Apa Itu Browser Hijacker?

Assalamualaikum & Hi!





Sedang sedap-sedap google, tiba-tiba browser google chrome saya tertutup sendiri (force close), kemudian terbuka semula (restart) balik dengan sendirinya. Ingatkan kenapa. Tetapi bila dah restart balik tu tiba-tiba muncul sejenis search engine yang tidak dikenali dan tidak diketahui dari mana asal usulnya. 

Rupa-rupanya browser pada laptop saya ni dah kena hijack, mungkin disebabkan kecuaian yang tidak disengajakan seperti terdownload software yang mengandungi virus dsb. Sebab tu kalau nak download atau install apa-apa software, kena scan dulu dengan Virus Total. kendian tengok terms & conditions before install.

Dan untuk membuang browser hijacker ni bukanlah mudah. Teknik-teknik yang pernah digunakan sebelum ini semua tidak berkesan. Bersihkan browser, remove search engine yang tidak berkaitan, remove adds on yang tidak berkaitan, reset setting pada browser, cari dan remove virus tersebut kat registry, unistall program yang tidak dikenali pada setting programs and features, tetapi semuanya tak berkesan. Last-last guna software adware cleaner, sadly still tak berkesan jugak. Jahat betullah malaun yang create browser hijacker ni. Sobs.

Kadang lagi kesian bila ada yang tak perasan dan tak tahu browser mereka dah kena hijack. Sobs. 




Tahukah anda apa itu browser hijacker?


Browser hijacker adalah sejenis malware yang akan install software mereka ke dalam Programs and features anda dengan cepat tanpa meminta permission anda, unistall browser asal anda dan mengantikan dengan browser mereka yang sudah siap-siap terpasang search engine mereka, atau modified kesemua browser dan search engine anda dengan menukar kepada search engine mereka, install adds on yang tidak diperlukan, dan akan redirect anda ke website mereka ataupun mengeluarkan popups ads yang sangat annoying.


Motif?


Kalau dah namanya Malware, sudah tentu ada macam-macam niat jahat kan. Mostly adalah untuk generate income. Contoh dengan cara untuk menambah traffic ke website mereka. Kendian,  bila anda search something ia akan redirect anda ke page yang mereka suka (malicious site) atau dengan kata lain pada top search mereka (kerana browser mereka memang telah di design untuk manipulate hasil carian anda ), mengeluarkan iklan-iklan tertentu based on hasil carian anda atau pendek kata korang punya browsing habit diintai mereka, mengintai maklumat peribadi anda dan banyak lagi.

Bagaimana Browser Hijacker Boleh Menjangkiti Laptop Anda?


Browser hijacker biasanya datang bersama programs yang anda download, biasanya terdapat pada free software dan sebagainya. So, kalau nampak benda tu free software berhati-hatilah.  Sebab tu sebelum download apa-apa kena baca terms and conditions dan scan dulu link download dekat Virus Total. Berkali-kali pesan dah -_-" (sedangkan sendiri pun terbuat jugak. hoho). Setelah diyakini bersih, barulah anda boleh download dan install software-software tersebut. Jangan main pakai hentam je. tsk.


Contoh Browser Hijackers


Biasa search engine default kita mestilah google kan, takpun yahoo. Kebanyakannya lah. Ni tetiba keluar entah apa-apa jenis entah. Contoh seperti di bawah :-


Seriously beb, susah betul nak remove jenis yang ni. Bermacam-macam cara buat tapi, tak berkesan. 
Mula-mula hilang dah, then ia akan di add kembali ke browser kita, selagi akar umbinya tidak dapat dikesan dan di remove dengan betul. Sobs

Jenis lain pulak

Kadang dekat search engine tu lagi dah siap2 kuar ads


Lagi haru yang keluar macam ni. -_- 
User yang tak tahu tu pun terus percaya dengan warning palsu ni. 




Berlainan jenis browser hijacker, juga berlainan jenis cara untuk remove. Ada yang susah, ada yang senang. So, kalau browser anda ada ciri-ciri seperti di atas, maksudnya dah terkena hijack lah tu. Berhati-hati dan dicadangkan jangan sesekali buat urusan peribadi seperti shopping online dan sebagainya.

Macam mana nak remove akan saya kongsikan di entri yang akan datang. Apapun moga info ini bermanfaat. Selamat berhujung minggu semua! *Jiran selang sebelah rumah bersalin, jap lagi nak pi jenguk dengan mak.*
Wokay Happy Holiday. Babai!



Comments

  1. Oh, huhu, sy suka download apps free tanpa scan di virus total sbb sy x thu. πŸ˜‚ nk remove bnde tu pun susah.

    ReplyDelete
  2. Oh, huhu, sy suka download apps free tanpa scan di virus total sbb sy x thu. πŸ˜‚ nk remove bnde tu pun susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh yeke dear. Memang kalau yang degil tu, degil betul. Btw apa nama browser hijacker tu?

      Delete
  3. Haiyooo...ni memang boleh mendatangkan api kemarahan kan? akak ni dah la tak pandai bab2 gini. Kena tunggu Cik Abang jugak tolong buatkan. Lepas tuh masalahnya suka gak ngengada nak donlod free software. Ok! akak insaf. Takmo buat dah. Annoying kan kalau jadi kat diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh nak download tp make sure scan dekat virus total dulu. :)

      Delete
  4. org mcm sy yg x tahu sgt paasal bnde ni lagi la takut :( huhu

    ReplyDelete
  5. Kalau kakak memang tak adalah nak menggodek bagai
    Takut lain jadinya..

    ReplyDelete
  6. ok. laptop kat rumah pernah jadi macam ni. sangat sangat sangat annoyed. kita nak buat kerja, keluar macam2. kita nak masuk website tertentu, dia xhabis2 keluar web dia (dah xingat namanya). last2 hantar kat kawan husband, dia yang tolong settlekan. heee...

    browser hijacker rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benda ni susah giler nak buang. dah buang dia install diri dia balik . hehe. alhamdulillah laptop sis dah okay ^^

      Delete
  7. Kalau tak perasan then buka maybank2u... memang lesap lah duit... huhu...

    ReplyDelete
  8. pernah jg jd mcm ni..mcm2 popup ads..letih jg ikut tutorial kt google nak remove..install tdsskiller, sib baik free..

    ReplyDelete
  9. Berminat nak promosikan blog anda sertai kami di Geng Blogger Nuffnang N Adsense

    https://www.facebook.com/groups/1340037192727642/

    ReplyDelete
  10. KAK MMGXRETI LANGSUNG NK DOWNLOAD APA2PUN MLS...HRP SELAMATLH

    ReplyDelete
  11. hish scarynya kena hijack macam tu, bahaya. setakat ni belum pernah jadi kat Lya, hopefully won't ever kena lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. yang penting jgn download sebarang attachment n click links bukan2 or download sebarang free software. ape2 scan guna virus total dulu

      Delete
  12. kalau dah tkena, mmg payahlah nak remove

    ReplyDelete
  13. saya pernah kena, sebab download movie apa entah, last2 movie tak dapat tapi azab yg dapat,hahaha. nasib baik abah saya boleh repair laptop sendiri.

    paling annoying bila dia keluar pop up iklan yang bersuara tu, dah la tekejut, bising plak tu. adoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. dasyat betul virus dia. πŸ˜‚ yup kadang dia tipu konon2 tu tempat download movie, tp ekceli virus

      Delete
  14. I have been using AVG protection for a few years now, and I'd recommend this anti virus to all you.

    ReplyDelete

Post a Comment