Cara Mudah Dan Pantas Untuk Merge PDF Files Anda!


Assalamualaikum & Hi semua!

Berapa hari lagi dah nak raya ni. Korang dah beli baju raya? Berapa pasang? Tema warna apa? Nak tahu jugak. :) Btw, dalam sibuk dengan persiapan raya tu, jangan lupa untuk mengejar lailatulqadar. Mana tahu tahun ni ada rezeki? Memang alhamdulillah sangat-sangat kan ;) 

Dan bila dah nak dekat abes ramadhan ni, lagi kena bersemangat nak pergi tarawikh, lagi-lagi dekat mesjid. Yelah lepas ni ramadhan abes dah. Tak dapat tarawikh lagi :'( Tahun depan belum tentu lagi. Moga Allah swt panjangkan umur kita semua. Amin amin amin.

Btw,  tahu tak apa itu Merge? Merge tu maksudnya kita combine kan 2-3 files atau lebih dalam satu file/doc yang sama. 

Tujuan merge ni? Ada banyak sebab dan bergantung pada individu. Contoh macam bila scan doc guna printer yg biasa pakai kat rumah tu, then bila dijadikan kepada bentuk pdf, document-document ni sepatutnya dalam satu pdf yang sama. Tapi, bercerai berai pulak. So kenalah combine kan balik. Baru la boleh senang hati nak hantar secara online kan ;)

So, hari ni saya nak share la cara-cara untuk combine banyak-banyak pdf ni kepada satu pdf files yang sama, dengan cara mudah, cepat dan selamat ;)


MULA-MULA

1.      Mula-mula bukak website ni <<Click sini>>, kemudian click je “Choose file”




2.       Automatik akan keluar camni. So anda browse folder yang simpan pdf files tu.  Lepastu click je dekat beberapa jenis pdf yang nak combine kan tu




3.       Automatik ia akan uploading.





4.       Settle je upload , korang tekan je Merge PDf tu.




5.       Nanti dia akan kuar camni pulak. So click je dekat “download file now”. Rename kan ikut kesukaan anda. Dan folder pdf anda sudah pun Berjaya di combine =D



settle. Mudah je kan. Semoga bermanfaat :)


Comments

  1. wah perkongsian yang membantu! thanks ^^

    ReplyDelete
  2. Salam,selamat pagi.terima kash dgn perkongsian ilmu ini

    ReplyDelete
  3. Waah nice, thank you for sharing ^^ tak pernah tahu pula bleh merge online. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. hee. semua di hujung jari je. takda la kelam kabut kan.

      Delete
  4. camne nak create link pdf file supaya org lain blh download?

    ReplyDelete
  5. camne nak create link pdf file supaya org lain blh download?

    ReplyDelete

Post a Comment