Thursday, 29 September 2016

Apa Itu Bios?



Assalamualaikum & Hi!

Si dia yang bersegi empat tepat tu la namanya Bios ;D



Apa kabar? Sihat? Moga sihat la semua harapnya. Jarang dapat online & blogwalking  kebelakangan ni. Kepada rakan blogger, nanti saya blogwalking satu per satu ya. hihi. Btw, harini saya nak berkongsi sedikit topic tentang perihal komponen dalam komputer ni. Harap you all sudi belajar n amik tahu. hihihi. 

Apa itu BIOS? Secara ringkasnya BIOS atau Basic Input Output system adalah program pertama yang diakses oleh processor sebaik sahaja kita menekan button on pada komputer kita untuk menghidupkan komputer. BIOS kemudiannya akan menjalankan tugas untuk memeriksa dan memastikan semua program lain seperti seperti CPU, Hardisk, Processor, VGA, DVD Rom dan sebagainya berada dalam keadaan baik sebelum mula menjalankan operating system(OS) seperti Windows, Linux, Fedora dan sebagainya. Kedudukan BIOS berada di chip memori flash atau ROM yang berada di Motherboard (Mobo).


Antara tugas-tugas BIOS



  • Bagi arahan pada Microprocessor untuk menghidupkan komputer.
  • Detect jenis hardware yang perlu diakses untuk pertama kali dan detect jenis Operqting System yang ada pada hardware tersebut
  • Menjalankan proses Booting yang dikenali sebagai "Boot Order"
  • Power on Self Test (POST) : verify CPU register, verify Basic component seperti DMA, timer, interrupt controller. find, size and verify system main memory, initialize BIOS, identify, organize & pilih jenis devices yang available untuk booting and etc.

Wednesday, 28 September 2016

Wordless Wednesday #6 Comfort zone

Assalamualaikum & Hi!



"Life begins

At the end of your comfort Zone" & Yes Dis is soo true ;)

New chapter of life. New journey. Alhamdulillah.

I'm blessed. Thank you Allah :)

Saturday, 17 September 2016

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda


Assalamualaikum & Hi Semua!

gambar si dia sekadar hiasan ;p


Masuk-masuk je awal Ogos yang lalu, terus terperasan. Alamak! Roadtax kereta tak renew lagi. Macam mana ni? 1st time nak renew kowt, tapi satu hapa pun tak taw! Duit pulak memang tak saving apa pun untuk bayar roadtax+insuran ni. Memang harap gaji bulan ni jelah lepas tolak duit minyak, loan, asb, duit kereta, makan suma. huhue. Memang time tu la menggelabah google sana sini, tanya orang sana sini macam mana nak renew roadtax ni dan sebagainya.Tapi, still samar-samar, tak faham-faham lagi.


Nak mintak tolong orang lain buatkan, jangan haraplah! So nak tak nak usaha jugak sendiri cari cara utk kasi faham + tak kena tipu. Tapi last2 alhamdulillah tahu jugak caranya. Terutama pada kaum hawa, jangan sesekali takut untuk buat semua benda sendiri. Kita kuat! Yeayyy! *tetiba




Tanak kasi you all pening kepala , confused suma, so saya terangkan cara simple2 je camne nak renew roadtax+insuran kereta tanpa mengeluarkan belanja besar. Even baru 1st time pergi renew haritu, alhamdulillah dapat harga yang berpatutan tak sampai 1K pun iaitu dalam RM800 ke bawah. Sesuai la kan utk harga kereta keluaran Mesia ni kan. kekeke.


Macam sibling saya dah masuk kali ketiga renew Myvi dia pun still harga roadtax +insuran dia dalam 1K gak sebab serah bulat-bulat dekat agent. Padahal benda ni kita leh buat sendiri kowt & dapat harga yang kita nak. Aihh.. bukan sibling je yang kena camtu kengkawan saya pun sama. Ni yang tengah baca ni jugak mungkin sama gak. tsk.






Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda


Tuesday, 13 September 2016

Amalan Zikir Harian

Assalamualaikum & Hi!

(sumber gambar : etsy)


Apa kabar semua? Sihat ke? Moga sihat saya doakan :) Btw, guys dalam kita busy dengan duniawi ni, jom amik masa untuk amalkan zikir harian setiap hari. Semoga dengan ini kita sama-sama dapat membersihkan hati dan semakin mendekatkan diri dengan Allah SWT dan mengingatiNya selalu. 

Nak berzikir ni pun mudah je, boleh dibuat pada bila-bila masa dan walau di mana kita berada. Contohnya time driving, time berjalan kaki ke satu tempat, time fikiran kosong, fikiran serabut, sebelum tidur dan sebagainya. :) Free-free je bole kumpul pahala kan ;)

Btw, boleh amalkan zikir seperti di bawah sebagai zikir harian. Boleh diamalkan samada 100x, 1000x dan sebagainya.




Nak berdakwah memang tak reti apatah lagi diri ini penuh dengan kelemahan, namun berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca. Last but not least, jangan lupa hafal dan amalkan surah Al Kahfi, ayat 1-10. Perlahan-lahan, jom kita amalkan sehingga boleh istiqamah.

Thanks sudi baca. Semoga bermanfaat. =)



Monday, 12 September 2016

Cara Hack Aplikasi Whatsapp Messenger



Assalamualaikum & Hi

Sedang sedap-sedap dia membalas mesej-mesej di aplikasi Whatsapp messenger nya, tiba-tiba baru dia terperasan whatsapp dia sebenarnya pernah kena hack. Diam-diam ada orang dok baca je setiap mesejnya di aplikasi whatsapp messenger. Privasinya diceroboh tanpa dia sedar. Diam-diam dia diintip tanpa dia ketahui. Phew~ Itulah contoh situasi yang berlaku bila whatsapp seseorang mungkin kena godam.

Kenapa nak hack? Biasalah ada banyak sebab. Nak skodeng kekasih la, skodeng laki bini la, skodeng musuh dalam bisnes la, sesaje nak belajar la, just for fun la dan banyak lagi sebab2 yang merepek.

Sebenarnya ada banyak cara untuk menghack whatsapp ni. Tru whatsapp web, perisian spyware yang dibeli daripada black market, MAC Adress dan sebagainya. Dekat sini saya taknak ajar cara hack whatssapp, sebaliknya saya nak ajar cara untuk anda mengesan samada whatsapp anda pernah diintip atau tidak . Itupun jika orang yang hack dia godam tru whatsapp web.



Cara-cara Mengesan Samada Whatsapp Anda Pernah Kena Hack (Menerusi Whatsapp Web)


1. Buka aplikasi whatsapp messenger anda.

2. Buka menu, then pilih Whatsapp Web.




3. Jika anda pernah menggunakan whatsapp di website, perhatikan record tempat dan masa last active Adakah masa, tempat dan platform yang sama seperti yang anda login whatsapp di website? Jika rasa mencurigakan,  cepat-cepat tekan log out from all computers.




Sunday, 11 September 2016

Lupa Password iCloud Pada iPhone Anda?

Assalamualaikum & Hi!


Apa kabar semua? Sihat ke? Kepada pengguna iPhone.... pernah tak tengah sedap-sedap update ios kita, tiba-tiba time nak kena login balik tu korang lupa password iCloud iPhone korang? Yela sebagai manusia kita mana sempurna. Dek banyak sangat akaun sampai lupa dibuatnya. Da tu setiap akaun lain-lain password pulak. XD 

Kendian ada orang tanya, "kenapa tak buat sama je semua password untuk semua akaun? Kan senang."

"Yes, memang senang brader. Tapi, perbezaan password adalah di atas security purpose. Manala taw kowt akaun A ko kena hack atas kecuaian yang ko tak sengajakan, so sekali dia dah taw akaun ko abes semua di login nya."

Fuhh.. So, apa nak buat bila lupa passowrd icloud korang? Dahla penting passowrd tu , lagi-lagi lepas update kan? Okay jangan risau. Mudah je cara nak recover.



Cara-cara Recover Password iCloud Anda


1. Login je dekat page akaun Apple ID

2. Dah?

3. Click pada "Forgot Apple ID or Password" atau tekan je <sini>

4. Masukkan alamat email anda yang anda gunakan untuk mendaftar icloud akaun saban hari. Contoh macam dekat gamba bawah ni. Then, click "continue"




5. Pilih samada nak dapat recover melalui email atau jawab security questions. Macam saya biasa jawab security questions. Lagi senang katakan. soalan kita yang pilih & jawapan kita gak yang pilih. So, kalau ni pun lupa memang tataw la den nak kobarkan apo. :'D 

6. Lepas selesai jawab security question, automatik password lama anda akan di reset dan anda perlu memasukkan password baru. 

7. Settle je masuk password baru, satu email akan dihantar kepada anda yang menyatakan password anda telah di ubah. Ni semua pun sama. In terms of security. 

p/s: kalau tak penah tukar password tetiba dapat email cenggini, so penpaham je la n click je pada pautan yang disediakan*


Itu sahaja. Mudah kan?
Sekian

Wednesday, 7 September 2016

Wordless Wednesday #4 People Believe What They Want To Believe

Assalamualaikum & Hi!



That's why they've said "Never Explain yourself. Your friends don't need it and your enemies wont believe it. And indeed. People only believe what they want to believe. So, just live your life freely without worry about anything. And just be yourself.

Cheer XD




Monday, 5 September 2016

Senarai Semua Jenis Operating Systems Yang Anda Mungkin Tidak Tahu




Assalamualaikum & Hi semua!

Memandangkan pada entri yang lepas saya telah berkongsi tentang Apa Itu Operating System?, So pada entri kali ini saya nak share pula senarai-senarai semua jenis operating systems yang terdapat di dunia ini, baik yang open source mahupun yang berbayar. So, apebendanya tu operating systems (OS) ni? 

Alaaa... yang korang dok guna Microsoft Windows 7, Windows 10, android tu semua la antara contoh OS ni. Takda operating System tak berfungsi la laptop, fone, tablet korang dlln. Pada yang tak tahu apa bendanya ni operating systems (OS), boleh rujuk detailsnya dekat entri sebelum ni, dekat sini . If ada jenis-jenis operating System yang korang tahu takda dekat sini, just inform saye je k? ;)



List of Operating System (OS)



Operating Systems (607)


2K
86-DOS
A/UX
Acados
ACP (Airline Control Program)
AdaOS
ADMIRAL
Adrenaline
aerolitheOS
Aimos
AIOS
AIX
AIX/370
AIX/ESA
Aleris Operating System
Allegro
AllianceOS
Alpha OS
Alto OS
Amiga OS
Amoeba
Amstrad
AMX RTOS
AneedA
AngelOS
Antarctica
AOS/VS
Aperios
Apollo Domain/OS
ApolloOS
Apostle
Archimedes OS
AROS
ARTOS
Asbestos
Athena
AtheOS
AtomsNet
Atomthreads
AuroraOS
B-Free
Bada
BAL
Banyan VINES
Basic Executive System
BeIA
BeOS
Beowulf
BKY
BlueEyedOS
BOS
BOS1810
BoxOS
bpmk
BPMK
BRiX
BS600
BS2000
BSDi
BugOS
Calmira
CCP (Computer Control Program)
CDOS
Cefarix
C Executive
Chaos
ChibiOS
Chimera
Chippewa OS
Choices
Chorus
Cinder OS
Cisco IOS

Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my

Assalamualaikum & Hi,

Click banner untuk join

Bersempena bulan kemerdekaan ni Ahmadhasif.my telah membuat satu giveaway tunai untuk para blogger sekalian dengan harapan dapat berkenalan sesama blogger dan mengeratkan sillaturahim. Hadiah menarik menanti anda! So jom join!

Hadiah- Hadiah Giveaway

Pertama - RM10 + Di Masukkan di Bloglist 50 Hari 

Kedua - RM10 + Di Masukkan di Bloglist Selama 30 Hari

Ketiga - RM10 + Di Masukkan di Bloglist Selama 10 Hari

Keempat sehingga Kesepuluh - Hadiah Template Blogger



Entry saye bersempena bulan kemerdekaan ni, ialah apakah maksud sebenar kemerdekaan pada setiap orang? Bagi saya merdeka yang sebenar bukan sahaja dari sudut luaran, Tapi juga dari dalam diri kita, dari jiwa kita. Moga jiwa kita merdeka dari cara-cara hidup dan budaya penjajah. Jika tidak, kita belum betul-betul merdeka sebenarnya.

Okay , sekian sahaja dari saya! Cheers =)


Sunday, 4 September 2016

Apa itu Operating System?






Assalamualaikum & Hi

Apa kaba semua? Sihat ke you all? Sekejap je kan da masuk bulan September. Cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu nak masuk 2017 dah :'D. Btw anda tahu tak operating system (OS) tu apa? Pernah dengar? Pernah guna tak? hihi.

Mostly hampir semua orang pernah pakai OS ni tapi tataw ape bendanya tu. Dan tak tahu benda yang mereka tengah guna tu sebenarnya dikategorikan sebagai Operating System. So, dekat sini saya nak terangkan serba sedikit mengenai operating system.


So, Apa Itu Operating System?


Pernah guna Microsoft Windows tak? Macam windows 7, windows 8, windows 10 tu semua? Okay Microsoft Windows yang anda guna tu adalah salah satu contoh operating system atau dalam bahasa melayunya bermaksud sistem pengoperasian.

Secara ringkasnya, OS merupakan system software yang menguruskan, meneraju dan menjadi penggerak utama pada software dan hardware yang terdapat dalam komputer/laptop/smarfone korang tau ;) Dan akan menjadi 'orang tengah' antara software dan hardware. Tanpa OS, komputer/laptop/smartfone korang takkan dapat running.




OS ni juga boleh running dalam beberapa platform seperti di komputer, tablet dan juga smarfone. Contoh OS pada smartfone adalah seperti android, ios, windows dan sebagainya. Banyak dah. Manakala pada komputer pula, selain daripada windows yang korang kenal tu, terdapat banyak lagi OS lain seperti linux, symbian, fedora, ubuntu, machintos (mac OS), backtrack dan sebagainya. 

Selain daripada Microsoft Windows, terdapat banyak OS lain yang dikategorikan sebagai Open source yang boleh di dapati dan di download secara percuma. Biasanya bebas virus-virus ni , sebab nama pun open source kan. XD Just kadang-kadang kurang sikit user friendly. Banyak kena guna command dekat terminal dan sebagainya. Terminal tu lebih kurang macam CMD la if dekat windows.  Nak install software pun kena guna command tertentu gak. tsk

contoh terminal pada Os ubuntu
(sumber gambar: howtogeek) 


So, setakat ini sahajalah penjelasan saya. Moga anda semua faham apa itu OS dan maksudnya. OS operating system tau, bukan OS open source yang saya terangkan ni. Banyak beza tu. hihi.   If still tak faham lagi, tanya je k? ;) Semoga bermanfaat =D


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...