Jenis-jenis Media Player Untuk Laptop Anda

Assalamualaikum & Hi semua!

Sihat? Moga-moga sihat lah hendaknya saya doakan. Btw kan anda tahu ke tidak apa itu Media Player? =) Okay, secara ringkasnya media player adalah software/platform untuk korang mainkan semua jenis bentuk audio, video yang ada dalam laptop korang. Dan ia juga di datangkan dalam pelbagai format untuk support jenis-jenis format video yang anda telah download atau simpan dalam laptop anda. 

Ha... ni cakap pasal format audio video bagai, btw anda faham tak apa benda nya tu? =) Okay format-format video audio terdiri daripada mp3, 3gp, mp4, mpeg, mkv, webm, flv dan lain-lain. So, today I nak introduce cket jenis-jenis media player yang mungkin menepati citarasa anda :)

1.      Media Player Classic (MPC)



    Sape yang tak kenal MPC kan? Rata-rata ramai yang pakai MPC sebagai media player untuk video di laptop mereka. So apa features ia ? 

   Features : Suka guna player jenis ni sebab sangat simple, mudah digunakan dan ringan. Yelah kalau nak pause click je mouse sekali, takpun tekan je space bar. terus ia akan pause. then bila click balik, player ni akan sambung play balik video tu. Selain itu, MPC ni jenis yang boleh skip forward dan mainkan video seterusnya dalam satu folder, skip back untuk mainkan video sebelumnya, save image pada video , save copy dan sebagainya. Kelemahan dia yg I rasa tak best sebab sound dia tak berapa nak kuat even kita dah letak paling max. T_T




Download dekat sini : http://mpc-hc.org/


2.      Tiger Player


    Korang pernah guna tak yang ni? Yang ni memang yang saya paling suka sebab feature dia juga.

     Features : Secara ringkasnya kemudahan untuk menggunakan tiger player sama mudah macam MPC. Just click atau tekan space bar untuk play atau pause. Namun tidak mempunyai fungsi untuk skip back atau play forward. Just bila kita marathon drama malay, korean drama, lepas tengok episod 1, player ni akan automatik play next episod. Ok sama mcm MPC. Dan apa yang bestnya bila kita tiba-tiba tutup aplikasi ni, kira macam tengah tengok citer tergantung la.. so automatik bila buka balik citer yang sama, tiger player akan play balik dekat part yang kita tengok tergantung tu. Best bila sound , audio dia memang boleh besarkan kuat mana ikut kesesuaian telinga/taste kita. Dan ia juga support banyak jenis audio & video format. 





Download dekat sini : http://www.mpcstar.com/
Nak tahu lebih lanjut? Baca dekat sini http://www.tigerplayer.com/



3.      Video LAN/ VLC Media Player



     Video LAN boleh dikatakan famous jugaklah disebabkan features yang ada pada aplikasi media player ni. Dari zaman kolej saya perasan ramai yang pakai ni.

     Features : Open source yang support various platform consists of windows, Linux, Macintosh, android dan sebagainya. Juga support bermacam jenis format video seperti CD, DVD, Audio, dan pelbagai jenis streaming protokol. Selain itu, VLC juga mempunyai fungsi hotkeys yang memudahkan user untuk menggunakannya, sama seperti MPC dan tiger player. Selain itu level audionya juga agak kuat dan selesa la untuk di adjust. :D






4.      Windows Media Player



   Windows Media Player ni memang default media player bagi pengguna windows.

   Features : Yang ni I gemar pakai time dengar lagu sebab bole select beberapa banyak lagu yang kita nak kendian ia akan play kan semua lagu tu tanpa buat playlist khusus.




Default : For Windows user, tak Perlu Download. 
Memang ada pada setiap windows





5.      KM Player



    KM Player juga dikatakan media player yang mudah digunakan dan senang untuk difahami. 

     Features : Selain itu media player ini juga dikatakan support pelbagai jenis format codec, selain mempunyai menu yang mudah akses di bahagian kanannya. Ha.. betulke? Nak tahu kena la korang cuba sendiri.









6.      GOM Player



   GOM Player ni pulak I suka sebab dia nampak ringkas, comel & macam super simple. 

     Features : Merupakan media player yang ringan. Disediakan untuk platform windows dan support semua jenis codec format macam FLV dan sebagainya, tetapi still tak support media format. Dan bila guna still tak ada hotkey yang memudahkan untuk pause, play balik dan sebagainya. still kena guna mouse to click click. sobs. 



Untuk Download tekan sini http://player.gomlab.com/eng/



7.      Daum POT Player



    Daum POT Player ni pulak dikatakan sama produk dengan KM Player dan asalnya digunakan dalam bahasa korea.

    Features : Sangat mudah digunakan dan video yang dihasilkan juga cukup baik kualitinya. So tak adalah masalah pixel ke apa kan. Selain itu, ia juga ringan , stabil, boleh screenshot, merakam file secara live dan sebagainya. 




Klik sini untuk download: http://potplayer.daum.net/


So, apa pulak jenis media player yang korang gunakan untuk tengok movie or layan 'marathon' drama dekat laptop? Ada tersenarai dekat atas ni tak? Macam mana? Mudah digunakan tak? =)




Comments

  1. Kalau anak-anak memang guna laptop dan hal ini mereka tahulah. Tapi buat kami yg dah tua-tua ni macam dah tak tertarik nak mendownload itu semua.

    ReplyDelete
  2. saya guna clear.fi. Yang tak bestnya clear.fi berat dan sangat lambat respond

    ReplyDelete
  3. Betul tu, kite dari zaman belajar dulu memang setia dengan VLC. Cuma tak bestnya VLC play dia sekat-sekat kalau main video HD huhu.

    ReplyDelete
  4. Skrg pakai windows media player ja. hehe yg lain suma dah buang :')

    ReplyDelete
  5. Saya setia bersama MPC player! haha. Tapi betul la, sound dia tak boleh nak kuat sgt. Kalau nak betul kuat guna VLC player tu sampai max sound pon boleh. huhu

    ReplyDelete
  6. wahh....ini yang best ni sis...boleh tgk mcm2 dgn player yg sesuai dgn laptop..hehe...
    salam Nuzul Quran sis :)

    ReplyDelete
  7. Skrg ni guna satu je vlc media player..
    oo ada satu lagi yang nadhie tak letak.. S player.. yang ni pun okay dulu masa zaman tgk anime guna player ni la.. mantap juga...


    Blogwalking sini, jom share apakah post pertama anda?

    Post Pertama AH di Dunia Blogging article..

    ReplyDelete
  8. Dari dulu sampai sekarang setia dengan Media Player Classic.

    ReplyDelete
  9. sy suka windows media player dan GOM jak hehehe yg lain malas nak guna haha

    ReplyDelete
  10. hi!,setia dengan media player jugak =)

    ReplyDelete

Post a Comment