Keep Going

Maksud Blinking Code Pada HP Laptop




Assalamualaikum & Hi semua!

Finally dah last day of my night shift. Btw, apa khabar semua? Sihat? Lamanya tak jumpa! Lama tak update blog & berblogwalking di kawasan kejiranan. Maaflah mana yang tak sempat jenguk tu, nanti saya singgah satu satu taw ;) Agak kebizian ketika ini dengan macam-macam dugaan berlaku. Dengan assignment hilang, internet problem, hardware laptop rosak dan berdepan dengan task, tutorial dan coding yang kena catch up selalu. Belakang badan & tengkuk letih rasa macam nak curah je minyak angin bagi segar balik ;(

Actually bila laptop rosak ni kalau part software tu boleh la kan format sendiri ke ape kan. Ni dah sampai part-part hardware memang tak telarat nak buat la hui. Setakat nak detect masalah apa tu tawlah, tapi nak repair sendiri tak kowt. tsk. 

Sebab ada yang mintak tolong formatkan laptop dia, so alang-alang dapatla pakai sekejap demi menyiapkan kerja-kerja yang tergendala sementara sang laptop masuk sepital. Sampai classmate +opismate masing-masing dok heran n tanya. "Eh ni laptop sape pulak? Dah beli laptop baru ke?" Apa taknya kejap pakai laptop ni , kejap kang tu & kejap kang laptop sendiri. Sadis betul kan. tsk. Nampaknya next month kena beli laptop baru gak sebagai backup. 

So, thats why hari ni saya nak berkongsi cara macam mana nak detect masalah pada hardware laptop keluaran Hp berdasarkan blinking codenya. Yaa.. laptop kita yang hardware issue tu keluaran Hp. tsk


Macam Mana Rupa Blinking tu?


Okay macam ni ya.. blinking pada capslock & num lock.
Kalo dah jadi gini rupanya, memang takde jalan lain dah. Hantar kedai la nampaknya. hihi


Meaning of Sample Blink Codes


So, macam mana nak tahu apa maksud-maksud blinking tu? Meh rujuk table ni.



Meaning of Sample Blink Codes for some EFI Notebooks
Number of Blinks or BeepsLocation of Blinking LEDsComponent Being CheckedError Condition
Continuous glowBattery power LEDBatteryThe AC adapter is attached and the battery is charging, but does not yet have sufficient charge to power the notebook.
1Caps Lock/Num LockCPUCPU not functional
2Caps Lock/Num LockBIOSBIOS corruption failure
3Caps Lock/Num LockMemoryModule error not functional
4Caps Lock/Num LockGraphicsGraphics controller not functional
5Caps Lock/Num LockSystem boardGeneral system board failure
6Caps Lock/Num LockBIOSBIOS authentication failure
Continuous blinkAC power adapter LEDPower adapterInsufficient power


Kenapa Nak Kena Tahu?


Actually bila kita sendiri boleh detect and tahu masalah laptop kita ni, at least bila hantar kedai dapat jimatkan kos daripada di caj dengan kos troubleshoot laptop problem. Depends pada kedai berapa mereka charge. Ada yang sampai mencecah seratus k setakat nak tahu masalah apa. Belum campur kos repair lagi . Sobs.

So, bila dah tahu takdalah kita ternganga kan. At least boleh nampak dah kat mana silapnya. Sambil tu boleh prepare and buat anggaran berapa banyak kos yang diperlukan untuk repair masalah berkenaan. 


Wokay setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini. 
Semoga bermanfaat & salam jumaat semua! :)


Comments

  1. Ooo Rupanya sebab cpu not functioning

    Maznee pun baru tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. kalo dia punya beep or blink dia sekali je. mmg bisa problem kalo hp yg pakai amd ni

      Delete
  2. Kalau kakak memang tak tahu langsung
    Biasa memang panggil org IT macam Nadhie lah.
    Kena tangan-tangan kalangan org macam ini baru baik:)

    ReplyDelete
  3. wow mahal juga trobuleshoot sampai seratus.. fuh.. selalunya paling mahal pun yg pernah nampak rm 50 - 65 je..

    dulu pernah kena gak laptop ni masalah graphic display ka nama dia problem nasib dia kata boleh repair xperlu tukar baru.. kena rm190 repair je.. so far alhamdulillah la okay.. jgn dia buat hal skrg ni sbb tgh dok menaip tesis oo..

    Masa tu dia blink2 la dkt key mana tah x ingat, numlock rasanya..

    biasala tu nad laptop dah lebih 5 tahun ni mcm2 hal dia jadi... hard disk kong la itu la problem ini problem..

    Laptop nad tu apa problem dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taw takpa. uzur benar dah kan. hahaha. ritu antar repair keyboard je then tetiba org kedai tu cakap salah satu ic terbakar. siap kasi gamba sbg bukti. hmmm.. musykil jugak sebab sebelum tu guna okay je :/

      Delete
  4. FuH! cerita pasal laptop problem ni memang seriau pada Mrs. A.
    Last Saturday morning laptop Mrs. A pun ada buat perangai tiba-tiba screen blurr asyiklah duk loading sampai naik boring tunggu.
    Past tu Mrs. A ctrl, alt, delete. Tekan log out pun masih sama.
    Last sekali Mrs. A tekan aje button off kat lap top tu.
    Alhamdulillah mujur lepas on semula dah ok fuh! sambil lega sambil lap peluh dingin kat dahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh mrs A hard reboot ka? alhamdulillah. dah okay. tulah kalo boleh mesti nak pakai lama kan. takmo lah setahun dua pakai dah rosak. tak berbaloi. hihi

      Delete
  5. Kalau ltop tak nak rosak, lepas beli simpan.
    Kongsi kan mesj ni kpd kekawan yg baik2 sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiii Adam. Kalo lah boleh buat camtu 😂😂 haha. nice tips sangat ni 😂

      Delete
  6. Tak pernah tau pulak sebelum ni. Thanks for sharing

    ReplyDelete

Post a Comment