Apa Itu Root Pada Android Anda?



Assalamualaikum & Hyee. Salam Ramadan semua.

Pernah dengar tak perkataan root? Dan tau tak apa itu root? Kekadang nak install ada certain apps  tetiba kuar mesej tak boleh install "Maaf sebab fone anda tak ada root" Okay lebih kurang gitula mesejnya. 

Secara ringkasnya root adalah apabila pengguna smartphone/android mendapat akses penuh & membuat sebarang perubahan pada sistem di dalam android mereka. Istilah ini dipanggil "JailBreak" jika pada iphone mahupun ipod anda. Untuk pengetahuan anda, android adalah open source (based on linux) yang membolehkan sesiapa sahaja untuk mengubah code di dalamnya.

Biasanya golongan yang terdiri daripada developer yang akan menggunakan akses tersebut untuk menjadikan telefon bimbit mereka setaraf dengan telefon-telefon yang mempunyai sistem yang canggih seperti iphone dan mempunyai akses tanpa batas pada fone mereka. End user pun ada je yang belajar cara untuk root fone dengan melihat atau mengikut tutorial yang ada di internet. 

Kadang-kadang ada juga sesetengah aplikasi yang tidak support sistem sedia ada di fone user membuatkan mereka bertindak untuk me’root’ kan fone mereka semata-mata sebab nak guna aplikasi tu.

Kepada pembaca atau siapa-siapa sahaja yang teringin untuk membuat root pada smartphone masing-masing, pesan saya fikirlah berjuta-juta kali sebelum melakukannya. Sebab apa? Sebab sekali anda dah root smartphone anda, anda akan kehilangan warranty fone tersebut untuk selama-lamanya kerana dianggap telah mengubah sistem di fone anda secara tidak sah. Kalau teringin nak buat jugak, tunggula warranty korang abes ya ;)

Banyak lagi isu tentang root yang ingin saya bangkitkan. Lagi-lagi sebab saya sendiri pun pernah root smartphone saya dan sukar rasanya untuk 'unroot' dan mengembalikan semua kepada asal. tsk ;'( Akan saya sambung di lain entri tentang pengalaman saya setelah root  fone, kelebihan & kelemahan yg saya rasa sendiri. tsk. Moga entri ni bermanfaat. Tengss sudi baca =)


Comments

  1. aah betul tu.. dah root memang tak delah waraantynye lagi..
    saya guna windows phone so far tak de lah nak root2 nie.. hehe..
    jadi apa kelebihan & kelemahannya??

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Blog Berjaya Masuk Rank Malaysia article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Panjang benor nak citer. Nanti saye share dekat next entry ;)

      Delete
  2. Info yang berguna, thanks girl :)

    ReplyDelete

Post a Comment