Tips : Cara Selamatkan Handphone Yang Dimasuki Air



Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Sihat ke hari ni? Moga sihat2 lah semuanya saye doakan. =) Btw, pernah tak korang mengalami situasi handphone korang jatuh dalam air? terkena air, tertumpah air dan sebagainya? Kalau situasi ni terjadi, please jangan panik okay? Relax... tarik nafas panjang-panjang dan cuba ikut step dekat bawah ni :) Dont worry everything's going to be okay :)





  • PERLU BUAT & SILA IKUT STEP2 INI

1.   Matikan telefon bimbit anda terlebih dahulu
1st of all, sila off kan telefon bimbit korang terlebih dahulu, senang citer cabut terus battery. Tujuan ini bagi mengelakkan berlakunya short circuit lagi2 kalo fone korang still on lagi lepas kena kena air tu.

2. Remove apa yang patut dan keringkan
Tanggalkan segala mak nenek sarung fone, keluarkan sim kad, kad memory, battery dan sebagainya. Then lapkan part basah tu dengan tisu atau kain menyerap air.

3.  Gunakan Vakuum
Lepastu if korang ada vacuum jenis USB, gunakan vacuum tersebut untuk menyedut sisa air di fone korang. Keliru and tataw camne rupa vacuum tu? Cam gambar kat bawah ni okay =) 






4.    Guna beras
Untuk apa guna beras? Takkanlah nak main renjis-renjis dekat fone tu kan? Tidak sama sekali. Camni caranya. Amik satu bekas bertutup, then masukkan beras dan tanamkan handphone anda dalam beras tadi. Kemudian tutup bekas rapat-rapat dan biarkan selama beberapa hari.  Sebab apa guna beras? Sebab beras bersifat menyerap kelembapan. Just still take time gak la.. so sabar & doa banyak2 k.


  •  JANGAN BUAT!

1.    Jangan goncang telefon anda!
Ada orang lepas fone kena air, terus goncang kunun2 nak kuarkan air tu. Don’t don’t don’t okay? Tak membantu apa pun. Lagi teruk pulak jadinya nanti. Daripada elok2 dia kena satu part je, abes part lain terjangkit sekali. Tak ke parah jadinya =_=”

2.    Jangan gunakan microwave
Jangan sesekali keringkan gunakan microwave sebab nak cepat kering. BAHAYA! Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan berlakunya letupan! Please beware and think wisely before doing anything!

3.    Jangan gunakan hair dryer
Hair dryer memanglah tidak di galakkan sebab ditakuti kepanasannya akan menyebabkan skrin handphone anda rosak. So hati2 k before take actions. *Sad teringat fone I yg dah rosak skrinnya sebab terjemur berhari2 dalam kereta.I pulak suka letak fone sepah2 T_T

4.   Usah kau letak bawah alat pengering
Taw tak pengering jenis apa yg dimaksudkan kat sini? Tuh yang korang dok keringkan tangan lepas keluar toilet. Pengering mesin basuh lagilah jangan == Jangan keringkan guna tu k. Risikonya sama macam bila guna hair dryer.

  

  • TIPS TAMBAHAN

  
1.    Beli cover fone jenis kalis air
Untuk mengelakkan hal yang sama terjadi, seeloknya korang belilah cover fone jenis kalis air.

2.  Beli beg kecik/jinjing/beg plastik kalis air untuk isi fone
Kalau tak jumpa cover fone carilah beg jinjing, beg plastic seal dan sebagainya untuk letak fone korang tu. Yelah korang kan lasak sampai fone boleh jatuh dalam air. Tak jumpa cover fone, beg plastic pun jadilah. huhu

3.  Lagi senang beli terus fone jenis kalis air
Kata fone mahal. Takkan function kalis air pun tarak? Memang tak berbaloilah beli fone mahal kalo function tu tarak. ==” Plus, teknologi sekarang memang dah canggih. Terdapat banyak telefon bimbit kalis air di pasaran sekarang. Tinggal jenis ke dalaman masing2 je berbeza. Kalau anda rasa anda memang jenis berkemampuan dan suka beli fone mahal, ada baiknya beli jenis kalis peluru air terus.


Okay, sampai sini je entry kali ini. Hope membantu pada sesiapa yang ada mengalami situasi camni. Jangan panic k. =) Kalau tak kena pun, eloklah kita tahu apa yang patut dibuat. Sekurang-kurangnya ada ilmu dah.. Sekian, thanks sudi baca. Moga bermanfaat =)




 credit : belog kak kamsiah



Comments

  1. Pernah kena. Paling cliche tanam fone dalam beras wkwkwk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. terpaksalah disemadikan buat sektika. naseb baik ade harapan elok balik. hihi

      Delete
  2. Replies
    1. same jee. cerlah try. hihi. aih... tp sayanglah kalo kena air, dah la mahai. huahaha

      Delete
    2. Tapi samsung S7 kan kalis air.hehehe

      Delete
    3. erk yaka. tataw tak pakai s7 lah. abeh dah kalis air tu dok tanya lagi. haha. jaat! terkena!kekeke :p

      Delete
  3. Bila laaaa kita dapat iphone macam kat atas tuuu. Huhuhu ! =D Berangan sangat ni. Hahaha.

    Owh kita tak pernah lagi HP terjun dalam air setakat niy Alhamdulillah. Tapi sokmo crack dengan tiba-tiba. Panas sangat. Pastu mula la tak boleh touch apa semua. Sedih.

    Btw, thank you dear info niy. Sangat berguna. =*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samelah kita... nak iphongg gak. hihi. Alhamdulillah.. kalo boleh takmolah sampai jatuh dlm air, tumpah air dsbnya kan. dah la byk benda penting dlm tu. Tulah.. panas pun same effect gak. tak sedar terjemur tau2 xleh touch dah, nak repair screen plak kenmain mahai agi. huahaha. most welkem ain ;D

      Delete
    2. Betul Nadhie. Series mahal. Mahal lagi dari betul kan Motherboard HP kan. Pernah tanye dekat kedai, lebih kurang RM500. Mahal oiiiii. :( Baik tambah sikit beli HP baru kan.

      Delete
    3. yupp.. betui. kdang kos repair nak dekat sama harga fone. as long as takde something precious boleh la beli baru teruih. kiki ;D

      Delete
  4. Nice sharing dear... =) kdg kdg bila hp masuk air mesti gelabah tak tahu nak buat apa. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! ikutkan mmg ramai yg tataw ada je cara nak pulihkan fone dorg. ish.. dah beli memahal+ ada something precious syg kowt nak buang je :D

      Delete
  5. ada lagi tips.. lepas vakuum atau keringkan tempat yang basah pada telefon.. masukkan telefon tu dalam beras tapi tanggalkan bateri dan biar semalaman (masukkan ampai terbenam dalam timbunan beras).. memang menjadi.. dah banyak kali cuba tips ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dah mention kat atas tu dear. cer baca balik. hihi. :D

      Delete
  6. Tips yang sangat berguna. Yang bab rendam dalam beras tu berkesan. Sebab my fren pernah buat masa phone dia dimasuki air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. dengar cam old school je tanam dlm beras bagai. tp mmg berkesan. kekeke

      Delete

Post a Comment