Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop




Assalamualaikum guys,

Dah nak dekat pukul2 pagi ni , masih lagi tak tido .Nadhie ada ha.. kat tempat keje ni mengadap je tv2 banyak2, busan pulak. So nak share lah software-software yang penting bagi saya & patut ada pada laptop kita.







Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop



ANTIVIRUS


First of all, software basic dan penting yang perlu ada dalam laptop anda sudah tentu adalah antivirus. Dengan adanya antivirus laptop dan PC kita akan berada dalam keadaan selamat. Terutamanya ketika melayari internet, mencucuk pendrive asing di laptop dan lain-lain lagi. Tanpa antivirus, PC akan mudah terdedah dengan kehadiran malware, spyware, worms dan lain-lain. 


Jangan tak tahu kehadiran virus-virus ni bukan sahaja akan menyebabkan kita terdedah dengan kehilangan data di computer, kekacauan pada system computer anda dan akhirnya akan menyebabkan kerosakan pada computer! Selain itu, berkemungkinan besar maklumat akaun bank juga akan diintai! Bahaya woo.. sangat bahaya! 


That’s why kesedaran untuk memastikan PC anda berada dalam keadaan selamat sangatlah penting. Nadhie tak dapek nak tulun dek oi kalau maklumat akaun anda kena intai. Papepun sebelum nak online bank pesuma pastikan PC yang digunakan tu benar-benar safety. Selain itu, if guna chrome, buka “new incognito windows” dan pastikan link yang dibuka adalah betul dan mesti "https" . Okay lari topic dah… Papepun, paling basic pun if tak ada antivirus gempak mcm kapersky, Norton, so download lah Microsoft security essential. Antivirus for windows. Btw boleh download di laman web microsoft k.

Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop







CCLEANER (System maintenance)



CCleaner merupakan software kedua penting yang perlu ada dalam laptop kita. Tujuan ccleaner ni samalah seperti nak meringankan atau membersihkan laptop kita. Ahkak cadangkan ada baiknya adik-adik guna ccleaner ni sebelum dan selepas browsing internet. Selain daripada itu, ccleaner adalah platform mudah untuk kita view apa yang ada dalam programs and features di laptop kita, mudah untuk uninstall software, membersihkan cookies, history, scan for registry issue, manage our startup, driver wiper, system restore dan lain-lain. Aih.. pendek kata memang terlalu banyak lah functions dia untuk system maintenance PC kita. Tak kisahlah kita pakai laptop or desktop computer, yang penting software ni kena ada. hihi

Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop





WinRAR (File Compression)



Biasanya kena ada supaya senang untuk kita extract file yang telah di compress dan download daripada internet kepada bentuk asal file tu. Contoh paling senang kat sini yang Nadhie boleh bagi bila korang download subtitle file, kebanyakan dalam bentuk WinRAR Uploader compress selalunya bertujuan untuk data safety sebenarnya. Supaya data tak corrupt , kena virus dan sebagainya.

Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop





MICROSOFT OFFICE/ LIBRE OFFICE (Open Source)



Yang ni dah tentulah tersangat penting. Sudah tentu untuk memudahkan penulisan kita, kertas kerja, proposal, assignment dan lain-lain. Mak aihh.. penting kowt! Macam lepas format laptop ke ape kan, pada sesiapa yang tak mampu n tak ada CD ori ms office dan tak dapat download Microsoft office full version, so bolehlah try alternative lain macam Libre Office. Function dia lebih kurang sama je macam ms office, just dia ni open source dan boleh guna untuk pelbagai platform operating system.

Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop



BROWSER



Browser tahu tak apa itu browser? Google chrome, Mozilla firefox korang tau tak? Ha, itulah yang dipanggil browser! Tempat atau platform untuk korang browse internet, buka google, surfing dan download semua software or driver penting. Semua boleh dapat secara percuma k Yang ni kalau tak ada memang susahhh!! Memang tatawlah Nadhie nak kata apa. Tapi, jangan risau.. if korang guna OS windows, biasa memang dah siap-siap ada dah browser internet explorer kat situ. Ubuntu pun sama, siap-siap ada chrome dah kat situ. 
Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop



PDF (PORTABLE DOCUMENT FORMAT)



Okay ni pun antara software penting dan basic yang korang pelu ada. Sebab kebanyakan folder, document yang korang nak download daripada internet, semuanya dalam bentuk PDF. Kalo tak ada memang tak support lah korang nak buka document PDF korang tu. Kedua sangat penting supaya korang sendiri boleh tukar doc ms word korang dalam bentuk PDF. Penting kowt kalo nak upload resume bagai. Kenalah send dlm bentuk PDF supaya orang tak boleh edit dan nmpak lebih official sebenarnya. Boleh download Adobe atau Foxit reader untuk PDF ni k!

Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop



VIDEO PLAYER



Biasanya, basic windows operating system memang dah menyediakan Windows Media Player(WMP) sebagai software untuk memainkan video. Tetapi, kadang-kadang WMP tak support semua format video seperti webm, MP4, FLV, DVD player dan lain2. So kena download video player seperti Video LAN, MPC Star, k lite codec pack, Comet player dan lain-lain k!

Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop



ADWCLEANER



Adwcleaner ni memang sangat penting. Lagi-lagi kalau kita ni kaki online, kaki download, suka install addon dekat browser dan sebagainya. Sebabnya bila duk mendownload dan bukak link download tu, kita tak sedar ada spyware ads-ads tu pada link download dan tak sedar yang benda alah tu dah dok bertapak dekat browser kita. Bahaya woi.. sikit-sikit benda alah ni akan kacau system computer kita, buatkan computer makin slow dan tinjau privacy kita. So, kena scan lah dengan Adwcleaner ni kalau nak tahu ada benda alah bertapak atau tidak. If ada boleh remove semua tu dengan software Adwcleaner ni. Okay mengantuknya nak terangkan…huarghhh (menguap jap)




ADVANCE SYSTEM CARE (For advance user only)



Okay, last but not least. Yang ni untuk advance purpose only. Sesuai untuk advance user yang tahu apa yang patut atau tidak patut dibuat dengan software ni.Terus terang Nadhie tak recommend untuk semua orang... takut korang tersentuh terusik mana yang tak patut. Kang satu keje pulak kang. Tapi, if korang tahu apa nak buat, boleh je kan. Btw software ni actually dia macam penyokong untuk antivirus. kiranya untuk remove virus, spyware semua, selain itu, dapat membantu meringkankan RAM laptop. Tapi, ia ada je function lain yang lebih advance kan dekat sini & kena pandai-pandai gunalah. Okaylah,.. sangat mengantuk dah.. nak rest kejap.

Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop


So, sampai sini jelah entri kali ini. Next time lah baru share link-link untuk download software-software tu. Takpun korang google je lah kan senang. :p Kalo tak dapat right source untuk download, kasitau ya.hihi. Neway, moga entri kali ini dapat menambah pengetahuan kepada anda semua. Semoga bermanfaat. Gudniteee :D

Comments

  1. Kan? Software antivirus niy penting sangat. Tapi kalau PC office ni tak tahu berapa banyak virus bersarang. Banyak sangat pendrive dah kena cucuk. Huhu ! Pastu, kalau nak charge HP guna CPU PC office, memang tak berani. Takut HP jadi jem. Huhuhu ! :)

    ReplyDelete
  2. very usefull tips. btw sy tak pandai la nak donload antivirus. huhuhu. sy ad yg dpat free masa beli laptop dulu. tapi rasanya untuk internet je, McAfee. hehe

    ReplyDelete
  3. @• Ain Cho'in • Yup.. memang betul antivirus sgt penting. kena rajen update. hihi. But, dun wurry.. yg pc ofis tu kalo xsilap saye bole je charge hp kat situ sbb androids berlainan platform dgn windows. samalah mcm if buat portable os lain dekat pc ofis tu, bila guna os lain, pc tu xkan de virus sbb virus tu dekat windows je. Hihi. Heharap penjelasan saye ni xmemeningkan lah. papepun pastikan set "charger only" kalo nak charge fone kat pc tu :)

    ReplyDelete
  4. @Vanilla Maple owh yeke. takpa.. slow2 belaja.:) btw penah scan file x guna mcafee tu? if microsoft punya antivirus leh download kat sini https://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=5201

    ReplyDelete
  5. Saya pnh scan. hihihi. Btw thanks bg link. Nnti sy donload^^

    ReplyDelete
  6. Saya pnh scan. hihihi. Btw thanks bg link. Nnti sy donload^^

    ReplyDelete
  7. Wah byk gak kena ada ek? Tpi opera tu i xpakai pon.antiviru tu mmg wajin lah kann

    ReplyDelete
  8. wah banyak nya cleaner needed :) sy cm ada satu antivirus yg dh expired dlm laptop haha

    ReplyDelete
  9. mostly smua dah ada,, nice tips kak :)

    ReplyDelete
  10. @Nabila Syifaaah betul.yang opera tu xperlu if dah guna chrome atau mozilla :)

    ReplyDelete
  11. @miss fifiHehe. Takpa. Kalo boleh update lah antivirus tu.. if tak boleh update dah, uninstall je yg tu & download je yg free n reliable cam ms security essential tu. hihi

    ReplyDelete
  12. @Nurulatika Yunus Wahh.. bagus tu dik :) camtu just pastikan semua uptodate jelah. hihi

    ReplyDelete
  13. part antivirus tu paling susah nak cari mna yg okay.

    ReplyDelete
  14. betul betul.. antivirus n cleaner ni mmg penting, kdg kdg entah virus dari pendrive siapa la yg masuk. ada virus degil kena la format laptop. Huhu.. =)

    ReplyDelete
  15. @Suhaiza Suki Yup betul! yang terbaik & lagi2 free.. kdg2 baguih, tp makan space besar pulak. hihi. so far yg saye penah pakai n baguih mcm Avast, panda, norton n mse pun ok gak lah :)

    ReplyDelete
  16. @♥ aiNa yaZiD ♥ huahaha. tu la.. kalo boleh mmg kena elak sgt drp format :)

    ReplyDelete
  17. mana nak dapat software kat atas ni? ada link? bila saya search banyak yang ada virus

    ReplyDelete
  18. Advance System Care ni sye rasa tk penting pun, lebih baik pakai ccleaner. kalau nak dibandingkan mmg ASC ni bagus, tapi haritu sye ada guna MalwareBytes kan, pastu scan, dy detect ASC ni ada virus. sort of. pastu sye tukar je la pakai ccleaner jer.

    ReplyDelete

Post a Comment