Skip to main content

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda



Masuk-masuk je awal Ogos yang lalu, terus terperasan. Alamak! Roadtax kereta tak renew lagi. Macam mana ni? 1st time nak renew kowt, tapi satu hapa pun tak taw! Duit pulak memang tak saving apa pun untuk bayar roadtax+insuran ni. Memang harap gaji bulan ni jelah lepas tolak duit minyak, loan, asb, duit kereta, makan suma. huhue. Memang time tu la menggelabah google sana sini, tanya orang sana sini macam mana nak renew roadtax ni dan sebagainya.Tapi, still samar-samar, tak faham-faham lagi.


Nak mintak tolong orang lain buatkan, jangan haraplah! So nak tak nak usaha jugak sendiri cari cara utk kasi faham + tak kena tipu. Tapi last2 alhamdulillah tahu jugak caranya. Terutama pada kaum hawa, jangan sesekali takut untuk buat semua benda sendiri. Kita kuat! Yeayyy! *tetiba




Tanak kasi you all pening kepala , confused suma, so saya terangkan cara simple2 je camne nak renew roadtax+insuran kereta tanpa mengeluarkan belanja besar. Even baru 1st time pergi renew haritu, alhamdulillah dapat harga yang berpatutan tak sampai 1K pun iaitu dalam RM800 ke bawah. Sesuai la kan utk harga kereta keluaran Mesia ni kan. kekeke.


Macam sibling saya dah masuk kali ketiga renew Myvi dia pun still harga roadtax +insuran dia dalam 1K gak sebab serah bulat-bulat dekat agent. Padahal benda ni kita leh buat sendiri kowt & dapat harga yang kita nak. Aihh.. bukan sibling je yang kena camtu kengkawan saya pun sama. Ni yang tengah baca ni jugak mungkin sama gak. tsk.






Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda


1. Tahun kereta dikeluarkan & Cover note


Roadtax kereta boleh direnew dua bulan sebelum tarikh roadtax berakhir. Kat sini benda 1st yang korang kena tahu ialah harga susut nilai kereta. Camne nak tahu susut nilai kereta korang bila? So, kenalah tahu tahun tarikh kereta tu dikeluarkan bila. Aihhh.. kereta sendiri. Sendiri yang beli takkan la tahun beli pun tak tahu kan? Nak tahu tahun senang je, bukak balik cover note korang, tengok dekat salinan geran ke, dekat buku services kereta ke dan sebagainya. Paling senang tengok dekat cover note la. Ha... jangan cover note pun you all tak tahu apa benda & simpan kat mana da lee.


Secara ringkasnya cover note ni merupakan salah satu document yang pihak agent (yg korang beli kereta kat dia) tu akan bagi dekat korang. Document ni penting dan terdapat maklumat berkenaan roadtax & insuran terdahulu. Juga sebagai rujukan untuk kita renew roadtax kereta di masa akan datang.




2. Tahu harga susut nilai kereta


Kenapa kena tahu harga susut nilai kereta? Sebabnya sum insured aka harga insuran kereta kena sama dengan susut nilai kereta. If terlebih jadi mahal la harga insuran kereta you all, padahal yang insuran cover just ikut susut nilai kereta je. If lower insured pulak memang tak patutla kan. Nanti insuran tak leh cover pulak kerosakan atau masalah kereta.


Lepas tahu tahun kereta dikeluarkan, boleh la calculate harga susut nilai kereta pulak. Tak perlu nak susah payah call bank ke apa. Tak yah pening-pening nak darab bahagi suma, calculate je dekat Mycarinfo .



  • So mula-mula masukkan details kereta korang cam dekat bawah ni. Tak taw details, tengok je dekat cover note. Dats why den kobar cover note tu penting. Contoh dekat bawah ni saya kasi perodua Axia punya pengiraan. 
  • Tekan Go, tekan Get Valuation. Then terus dapat harga susut nilai kereta sebuah Axia yang dikeluarkan dan dibeli pada tahun 2015.





3. Buat pengiraan harga kasar untuk insuran kereta+roadtax


Dah dapat harga susut nilai kereta? Lepas dapat tiba masa untuk anda kira pulak harga kasar insuran kereta anda. Yang ni try la cari apps kat play/istore atau tekan je link sini


  • Masukkan harga susut nilai kereta dekat kotak sum insured tu. Contoh macam Axia tahun 2015 seperti contoh di atas, harga susut nilai ialah RM25800. Boleh terus guna value ni atau nak genapkan jadi 26k pun boleh. No problem.
  • NCD aka Non clom Discount ni agak2 je la. Contoh kalau baru setahun dua guna kereta, NCD ada dalam 25%. Kalo nak taw lebih lanjut pasal NCD ni korang google la eh. Tak larat nak terangkan. So, proceed dengan pengiraan. Tekan je calculate.


  • See? Dalam RM700++ je harga insuran untuk sebuah Axia yang bertahun 2015.


4. Pastikan semua dokumen berkaitan ada.


Dah dapat harga kira settle lah. Boleh proceed pada next step pulak.. Check balik document pemting dan cover note you all. Then pastikan semuanya di bawa,  cover note, ic.




5. Pergi kaunter insuran, kaunter myeg untuk confirmkan harga


Pilih kaunter insuran. Tak kisah la apepun jenis insuran korang atau pergi je dekat Myeg punya kaunter. Mintak dorang buat kira-kira dulu harga kasar insuran kereta anda. Pastikan jumlah sum insured tak terlebih atau terkurang, If terlebih dari harga yang korang buat kira-kira tu, bagitahu dorang korang tak setuju dan nak harga lagi murah.





Btw, jenis insuran yang dipilih boleh pilih apa jenis pun. Tak kisah nak sambung insuran lama atau nak buat insuran lain. Macam etiqa dia kalau umur below 26y/o agak mahal cket. So, if umur below 26, pilih je insuran lain, tengok jumlah sum insured yang orang tu offer berkali2. Pastikan tak lebih dari harga susut nilai kereta. INGAT! Kita sebagai PENGGUNA ada HAK UNTUK MEMILIH. If rasa mahal ke apa atau tak nak amik, pergi je tempat lain.





6. Buat perbandingan harga dan pilih insuran kereta yang tepat


Lepas staff kat kaunter kasi sebut harga,quotation ke apa, so bole la nak pilih amik ke tak nak. If rasa harga tu lebih kurang sama dengan pengiraan yang you all dah buat, so amik jelah & renew la roadtax terus dekat situ. Sekali lagi nak tegaskan pastikan sum insured tu sama dengan harga susut nilai kereta. Jangan terlebih & jangan pulak terkurang. Selesai.



7. Renew Roadtax


Memandangkan anda sudah pun selesai memperbaharui insuran kereta anda, so tiba masa untuk renew roadtax. Kalau pergi Myeg boleh terus renew dekat situ. Tapi ada charge rm20 kowt if renew kat situ. If taknak kena charge lebih, pergi je renew roadtax dekat kaunter JPJ atau Pejabat Pos berdekatan.





Okeh. Setakat ini sahaja perkongsian saya. Harap-harap korang faham. Selamat memperbaharui roadtax bagi yang baru nak renew. If ada apa-apa tak faham dipersilakan bertanya diruangan komen. Mana yang boleh tolong tu, insyaAllah saya cuba. Tengss sudi baca.

Semoga bermanfaat! 





Comments

  1. Wa ini good info. PG pun tak reti bab-bab ni. Hehe. Thanks share awak ;)

    ReplyDelete
  2. ooo jadi nad guna kete ape? berapa la kena renew roadtax tu?
    yg mayvi tu kalao rm800 tu mesti amik first party + cover sekali dgn penumpang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye kena rm775 je haritu. Dia camne eh nak cakap ada benda kita leh pilih nak amik ke tak nak. depends pada keadaan persekitaran, geografi sesuatu tempat. cth lau tempat kita dok tu salu banjir elok la amik bencana alam punya sekali. so cost dia makin bertambah lah..

      Delete
  3. TAU URUS SENDIRI RENEW INSURAN N ROADTAX JIMAT BELANJA

    ReplyDelete
  4. adoiyai peningnya. Good info dear. I tak pernah renew -,-' semua keja my dad. hahaha next month expired T_T huwaa duit duitt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! semua duit je. hehe. memula mmg fening cket. tapi bila dah taw petik jari je. hihi. ritu pun pening pala nak ajar adik I renew sendiri roadtax dia. Dun wurry senang je benarnya =D

      Delete
  5. Good info pada yang baru pakai kereta

    ReplyDelete
  6. Nahh ngam untuk my mom.. Thank for da info girl :)

    ReplyDelete
  7. dulu mula2 pakai keta memang tak reti, tapi sekarang dah reti buat sendiri...

    psstt.. mia nak jemput untuk join ga.. http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bagus mia! okay ada masa nanti saye join yer ;)

      Delete
  8. Setiap kereta kakak biasa guna insuran yg sama tiap tahun jadi sebulan sebelum expired memang dia akan email kakak. Bila dah renew insurance dah senang tinggal pergi renew roadtax aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh yeke kak. hee. Senang hati bila bab2 renew roadtax ni dah settle kan ;)

      Delete
  9. I don't even own any cars yet. HAHAHA. Thanks btw kak Nadhie ❤

    ReplyDelete
  10. nice sharing.. tp e'in kalau road tax nak mati je mintak tolong asben buatkan sbb die agen.. hihi

    ReplyDelete
  11. Good info bagi yg kurang pengetahuan utk renew roadtax ni kan sis.. takmo lah kena tipu2 ni.. baik kita buat sendiri..mcm akak, sllu hubby buat..tapi akak sllu ikut, so tau lah mcm mana prosedur nak buat tu.. hehe

    ReplyDelete
  12. Baru saye tahu macam ni rupanya cara nak renew roadtax hihih. Info yang sangat bermanfaat utk semua orang.

    ReplyDelete
  13. oo cemni.. even takde kereta lagi tapi bakal ade satu hari nanti hehehe amin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, definitely one fine a day. Kenala amik tahu sikit2 kan :)

      Delete
  14. Assalamualaikum, jemput join giveaway 2 pasang contact lens untuk diberi percuma :3 http://naziramohamad.blogspot.my/2016/11/giveaway-contact-lens-2016.html

    ReplyDelete
  15. Thank you untuk info. Saya dah empat kali renew road tax (myvi). Empat-empat kali memang tak kurang dari 1k😭

    ReplyDelete
  16. thanks a lot.good info sis =)

    ReplyDelete
  17. i love you. U ni ada mix eh?

    ReplyDelete
  18. sekarang ni dah boleh renew takaful/ insurans kereta melalui online, cuma klik link ni https://www.maya-takaful.com/motor-takaful-cyberagent?code=facc8dcb-28ee-4b64-988f-bfa6c5599b41&mcode=25a6f086-a5c4-4f45-a3b5-7dc3a7e39272.. dengan klik link ni sudah boleh semak sebut harga takaful kereta kita secara percuma.. :)

    ReplyDelete
  19. Assalam sis. Tq ya untuk info dekat atas ni. Cuma nak confirmkan dengan sis, biasanya roadtax hanya boleh kita renew after selesai renew insurans je ya? Ke kita boleh renew je mana-mana dulu. Thanks untuk respons ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam izzah. sama2. ya, kena renew insuran dulu, baru boleh renew roadtax. harap membantu :)

      Delete
  20. Assalam sis, Tq ye share. Cuma nak tanya sis, selepas renew insurans, nak renew roadtax kene bwk geran yg original atau copy?

    ReplyDelete
  21. Assalam sis, Tq ye share. Cuma nak tanya sis, selepas renew insurans, nak renew roadtax kene bwk geran yg original atau copy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kalau ada geran original bawak jelah. kalau takda bawak copy pun okay. cover note jangan lupa.

      Delete
  22. Terbaik info Nad, cepat senang dan tak kena tipu caj insurans nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih. ni baru nak renew roadtax gak ke?hewhew ;p

      Delete
  23. Tqvm.
    Info sangat bagus dan berguna.

    ReplyDelete
  24. di tokio marine..x jumpa pun calculator tu sis..boleh bantu

    ReplyDelete
  25. hai sis,saya pun xjumpa untuk calculation tu

    ReplyDelete
  26. THANK YOU...... VERY GOOD ADVISE. LOVE IT.

    ReplyDelete
  27. x de pun calculator untuk kira insuran....

    ReplyDelete
  28. I visited many websites however the audio feature for audio songs existing at
    this site is really wonderful.

    ReplyDelete
  29. It's going to be finish of mine day, but before ending
    I am reading this wonderful paragraph to improve my knowledge.

    ReplyDelete
  30. Sblum ni sy pkai terpati besok kne renew roadtax sy nk pkai first pati mcm mne yee?

    ReplyDelete
  31. bagus info ni. saya pernah cuba di carver.my
    ok juga servis nya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia