawatan popular, selamat dan berkesan bagi mencerahkan kulit di Dermedics . Ramai yang menggilai rawatan seperti ini bagi mendapatkan kulit yang cerah dan halus dalam masa yang singkat. Apatah lagi ingredient pada serum Meso White adalah dari punca yang organik dan selamat buat semua jenis peringkat usia. Disebabkan kepopularannya, produk keluaran Dermedics ini juga seringkali ditiru oleh produk-produk keluaran China , korea dan lain-lain yang menawarkan harga yang sangat murah bagi Meso White Theraphy. Kebiasaan bagi rawatan Meso white therapy ni akan memakan kos dan per

My Gym Story : Jonlivia Hotpants Selesa Dipakai Sepanjang Hari!

Pesanan ringkas yang diterima daripada Amir melalui aplikasi whatsapp messenger itu dibiarkan berlalu sepi. Saya masih teragak-agak untuk menerima pelawaannya. Jangan salah faham. Bukan pelawaan mengajak pergi dating ke apa, sebaliknya dia mengajak saya untuk bertukar gym dan mengikutnya workout di gym yang baru. Dah helok-helok kejadiannya kami workout dalam satu gym yang sama , tapi dia pergi pindah pula. Eeee. Sejak join class workout Amir, iaitu Circuit dan ABS training, memang rasa suka sangat (walaupun circuit ni sangat lasak & ramai lelaki yang join) memandangkan workoutnya yang berkesan, trainer yang muda, energetic, handsome hahaha (Amir ni model taw! *tetiba*) , badan rasa lebih fresh dan bertenaga, perut rasa lah macam nak flat dan ada abs jugak macam si Amir ni dan paling penting boleh turunkan berat badan! Hehe. Selain daripada environment gym yang selesa, selamat dan positif, bila ada element-element begini,  barulah semangat kan nak pergi

IKEA Cheras, Kuala Lumpur

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri sebuah SPA reviews yang terletak di IKEA Cheras. Biasa pergi IKEA yang dekat Damansara tu kan. So, disebabkan IKEA Cheras ni boleh dikatakan masih baru lagi bertapak, so baru ni lah berkesempatan untuk pergi sana. Heh, btw siapa yang dah pergi sana? Cantik-cantik kan dekorasinya? Memang rambang mata dibuatnya! Seperti biasa bila dah memandu sendiri ni, bab-bab parking ni memang menjadi keutamaan. Tempat macam IKEA ni kan ramai sangat orang datang tak mengira hari, so risau jugaklah kowt-kowt mahal kan. Tapi alhamdulillah murah sahaja harga parkingnya. Dan paling lega time saya datang haritu dalam 13 April lepas memang free of charge , Mereka tak charge apa-apa pun. Tapi tak tahulah hari lain macam mana pulak kan.  Harga Parking Di IKEA Cheras, Kuala Lumpur Okay inilah senarai harganya. Tidaklah menakutkan bila melihatnya kan? Seronok je bila masuk haritu free. Apapun dinasihatkan jangan sesekali me

DIY : Mesej Rahsia Dalam Kulit Telur Yang Comel!

Teringin nak share mesej rahsia? Ucapan atau kata-kata cinta secara kreatif dan unik? Okay boleh cuba buat dengan menggunakan kulit telur sahaja. Nak tahu macam mana caranya? Meh tiru tutorial DIY ni. :) Senang je hokay! DIY : Mesej Rahsia Dalam Kulit Telur Yang Comel! Mula-mula sediakan bahan seperti berikut. Bahan-bahan : Jarum peniti Telur sebijik Sharpee Marker Pen/Watercolor credit picture : Thread Banger Langkah-langkah Ambik sebijik telur. Lantas di lubangkan dengan menggunakan jarum peniti. Kena buat lubang sehalus-halus mungkin di kedua-dua bahagian. Kemudian keluarkan isi telur. Tiup di bahagian lubang satu lagi bagi memudahkan proses mengeluarkannya.  Bersihkan kulit telur dengan air dan keringkan. Lukis dan warnakan kulit telur dengan menggunakan paint/watercolor/sharpee marker pen mengikut citarasa dan kreativiti anda.  Tulis ucapan di atas secebis kertas kecil lalu digulung halus untuk dimasukkan ke dalam kulit telur,  Masuk

Isetan The Japan Store Lot 10

Baru-baru ini saya sempat menghadiri jemputan reviews di ISETAN, Japanese Store Lot 10, Kuala Lumpur. Akan saya kongsikan tentang review itu pada next post. Biasalah setiap kali datang tempat-tempat area KL dan Selangor ni, benda paling concern sekali adalah nak cari tempat parking, lokasi tempat dan bayaran parking.  Biasalah tempat mahal, tempat cantik, so harga parking pun mestilah mahal keen. Even tandas pun berbayar . Sad betul jarang sekali tengok shopping mall tandas berbayar. Tapi di ISETAN Japanese Lot 10 ni kena bayar pulak. Letak apa je kat situ? Ada pameran ke apa dalam toilet tu? Nak kata murah tak jugak . Tandas dekat level 1, kena charge RM2 untuk sekali masuk. Then toilet dekat Level LGF pulak RM0.50 sen. Boleh camtu pulak eh. Harga Parking Di ISETAN Japanese Store Lot 10 So, berbalik pada hal parking, harga parking di sini adalah RM6.00 untuk 3 jam pertama pada hari weekday . Then pada 4jam hingga 6jam akan menjadi RM10. Tidak past

Hilangkan Kulit Kusam Dan Cerah Berseri Dengan Neutrogena Deep Clean!

Kulit rasa kusam dan tak bermaya? Bintik hitam (blackhead) dan whitehead semakin banyak di wajah? Jangan risau okay. Masalah anda mungkin berjaya di atasi dengan Neutrogena Deep Clean yang dikhaskan untuk merawat kulit kusam, mencerahkan dan menambah seri anda. Dah cerah, mestilah nampak berseri kan. Ya tak? :) Apa yang penting Neutrogena Skincare yang merupakan produk dikenali ramai ini sememangnya telah melepasi dermatology test dan diyakini suci dan  selamat untuk digunaka n bagi pelbagai peringkat usia. Selain itu, jerawat anda juga turut dapat dihilangkan dengan menggunakan pencuci muka Neutrogena Deep Clean ini. Dah cerah, berseri  dan jerawat pun hilang. Haa,, ni bukan cakap kosong k! Produk ini telah pun saya cuba setelah pulang dari percutian di Langkawi. Memandangkan kerap berpanas dan tidak memakai pencuci muka langsung membuatkan kulit bertambah gelap , berminyak , ditumbuhi jerawat dan blackhead semakin bertambah. Annoying sungguh je rasa. Boleh refer gambar s

Obsess Cosmetics Nuex Rosli X Syedewa Mattely In Love Liquid Lipstick

OBSESS COSMETICS NUEX ROSLI X SYEDEWA MATTELY IN LOVE LIQUID LIPSTICK | Pada bulan March yang lalu, saya berkesempatan menghadiri majlis pelancaran produk baru Obsess Cosmetics Liquid Lipstick yang merupakan kolaborasi bersama dua orang MUA terkenal Malaysia iaitu Nuex Rosli dan Syedewa. Majlis pelancaran ini diadakan di lokasi yang sangat cantik dan terkenal dengan keunikan interior designya, iaitu di Flora Terrace Hampshire Place, Kuala Lumpur. Merupakan produk kosmetik buatan Muslim dan diyakini halal, Obsess Cosmetics diasaskan oleh Puan Hafizatul Atiqah yang merupakan founder nya. Wahh.. impress je rasa bila tengok pengasasnya muda-muda lagi sudah bergelar seorang business woman dan mempunyai produk keluaran sendiri yang tidak kurang hebatnya.  Isi dalam goodies bag yang kami terima terdiri daripada : Special Edition Obsess x Syedewa x Nuex Rosli, DD Cushion dan 4 warna berbeza liquid lipstick mattely in love.  Haha. Memang in love je dengan

Chef Dato' Fazley di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Pada 19 March yang lepas,  setelah habis je kelas, saya ditemani adik terus bergegas ke Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sempena majlis Taiwan tourism. Kebetulan ada matta fair pulak time tu,   memang jam teruk la masa masuk area PWTC. Dan parking tak payah cakaplah, banyak betul tempat kena tutup. Banyak kali pusing, hampir je putus asa nak cari parking.  Perkhidmatan jockey services turut ditawarkan kepada kami, tapi pehal kan nak guna jockey2 ni, bukan kaya raya pun -_- Bayaran untuk perkhidmatan jockey tu jer dah RM25,  then parking sejam RM6 hengget. Memang taklah kan nak ambik yang tu. Sobs. Mintak murah cket dat guy terus cakap nak raya, takleh murah2. huhue. Padahal raya lambat lagi ha, bukanlah seminggu dua nak raya. Puasa pun belum lagi kowt. -_- " Aihh.. kedut betul Ni pulak car park dekat dalam Seri Pacific. Habis ditutup pada hari kejadian padahal ada je kosong.  Nak lakukan jockey service dia lee tew -_-  [ Credit gambar : Osyter] Last-las

Flora Terrace Hampshire Place

Baru-baru ini saya ada menghadiri sebuah event di Flora Terrace Hampshire Place. Event apa? Ha, di entri seterusnya akan saya ceritakan. So, biasalah setiap kali sebelum menghadiri sesebuah event, pasti akan research pasal tempat, parking dan bayaran parking di sesebuah tempat. Sayangnya tak jumpa. Sedangkan Flora Terrace di Hampshire Place merupakan sebuah restoren yang dikatakan agak popular kerana interior designnya yang super cantik. Seringkali diadakan function, event, birthday celebration dan juga majlis pertunangan di situ.  Harga Parking di Flora Terrace Hampshire Place Tetapi sayang. Cari-cari info pasal parking tak jumpa pulak. -_- So, pada hari tersebut, main pakai redah jelah datang. Mujur tak busy. Nak parking luar macam risau je, then terus tanya guard kat situ. Dan rupa-rupanya kawasan Hampshire Place menempatkan beberapa buah company besar di bangunan tersebut.  Disebabkan itu,  kira bila time office hours je harga bayaran parking akan