Reality Vs Expectation

Assalamualaikum & Hi semua!

Sihat? Lama dah tak update blog. Berdebu-debu pulak rasa. Hihi. Btw, ada apa dengan realiti vs expectation? Ha... maybe macam ni la kowt...


Haha! XD Okay just kidding!

Actually benda yang saya nak mention dekat sini takda kaitan pun dengan lawak-lawak ni, tapi tentang real life. Apa yang kita nampak dan apa yang kita tak tahu. Apa yang kita sangka dan apa pula perkara sebenarnya. 

Kadang-kadang apa yang kita nampak, apa yang kita rasa dan sangkaan demi sangkaan yang kita buat bukanlah perkara sebenar. Macam baru-baru ni terbaca kisah dan gosip ada seorang artis ni dengan family dia, ramai yang buat expectation buruk tentang life dia. Ingat family dia tak bahagia dan sebagainya, tapi sebenarnya mereka bahagia. 

Tetapi biasalah lumrah manusia. Sesetengah mereka suka menyangka yang bukan-bukan dan melabel seseorang dengan gelaran buruk tanpa mengetahui perkara sebenar. Tanpa mengetahui apa yang dilalui oleh tuan punya badan, tanpa mengetahui macam mana seseorang itu struggle untuk perkara-perkara tertentu dalam hidup dia.


"The boy you called lame. He has to work every night to support his family. That girl you pushed down the other day. She's already being abused at home. That girl you called fat. She's starving herself. The old man you made fun of cause of the ugly scars. He fought for our country. The boy you made fun of for crying. His mother is dying. You think you know them. Guess what? You don't!"


Pernah tak kau berfikir macam mana kalau engkau pulak berada di tempat dia? Kau rasa mudah untuk kau lalui semua tu? Ya, mungkin kau akan rasa begitu. Ya, bila kau bukan berada di tempat dia. Bila kau bukan memikul beban dan kesusahan yang dia rasa. Memang kau akan rasa macam tu. Semudahnya kau akan mencebik dan mencemuh setiap perbuatan dia. Sebab yang kau rasa kalau kau jadi dia, kau takkan buat macam tu. Dan kau akan terus dengan pendirian kau sehinggalah jika ditakdirkan Allah beri nasib yang sama pada kau dan dia. 

Saya juga hanya manusia biasa yang mungkin pernah melakukan kesilapan yang sama. Ye buat expectation sendiri tanpa mengetahui realiti. Sampailah tiba masa saya juga merasa semua itu. Semua benda yang saya rasa saya takkan buat kalau saya senasib dengan si A. 

Sebab tu saya selalu ingat nasihat pemaisuri saya. Dia selalu cakap "Benda yang kita tak tahu jangan cakap lebih-lebih," Ringkas ayatnya menasihati, tapi mendalam maksudnya. Yes, sebab kita tak tahu macam mana latar belakang seseorang dan macam mana struggle dia menghadapi apa yang dia lalui. Takut terlebih cakap, jadi fitnah pulak. Ingatlah bahangnya sampai ke akhirat kita akan menanggungnya selagi kita tak dapat kemaafan seseorang itu di dunia ini.  

Dan bukan itu sahaja, takut bila terlebih cakap, terlebih bersangka, mungkin suatu hari nanti kita akan ditakdirkan senasib dengan dia. Bak kata pepatah " Mungkin hari ini hari dia, esok lusa? Tiada siapa yang tahu.

Moga dijauhkanlah daripada semua itu. Amin..

So, think before you speak. Think before you made ur own expectation. Dan tanam kata pepatah ni dalam-dalam kat diri tu. Fikir yang baik-baik, sangka yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan mintak yang baik-baik. InsyaAllah yang akan datang nanti semua yang baik-baik.

Sekian, Assalamualaikum :)


Comments

  1. Sebab itu jgn dilihat dari luaran saja. Sedangkan buah mangga tu kadang luar punyalah menggoda sampai terliur kita dibuatnya. Tapi sekali kopek tak sangka ada ulat di dalamnya. Macam itulah juga manusia. Sebab ada yg memang luar dalam cantik dan ada yg sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah :) Betul tu, Nabi pun pesan lebih baik diam kalau takde perkara baik dan bermanfaat yg keluar daripada mulut kita.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..terima kasih atas peringatan..ya btul bila kita pk/buat yg baik2 saje..InshaAllah Allah permudahkan segala urusan kita..

    ReplyDelete
  4. kadang kalau kita merasa kita terlebih bijak n tahu Allah akan menguji kita dgn perkara itu...jadi baik diam saja.

    ReplyDelete
  5. Betul, kadang orang ni cepat sangat menghukum tanpa usul periksa. Insha Allah, semoga kita semua tak terjoin sama dalam geng-geng yang cepat menghukum dan cakap lebih-lebih ni. Hehe.

    Terima kasih atas peringatan! :)

    ReplyDelete
  6. Kan.. dunia dunia.. Semoga kita tidak terjebak. Jom stay postive!!

    ReplyDelete
  7. betul tu :) banyak orang banyak ragamnya. terima kasih untuk peringatan =)

    ReplyDelete
  8. betul. jika kita tak tahu, diam... :)

    ReplyDelete
  9. Salam kenal juga,terimakasih singgah blog cik ...

    ReplyDelete
  10. setuju, kena selalu stay positive.

    ReplyDelete
  11. Betul ... jgn cepat menilai orang. Skang akak cuba utk lebih positif tak nak fikir yg negetif.

    ReplyDelete
  12. betul...karma datang tak bagi salam...selalunya apa yang kita buat or cakap kat orang akan datang kepada kita balik ^_^

    ReplyDelete
  13. setuju.. cakap benda yang betul dan perlu jer.. kalau tak betul bagus diamkan diri je kan.. apa2 pun berbuat baik kepada org lain dan percaya benda baik juga yang akan kita dapat..

    ReplyDelete
  14. setuju sangat! Ramai yang judge without knowing the real story. awak, nanti join giveaway ye. Ada tag dekat blog :)

    ReplyDelete
  15. Kesimpulannya, jangan mudah jaga tepi kain orang..

    ReplyDelete
  16. sama-sama kita dijauhkan perkara ni.. Aminnnnn

    ReplyDelete

Post a Comment