Bayaran Untuk Segelas Susu

Assalamualaikum & Hi




Pelajar lelaki itu terduduk lelah. Letih setelah sepanjang hari menjaja dari rumah ke rumah demi mengumpul duit untuk membeli buku-buku rujukan dan keperluan pengajian perubatannya itu. Kehidupan sebagai pelajar perubatan di luar Negara memang sangat mencabar baginya. Lagi-lagi apabila jauh dari keluarga dan wang biasiswa tidak mencukupi untuk menampung keperluan-keperluan lainnya.

Hasil jualannya tidak berapa laku pada hari itu. Setelah digunakan untuk membeli beberapa barang keperluan pelajarannya, dia tidak mempunyai baki mencukupi untuk membeli makanan. Namun, dia sangat kelaparan pada malam itu.

Lantas dia bercadang untuk meminta sedikit  makanan dari kawasan kejiranan yang tidak jauh dari tempat tinggalnya. Dia mengetuk pintu di sebuah rumah dan seorang wanita membuka pintu dan agak terkejut dengan kehadirannya. 

Dia tidak jadi untuk meminta makanan, tetapi sebaliknya meminta segelas susu bagi mengalas perutnya yang kelaparan. Tanpa berlengah lagi, segelas susu suam di dalam gelas yang panjang diberikan kepadanya.

“How much do I owe you?” tanya pelajar lelaki miskin itu, kepada wanita berambut perang itu.

“Nothing.” Jawab wanita itu sambil tersenyum.

“It costs $0.00 to be a decent human being,” sambung wanita itu lagi.

Lantas pelajar lelaki itu mengucapkan terima kasih. Dia berasa sangat berbesar hati dan tersentuh dengan kebaikan wanita itu.

Beberapa tahun berlalu, wanita itu tiba-tiba jatuh sakit teruk dan memerlukan pembedahan kecemasan. Saat itu seorang pakar bedah masuk ke dalam bilik pembedahan, dia melakukan pemeriksaan dan mendapati dia sangat mengenali wajah wanita yang terbaring lemah itu. Dia berasa berbesar hati untuk merawat wanita itu dan pembedahan itu akhirnya berjalan dengan lancar dan selamat.

Seminggu kemudian, wanita itu akhirnya menerima bil untuk kos pembedahannya yang telah dijalankan sebelum ini. Lantas bil itu dibuka dan dia sangat terkejut apabila membaca :

“Paid in full with one glass of milk (Telah dibayar sepenuhnya dengan segelas susu)”



Moral of the story: Kadang-kadang kita tak sedar, kebaikan yang kita buat mungkin kecil bagi kita, tetapi besar maknanya pada sesetengah orang dan betapa mereka sangat memerlukannya pada ketika itu.

Cerita Asal : Powerful TV

Comments

  1. Tujuan hidup ni bukan sahaja untuk happy tetapi untuk berjasa.

    Rasaii lah kelainannya nanti.

    ReplyDelete
  2. i love that quote dear..be kind..be awesome..thank you for this entry..its like reminder for me..(love:)

    ReplyDelete
  3. i don't know where to blogwalking :(
    so sy tinggalkan jejak sini ya :)

    ReplyDelete
  4. Tedi bayar kiriman ini dengan satu klik iklan... hihi

    (^0^)

    ReplyDelete

Post a Comment