Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Xiaomi Redmi 4A Tawarkan Harga Mampu Milik!

Xiaomi Redmi 4A Tawarkan Harga Mampu Milik! XIAOMI REDMI 4A Fungsi Dual Apps Dalam Satu Smartphone Yang Sama |   Baru-baru ini, pada 18 Februari 2017 yang lalu, saya telah menerima jemputan event iaitu ‘Redmi 4A Official Launch” yang bertempat di Bronx IV, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.  Masa mula-mula sampai. Belum ramai lagi tetamu yang hadir Event yang merupakan kolaborasi tiga company besar ini iaitu  Mi (Redmi), Involve Asia dan Lazada  telah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Seronok je rasa apabila menerima jemputan dari tiga Company ternama ini untuk memeriahkan lagi event official launch of Redmi 4A. Cantik dan kemas sahaja reka bentuknya Lega apabila saya tiba lebih awal dari jangkaan. Dalam pukul 1.45 petang tu , terus mendaftar di kaunter untuk pengesahan kehadiran.  Sebaik sahaja mendaftar terasa excited  pula untuk mengusik redmi 4A yang sedang dipamerkan (sementara event belu

Review Filem: Miss Peregrine's Home For Peculiar Children

Muka excited dapat tengok muvie^^ Miss Peregrine's Home For Peculiar Children | Apa khabar semua? Sihat ke? Heh, btw lama dah tengok movie ni dalam Oktober 2016 rasanya, tetapi baru ni lah nak tulis sedikit review mengenainya. Macam biasa bila datang mood nak tengok movie, pasti filem-filem macam ni yang akan disambar terlebih dahulu. Hoho. Takmau bercakap banyak, meh nak citer cket apa review dia. Synopsis & Review Miss Peregrine's Home for Peculiar Children Filem ini merupakan adaptasi dari Novel Miss Peregrine's Home for Peculiar Children yang ditulis oleh Ransom Riggs dan diarahkan oleh pengarah Hollywood terkenal Tim Burton, yang juga merupakan pengarah filem Alice in Wonderland, Alice in Wonderland 2 : Through the looking glass. (my fave) ^^ Masa mula-mula start movie  Miss Peregrine's Home For Peculiar Children ni, rasa macam seram sejuk la environmentnya, macam dalam cerita seram. Dalam samar-samar kegelapan malam, jalan

Baucar Buku 1Malaysia Telah Ditukarkan Kepada Kad Debit Pelajar

Baucar Buku 1Malaysia Telah Ditukarkan Kepada Kad Debit Pelajar | Seperti yang telah di perbincangkan pada budget 2017, penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) telah dimansuhkan dan ditukarkan dengan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia ( KADS1M). Seperti apa yang saya faham lah kan tujuan penukaran ini adalah untuk mengelakkan baucar buku 1 Malaysia disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang sesuka hati menukar baucar buku dengan duit, ulat-ulat baucar buku, digunakan untuk membeli benda yang tiada kaitan dan sebagainya katanya. Sobs. Apapun dont worry kadar kad debit diskaun siswa 1 Malaysia still dikekalkan sebanyak RM250 sepertimana baucar buku. Pada 16 Feb 2017 yang lalu, semua pelajar diwajibkan memohon baucar buku secara online di sini :  http://www.bankrakyat.com.my/bppt  So, selepas bergelar student ni saya pun taknak melepaskan peluang untuk apply kads1m ni jugak ;p Pada siapa yang belum apply, cepat-cepatlah pergi apply k. Jangan lepaskan peluang ni.

Review Buku : Pelukis Jalanan

Assalamualaikum & Hi! REVIEW BUKU: PELUKIS JALANAN | Merupakan seorang yang suka membeli buku, tetapi jarang berjaya dihabiskan, namun kali ini buku Teme berjaya menarik minat dan perhatian saya untuk terus membacanya. Semuanya adalah kerana pengalaman yang berharga dan mesej-mesej positif yang terdapat di dalamnya. Tak heranlah buku ini pernah menduduki carta tertinggi di MPH. Review & Sinopsis Pelukis Jalanan Meskipun usianya masih muda, namun pengalaman yang pernah Teme hadapi, kecekalannya,   kebijaksanaan dan tawaduknya Teme membuatkan dia luar biasa dan lain dari remaja yang lain. Saya kagum dengan ketekunan Teme. Minat melukis yang mendalam sehingga dia pernah senyap-senyap berniaga kecil-kecilan, mengambil tempahan membuat printing baju dan terlibat dalam design baju (untuk   sekolah-sekolah dalam Malaysia) sehingga dalam akaunnya mencecah RM80K ketika dia baru sahaja berusia 19 tahun. Dan dalam masa yang sama Teme sedang mengambil A

Berjaya Times Square Kuala Lumpur

    Semalam selepas habis je kelas, dalam tengahari tu saya terus gerak dari UKM Bangi ke Berjaya Times Square Hotel untuk menghadiri satu jemputan event. Lega jalan tak jam.  Biasa datang times square tak pernah lagi parking dalam tu dan tak pernah nak ambik tahu berapa parking rates dia. So, sebelum nak pergi tu memang jenuh jugaklah nak cari parking rates dia. Tapi tak jumpa pulak -_-" Harga Parking Berjaya Times Square KL Oleh itu,  dekat sini saya nak kongsikan berapa harga bayaran ticket parking di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sebagai rujukan pada yang masih tidak tahu lagi. Jadi, awal-awal bolehlah buat preparation ke apa kan.   Harga parking basement di Berjaya Times Square Ingin saya ingatkan bahawa  jaga ticket parking anda sebaiknya, kerana sekali hilang habis tak pasal-pasal kena denda sampai RM50.00. Sobs. Selain itu jika hendak menggunakan touch n go, pastikan dah topup secukupnya. Tak boleh pakai if touch and go kurang