Bukan Cinta

Assalamualaikum & Hi!



Berhati-hatilah duhai wanita.
 Dirimu begitu berharga.
 Usah kau terpedaya dengan mulut-mulut manis lelaki durjana
Dan janj-janji palsu seorang pendusta.


Tika dia menabur janji palsu,
Apa yang difikirnya adalah 'keseronokan' sementara.
Tanpa sedikit pun memikirkanmu, 
Memikirkan perasaanmu dan kesusahan yang bakal diberikan pada kau
Kerana bila-bila sahaja dia boleh berlalu pergi setelah 'keseronokan sementara itu diperolehinya.
Dan meninggalkan kamu terkapai-kapai sendirian.


Berhati-hatilah duhai wanita.
 Dirimu begitu berharga.
Bukan cinta namanya bila dia tidak menghormati kamu.
Bukan cinta namanya bila dia tidak menjaga kamu


Berhati-hatilah duhai wanita.
 Dirimu begitu berharga.
Bukan cinta namanya bila dia tidak bersungguh untuk menghalalkan kamu.
Bukan cinta namanya bila dia membelakangkan Tuhan


Berhati-hatilah duhai wanita.
 Dirimu begitu berharga.
Simpan dirimu untuk yang halal sahaja.
Pelihara maruahmu sebaik mungkin.
Hargai dirimu melebihi segalanya.



Semoga Allah SWT melindungi kita semua. InsyaAllah. Amin :)

Comments

  1. peringatan yang bagus nad.. semoga sama-sama dilindungi oleh Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hasif. InsyaAllah. Aminn :)

      Delete
  2. nice sharing my dear..hope tiada lelaki2 yg hanya buaya dlm.hidup kita kan...lelaki yg baik utk prrmpuan yg baik...insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqq. Yup. Semoga dijauhkanlah sangat-sangat daripada golongan-golongan seperti itu. InsyaAllah. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik & perempuan yg baik hanya untuk lelaki yg baik. Moga Allah pelihara :)

      Delete
  3. Setuju, macam mana boleh ucap cinta kalau nak hormat pun tak mampu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpa. cinta yg diucapkan hanyalah kepura-puraan semata2 diiringi dgn niat jahat. tak faham dgn manusia macam ni. moga Allah swt bagi hidayah pada mereka sebelum benar2 terlewat. huhu

      Delete

Post a Comment