Kelebihan, Kekurangan Root & Cara Untuk Mengesan Root Pada Smartphone Anda


Assalamualaikum & Hyee semua,
Seperti yang telah diberitahu pada entri yang lepas iaitu  Apa itu root pada android, di entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kelebihan dan kekurangan root yang saya dapati setelah membuat root pada fone saya sendiri dan juga rujukan yang dibuat daripada sesetengah entri. Selain itu, saya juga ingin berkongsi cara untuk mengesan samada fone kita telah di root ataupun tidak. Dan actually saya totally not recommended to user untuk root smartphone masing-masing even banyak kelebihan tapi risikonya juga tinggi. 
Kadang-kadang ada juga kes di mana apps yang user install tidak support pada devices dan secara automatik aplikasi itu akan memberi pilihan kepada user untuk root kan devices mereka. Setelah itu aplikasi itu akan menginstall root bagi membolehkan user menggunakannya.
Selain itu, cara lain untuk root devices adalah dengan menggunakan aplikasi seperti SuperSU, SuperUser

  • Kelebihan

1.  Dapat latest update & version of ur android devices.
2.  Bebas untuk install pelbagai aplikasi yang memerlukan “root” tanpa batasan.
3.  Keupayaan telefon bimbit anda boleh menyaingi smartphone2 canggih yang lain.
4. Boleh Backup semua data penting di dalam devices tanpa had samada pada SD Card atau Cloud (Online) melalui aplikasi Titanium Backup yang memerlukan root devices.
5. Boleh save battery fone disebabkan ada sesetengah root apps akan mengurangkan penggunaan CPU tanpa menjejaskan performance devices ketika user sedang menggunakan telefon.

  • Kekurangan

1.  Smartphone anda lebih mudah terdedah kepada vulnerability.
2. Nak jual or trade in ke apa memang tak akan laku. Tak ada kedai yang akan terima smartphone yang telah di root.
3.  Tidak boleh install apps tertentu yang mungkin memerlukan tahap security yang tinggi seperti Cimb Click, Astro on the Go dan sebagainya.
4.   Warranty hangus begitu sahaja.
5.  Tak akan dapat lagi carrier update untuk telefon bimbit anda.
6.  Risiko kegagalan ketika sedang root android anda

  • 2 Cara Untuk Kesan Telefon Bimbit Yang Ada Root

1.    Application Drawer
a) Setting -> Apps -> All aplication
b) Tengok dekat situ ada tak program SuperUser atau SuperSU
c) Kalau ada maknanya fone korang memang ada root. Kalau tak ada dekat situ, kadang-kadang belum tentu lagi tak ada. Proceed dengan Step kedua pulak.
2.    Install Terminal Emulator For Android
a) Download je terminal Emulator for android apps. Klik sini!
b) Dah download ? Launch je application tu. Nanti akan keluar satu kotak hitam.
c) Kalau dekat kotak hitam tu muncul symbol ‘#’ , maksudnya fone anda memang telah di root.
d) Tetapi,  kalau muncul symbol ;$’  , maksudnya fone anda bebas daripada root. Tapi, still tak boleh yakin sangat.
e)  Cuba taip su pulak. If keluar symbol “#” (without quote) aka symbol hashtag, maksudnya memang fone anda telah di root.
f)     If tak keluar symbol "#" tu, barulah anda benar-benar bebas daripada gejala tersebut. 
    Kepentingan untuk check samada fone kita ni ada root ke tak bukan apa, manalah tahu kan tak sedar kita pernah ter'root fone kita tanpa sengaja atau time beli fone tu maybe rupanya dah terbeli fone yang dah siap-siap ada root. tsk.
     I pulak time tu sibuk nak root fone sebab nak download & guna apps dekat Black Market dengan bebas dan sesuka hati. tsk T_T


okay mcm ni interface terminal emulator for android tu

Okay sampai di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Mohon maaf seandainya ada kekurangan dan ketidaksempurnaan pada entri ini. Akan saya kongsi dengan lebih lanjut pada entri yang akan datang. Semoga bermanfaat. Tengss sudi baca =)


Comments

  1. Assalamualaikum nadhie wueen,

    Jelas penerangan nadhie tentang root smartphone tp sis tetap cuak utk buat sendiri.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sis,

      tqq for visiting. owh sis cuak nak buat yang kesan root tu ke?hihi. takpa sis, kalau mmg xpernah sentuh2 part root tu n yakin fone memang takda root tak perlu buat pun takpe. hihi

      Delete
  2. sp kak asyik meragam saja walau baru dibeli xsempat nk belajar apa2 lagi wueen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yaka. time beli tu akak ada check tak imei nombor? dan sticker kat belakang tu? ada membe hampir je nak kena tipu ritu. salesman tu tunjuk fone ori kat dia, tp bila packing dia kasi fone clone. tsk. naseb baik dia sempat perasan n xjadi beli.

      Delete
  3. oooo gitu eh.. nice info.. tengah pk juga ni nak cari hp apa sebenarnya..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. beginilah. hihi. Asep beli iphone jelah. hihi. Okay nanti saye singgah :)

      Delete
    2. hoho.. itu la kan.. kawan pun rekomen.. tapi sy tak bapa nak minat sbb xde external storage.. serik dah guna internal je kejap2 nk kena transfer dah data. kalau external senang tukar sd kad baru je.. haha..

      Delete

Post a Comment