Jalan Jalan Japan Apa Yang Bestnya?


sumber gambar : atuk google :3



Assalamualaikum & Hi semua!

Apa kaba? Sihat ke? Moga semua sihat lah hendaknya. Btw kita dah dekat Japan ni.. jalan-jalan kat sini. Hihi. Okay gurau je. Jangan salah faham.

Actually, Jalan-jalan Japan ni bukanlah sebab kita tengah jalan-jalan atau shopping-shopping dekat Japan, tetapi lebih tepat lagi Jalan-jalan Japan ini adalah sebuah store yang membolehkan anda merasai pengalaman bershopping dan bersiar-siar seolah-olah macam di Japan.



Ada Apa Dengan Jalan-Jalan Japan?


Saya tertarik apabila terbaca namanya. Jalan-jalan Japan? Eh apakah? Okay, rupanya merupakan sebuah kedai berkonsepkan Japan.

Seperti mana yang kita tahu, Japan terkenal sebagai negara maju dan mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi. Yang kurangnya adalah mereka kekurangan storage untuk menyimpan barang. Hal ini membuatkan mereka terpaksa menjual semula harta kesayangan mereka yang mungkin sukar untuk mereka lepaskan kerana kualiti dan nilai yang ada padanya.

Dari sini, Jalan-jalan Japan ditubuhkan oleh Bok Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Bookoff Corporation yang akan membuka kedai ‘Loved in Japan'' (Preloved in Japan) pertama dan dinamakan sebagai Jalan Jalan Japan’ dan akan di launch secara  official pada 18 November (Jumaat), 2016, di One City Mall USJ.




Apa Yang Best Jalan-jalan Japan Ni?



Yang bestnya dekat Jalan-jalan Japan ni ialah bila kita bebas bershopping tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Bawak jelah berapa budget yang korang ada kan, kompem ada je item menarik yang korang akan rasa nak beli dengan budget korang tu.

Selain daripada items yang menarik dengan budget yang berpatutan, seperti namanya, customer juga turut dialu-alukan untuk mencuci mata dan berjalan-jalan dalam store tersebut sambil dihidangkan dengan alunan music dari Japan. Wahhh... confirm terasa suasa Japan nya kan! Dengan kelopak-kelopak bunga sakuranya yang bertebaran.. Eh. hihi

Antara item-item menarik yang anda boleh dapat adalah seperti handbags, CDs, DVDs,Video games, pakaian yang fashionable dan cantik-cantik, jam tangan, permainan, barang dapur, kasut sukan dan banyak lagi!

Kadang-kadang, sedar tak sedar anda boleh dapat lebih tau daripada apa yang anda fikirkan.




Nak tahu lebih lanjut? Meh datang after launch nanti or rujuk je info dekat bawah ni ye ^^.

Jalan Jalan Japan is located at :
Level 1A, One City Mall, USJ.
Business Hours: 10.00am – 10.00pm
For more information visit our :
Facebook page: Jalan Jalan Japan.Malaysia


Comments

  1. Hah menarik ni. Dah la mmg impian nak p japan. boleh la pegi sini amik berkat. eh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice idea Ain! Haha. Sila lah sila amik berkat ;D

      Delete
  2. ooo menarik juga ni.. ia memang buka sampai bila2 or ini event je ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh Kedai ni akan buka secara official pada 18hb ni & bila2 je boleh datang lepas launch :)

      Delete
  3. Boleh lepaskan niat yang mana berhajat sangat nak ke Jepun ni..

    ReplyDelete
  4. JALAN2 SAMBIL SHOPPING DI SUASANA BARU

    ReplyDelete
  5. Kalau dtg sini mesti da rasa kat japan.. x smpai japan sini pun jadi lah

    ReplyDelete
  6. Pakai jacket dan boot ala-ala berada di Japanlah Nadhie baru shopping macam rasa ada di Japan hihi...

    ReplyDelete
  7. Kalau dekat nak jugak terjah ni sis.. suka semua benda yg berasal dr Jepun.. hihi.. Wish List nak ke Jepun jgk jika ada rezeki :)

    ReplyDelete
  8. Oh! alkisahnya.
    Ingatkan betul-betul kat Japan tadi.

    ReplyDelete
  9. Assalam

    Singgah sini baca baca....

    ReplyDelete

Post a Comment