Cara tukar Default Media Player Anda Kepada Media Player Yang Lain


Assalamualaikum & Hi semua!


Apa kabar? Sedar tak sedar dah masuk 10 ramadhan terakhir :'( Cepatnya masa berlalu. Macam mana ramadhan anda pada kali ini? Moga bermakna dan dapat membuat lebih banyak ibadah saya doakan. Aminn.. Okay, memandangkan pada entri lepas saya telah berkongsi jenis-jenis media player yang mungkin sesuai dengan laptop anda.



So, pada entri kali ini saya ingin berkongsi cara-cara menukar default media player sedia ada kepada jenis media player yang lain, khas untuk beginner. Okay, katakan sekarang kita pakai media player jenis Tiger Player, kemudian nak tukar default kepada jenis MPC, jadi kenalah ikut step-step tertentu untuk jadikan default. Untuk tukar dalam jangka masa pendek/masa nak tengok video tu je, just click:  video-> right click->open with-> Click mana2 media player yang nak guna. 



Biasanya sebab tukar adalah  untuk mengikut kesesuaian jenis dan format video. Yelah maybe ada certain video media player jenis format webm lagi sesuai untuk di tonton   menggunakan Tiger Player contohnya. Kalau tak maybe ada yang pixel, ada yang tak support dan sebagainya. Okay, follow je step-step dekat bawah untuk menukar default media player anda.





1.  Click pada video yang korang nak tengok tu. Contoh dalam gambar ni video cartoon "Dexter Laboratory" yang menggunakan Tiger Player (ada icon bintang dan warna biru dekat media player jenis tu)






 2. Right Click dan pergi dekat open with. Dan tepi tu akan nampak beberapa jenis media player yang telah diinstal di dalam laptop anda. Then tekan "Choose default program.."








3. Click pada jenis media player yang korang nak. Contoh korang click pada MPC untuk jadikan video tu MPC (abaikan gambar dekat bawah yg click pada GOM tu) . Kemudian, tick pada "Always use the selected program to open this kind of file"





4. Then, automatik Media player anda telah bertukar default dari Tiger Player kepada MPC Player. Kiranya lepas ni setiap kali bukak je video dexter laboratory ni, automatik ia akan play menggunakan MPC Player. Begitu juga video-video lain yang berformat MP4 macam video dexter ni.


Okay settle. Simple je kan ;) Salam ramadhan semua. Jangan lupa perbanyakkan ibadah di sepuluh malam terakhir dan jangan lupa untuk terus mengejar lailatulqadar. Aminn..

Comments

  1. nice info nadhie.. banyak juga citer anime ye.. lama x layan anime ni.. kalau windows 10 boleh pergi ke setting>system>default apps..

    ReplyDelete
    Replies
    1. same2 Asep! thanks utk info tambahan :) owh win10 boleh juga camni: right click video->open with->choose another apps->other option.

      haha. samela lama xlayan. dulu dok layan je dexter laboratory ni. geram tgk si pendek tu salu kena buli dgn kakak dia. hihi

      Delete
  2. PERKONGSIAN MENARIK NADHIE...

    ReplyDelete
  3. Wahhhh terima kasih sangat sangat atas perkongsian ni. Hari tu laptop saya baru je update ke window 10.. Saya lagi suka tengok video or cerita guna VLC. hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer try tiger player plak. best. hihi. sama-sama ;

      Delete
  4. Info yang brguna.. Reen pun nk tkr sbnrnya. Tp tak reti.. Info ni membantu Reen. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Reen ;) if ada probs kasitau je. mana yg saye reti saye share. insyaAllah. hihi

      Delete
  5. Sangat informatif nadhie.
    boleh dijadikan panduan.

    ReplyDelete
  6. Nice sharing nadhie.. Bileh cube lps nie.. ☺

    ReplyDelete
  7. Nice sharing sis...
    salam 23 Ramadhan :)

    ReplyDelete
  8. Datang singgah...Done follow ^^...Kalau rajin followback ye

    http://misskitty12.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. info yang menarik ni..saya nak cuba buat kat pc saya

    ReplyDelete

Post a Comment