Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Shopping Barang Dapur Secara Online Dengan Honestbee!

Shopping Barang Dapur Secara Online Dengan Honestbee! | Jadual yang padat dan masa kerja yang tidak menentu membuatkan kita jarang ada masa untuk membeli barang dapur dan pelbagai keperluan harian yang lain. Sama seperti saya, selaku seorang pekerja shift sepenuh masa dan juga pelajar membuatkan jadual harian saya sangat padat kebelakangan ini.  Namun, dalam masa yang sama saya tidak mahu terlepas untuk belajar memasak dan mencuba resepi-resepi baru di rumah. Runsing memikirkan keadaan ini sehinggalah tiba-tiba dalam masa yang sama saya mendapat jemputan event untuk ke majlis pelancaran Honestbee, yang merupakan portal membeli barang dapur secara online samada di website atau menggunakan apps . Wah! Bak kata orang bagai pucuk dicita ulam mendatang. ^^ Haha. Nak tahu kenapa? Meh sini nak cerita... Honestbee Media Launch Ceremony Pada 28 Februari 2017 yang lalu, Honestbee Media Launch Ceremony telah berlangsung di Restaurant The Bee Publika, So

Minum Teh dan Makan Tengahari Bersama Aeril Zafrel di Cafaeyen, IOI City Mall Putrajaya

Pada sabtu yang lepas bersamaan 4 March 2017, Aeril Zafrel telah membuat penampilan istimewa di Cafaeyen Restaurant, IOI City Mall Putrajaya.  Pelanggan yang bertuah bukan sahaja berpeluang membeli minuman yang telah di serve oleh Aeril Zafrel, malah turut berpeluang untuk mengambil gambar dengannya.  Wah! Siapa yang tak nak kan? Bukan selalu nak dapat peluang di serve minuman oleh artis ni! Rugi pulak rasanya haritu tak rebut peluang ni. Hehe Suasana di Cafaeyeyen, IOI City Mall pada hari biasa.   Terletak di level LG dan berdepan dengan Big Apple.  Sampai-sampai je suasana sudah mula riuh apabila emcee pada haritu mengumumkan bahawa Aeril Zafrel akan membuat penampilan istimewa di situ sekejap lagi. Di luar kawasan kedai kelihatan sudah ada yang mula menunggu dan menjenguk-jenguk. Suasana di Cafaeyen pada hari tersebut Selesai mendaftar dan bertegur sapa dengan Marcus, sementara menunggu kedatangan Aeril Zafrel, kami terus mengushar menu dan bercad

Cara Reset Windows 10 Tanpa Hilangkan File-file Penting Anda

Runsing saya pada ketika itu. Sudah beberapa kali remove, tetapi Browser Hijacker tersebut tetap tidak hilang. Ciput sahaja kecuaian saya pada ketika itu. Hanya kerana terdownload software mengandungi virus, tetapi besar efeknya pada laptop saya. Jenuh menggunakan pelbagai cara untuk membuangnya, baik menggunakan software, antivirus mahupun manual. Tetapi tetap tidak berkesan.  Setelah berbincang dengan kawan saya, Zack, dia menyarankan saya agar mereset semula windows 10 saya. Fungsinya sama seperti factory reset mahupun format komputer. Dan bertujuan untuk membuang segala malware, spyware dan virus yang sukar dibuang. Tetapi, tak perlu risau sebab file-file penting kita seperti assigment, dokumen-dokumen penting, movie dan sebagainya tetap tidak akan hilang. Sebab-sebab Kenapa Kena Reset Windows 10? Apabila windows10 anda terjangkit malware mahupun virus degil Antivrus tak berkesan untuk melawan malware mahupun virus sedia ada Letih cari pelbagai cara