Cara Betul Menggunakan Perkataan "Di"








Assalamualaikum..

Hai semua.. Sihat ke? Moga-moga sihatlah hendaknya dan mendapat perlindungan daripada Allah swt. InsyaAllah. Pada posting kali ini Nadhie nak berkongsi cara menggunakan perkataan 'di' dengan betul. Walaupun di entri blog, Nadhie tidak selalu menggunakan tatabahasa yang betul, tetapi sangat penting apabila kita bertujuan untuk menulis cerpen, novel atau sesuatu yang lebih official. 




Macam Nadhie juga, mesti ada yang keliru macam mana nak guna perkataan 'Di' dengan betul. Samada perlu dekat atau jauh. Di sini Nadhie akan berkongsi 'di yang dekat' dan 'di yang jauh' dengan harapan dapat menghapus sebarang kekeliruan pada kita semua. 




Menurut penulis daripada blog depsaafzan, ‘di yang dekat’ hanya EKSKLUSIF untuk penggunaan ‘di’ yang dipadankan dengan kata kerja/perbuatan (verb).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai imbuhan. Jadi, ia harus didekatkan. 




Manakala, ‘di yang jauh’ adalah ‘di’ yang BIASANYA diganding dengan kata nama/tempat (noun).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai sendi (kata penyambung). Jadi, ia mesti dijauhkan.




Contoh:

1. Dibahaskan – dekat kerana ‘bahaskan’ adalah perbuatan/kata kerja
2. Dibakar – dekat kerana ‘bakar’ adalah perbuatan/kata kerja
3. Di perhentian – jauh kerana ‘perhentian’ adalah kata nama
4. Di rumah – jauh kerana ‘rumah’ adalah tempat
5. Di dalam – jauh kerana ‘dalam’ BUKAN perbuatan atau kata kerja"


Okay, setakat ini sahaja entri daripada kak Nadhie pada kali ini. Sekian daripada Kak Nadhie. Terima kasih sudi baca. Moga bermanfaat ;)



Cr : depsaafzan


Comments