Shopping Pelbagai Jenis Barangan Japan Dengan Harga Yang Murah

Assalamualaikum & Hi






















Apa khabar? Sihat? Dekat sini ramai tak penggemar barangan dari Japan? Teringin nak shopping dekat Japan dan nak beli barangan Jepun seperti kimono, yukata dan sebagainya. Tetapi jauh dan mahal harganya? Okay jangan risau! Anda boleh dapatkannya di sini!


 Jalan Jalan Japan


yang terletak di One City Mall ,USJ


Meh nak citer sikit...



Pada beberapa hari yang lepas telah berlangsung sesi Press conference Jalan Jalan Japan yang bertempat di restaurant Jyuhachi Ban, di One City Mall, USJ.

Habis je sesi Press Conference, kami antara blogger bertuah telah berpeluang menjadi pelanggan terawal untuk merasa pengalaman bershopping di outlet store Jalan Jalan Japan yang terletak di tingkat 2, One City Mall. Siyesly besar dan best kedai ni.



Pihak management Jalan Jalan Japan



Kenapa bertuah? Sebab kebanyakan items dekat situ sangat unik. Iyalah preloved item katakan. So, design yang kita nampak pada hari itu, belum tentu lagi boleh dapat pada hari yang lain. Pendek kata bila nampak mana berkenan tu terus grab, sebab nanti bila datang lagi belum tentu ada lagi items or design yang sama.

Selain daripada harga yang murah, terdapat banyak barangan preloved dari Japan yang terdiri dari pelbagai jenis kategori kasut lelaki dan wanita, barang perhiasan rumah seperti pinggan mangkuk, kristal dsb, pelbagai jenis handbag berjenama, luggage, sweater, perabot, mainan kanak-kanak, stroller baby, peralatan sukan dan gym, alat muzik seperti gitar dan banyak lagi!



Ni baju kawen ni.  Unik giler! Cam kelakar pun ada. kiki. Gurau je! XP


Sesuai sangat utk student yg nak fly oversea or sesape yg nak travel tempat sejuk, 
tp still nak beli baju sejuk dengan affordable price. Dlm RM30 pun ada ni.


kimono+yukata serendah RM5! Jangan tak percaya!
 Memang #hargagiler katakan! 




Tempat salin baju yang luas dan selesa XD



Syurga anak patung. Actually  rak anak patung ni sepanjang-panjang kedai ni tau
Sesuai sangatlah dengan kami ni yg dah tua bangka tapi masih berjiwa budak. 


Kan dah kata mainan budak pun banyak. 
Terus rasa mcm nak kawen sekarang  & belikan utk anak. kikiki =P


Hokeh. Gitar pun ada taw! Semurah RM150 & RM50 bg bersaiz kecil. 
"Wokay, cik adik nak abg Joe nyanyikan lagu apa?" *tetiba XD


Pelbagai jenis jam tangan berjenama & berkualiti tinggi


Prada. Gucci.Lous Vuitton. Chanel. Adess rambang mata!




Luggages semurah RM30! 
Aritu nyesal betul tak grab satu luggage kecil yg berharga RM20



Macam-macam pilihan stroller baby dan pekakas bayi, Memang murah!
Naseb baik ada anak tekak je. Kalau tak melayang RM dok beli banyak2 XD



Tembikar Jepun! Phew~ 



Barang hiasan + peralatan antik ;)


Raket badminton pelbagai jenama & pilihan


Papan luncur dan banyak lagi peralatan sukan yang lain seperti golf  dan banyak lagi!



Last but not least, cuba teka berapa harga Olaf yang kita beli ni?^^



Ikutkan banyak lagi ha. Tak terlarat nak share. Memang masuk-masuk je outlet ni, rasa macam WOW! Dah la besar giler, then ada macam-macam benda pulak dengan harga yang murah.

Apapun , if anda berminat & nak tahu lebih lanjut, jangan lupa datang pada hari pelancarannya 18 November 2016, jumaat ini di One City Mall , USJ. Jangan lepaskan peluang untuk jadi customer terawal k & save the date! XD

Semoga berjumpa lagi. Okay , till then ;)

Comments

  1. Wah dah macam kat japan pulak hiii..bestnyaa..

    ReplyDelete
  2. Mashallah murahnyaaa, nak nangis tengok. Kalau la boleh pegi sobsss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa......
      harga murah pun nak nangis.

      Delete
  3. harga gile betul!! kalau husband ikut shoping sini pun blh jadi gile.. hahahahha

    ReplyDelete
  4. mmmm macam menarik ini..kena pergi nie..hehhe thanks for sharing..

    ReplyDelete
  5. ritu nampak gambar bangku baby bambbo seat tu.. alaa bila nak pergi nihhhh

    ReplyDelete
  6. fuhh seronok nya! Nak serbu jugak laa hihi

    ReplyDelete
  7. bestnyer..kalau pergi sana kena bwk $$ lebih ni sbb pasti nanti terlebih berkenan.. ;D

    ReplyDelete
  8. bestnyaaaaaa huhu
    https://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. hehhe...mcm ada pic irda lah..hehe

    ReplyDelete
  10. Bahaya betul kalau pi kedai barang2 comel and murah ni. Mudah je duit nak brterbangan. haha

    ReplyDelete
  11. Wow. Ini memang syurga peminat budaya jepun. Banyaknya barang

    ReplyDelete
  12. nampak macam best aje, macam-macam ada.

    ReplyDelete
  13. Kalau SB masuk kedai macam ni, 3 jam tak cukup weyhh..hahaha!!.. rambang mata dah

    ReplyDelete
  14. best kan babe. geramm rasa nak prgi lagi

    ReplyDelete
  15. GOOD WEEKEND AND HUGS FROM BRAZIL.

    http://novajerusalemdecristo.blogspot.com.br/

    ReplyDelete
  16. arghhh nak jerit..... nak pergi awal bulan depan ni huhuhu jelesnyaaaa

    ReplyDelete
  17. wah, bestnya...murah plak tu... wajib pergi ni...

    ReplyDelete
  18. Bestnyaaaa!! PErnah sekali je pergi One City Mall. Ada sebab untuk terjah lagi ke sana. Hihi

    ReplyDelete

Post a Comment