Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Tutorial: Cara Screenshot Untuk Kebanyakan Jenis Telefon Android

Macam suatu ketika dulu, kalau nak ambik screenshot ni biasa phone tu mesti dah install dengan Android Developor tools.  Dan tidak semua jenis telefon android ada function untuk screenshot. Tetapi, pada hari ini, kebanyakan jenis android, basically android 4.0 berkebolehan untuk mengambil screenshot dengan hanya menekan beberapa jenis button. Hari ni Nadhie nak share something yang basic. Pada anda dekat luar sana yang mungkin tidak perasan atau tidak tahu lagi. Tidak perasan apa? Okay, maybe tak perasan atau tak tahu yang semua jenis phone android boleh ambik screenshot. Dan hampir semua menggunakan cara yang sama. *masa mula2 pakai fone android dulu, saye pun tataw yg fone saye tu boleh amik screenshot tau. sbb murah so , ingatkan function tu takda :p* Maybe ada sesetengah tu *macam samsung* dia sediakan button or apps, or function tertentu untuk screenshot. Tapi , ada sesetengah tu memang tak ada langsung. So, ada lah nanti orang yang akan tercari-cari tak habis-habi

Tutorial: Remove Media Auto-Download Di Aplikasi Whatssapp Messenger Anda!

Hari ini sis  ingin berkongsi sedikit info berkenaan aplikasi whatssapp Messenger anda. Rata-rata hampir semua o rang pakai aplikasi ni kan sekarang.Tapi, tak semua orang tahu fungsi-fungsi sepenuhnya di aplikasi ini? So, hari ini nak share tips sedikit... Semua orang ada group whattsapp.  Kadang-kadang ada yang sampai berbelas group. Dah tu setiap kali ahli group yang lain update gambar, video , status atau share something, tahu-tahu gambar-gambar dan video tu semua dah ada dalam galeri fone korang. Dan tak pasal-pasal memori fone korang penuh dek gambar-gambar dan video-video tu jek. Sampai jam jam dibuatnya. Kadang-kadang tak pepasal habis bandwitch internet kita. Lebih haru bila ada yang share gambar2 seram, tak best, menakutkan, tak senonoh dan sebagainya. Nak left group pulak takut ada yang terasa hati pulak. Okay, so untuk entri kali ini saye nak share macam mana nak remove media auto download atau pendek kata, fone korang tak akan  auto download gambar-gambar at

Tutorial: Cara Mudah Detect Virus Pada URL dan File anda!

Pernah tak korang rasa was-was masa nak bukak sesuatu link yang diberikan? Atau maybe lepas download software, korang rasa ragu-ragu nak extract, install mahupun menggunakan software tu? Takpun konon-konon dia cakap tu link untuk download movie batman vs superman, tapi bila click, tak dapat download. Yang dapat hanyalah virusess. huhue Atau pernah tak bila dah download software dan install software tu, tiba-tiba komputer korang hang, dan antivirus detect ada virus dekat komputer korang... Then, time tu panik. Rasa stress sangat. Lagi-lagi time tu korang tengah buat assignment ataupun menyiapkan kerja-kerja penting di laptop korang. Last-last, kena format laptop.  Okay, jangan sedih, jangan panik. Yang dah berlalu tu biarkan berlalu. Yang penting kita move on k. Improve diri untuk jadi lebih baik daripada sebelumnya. Pada yang tak pernah kena tu, alhamdulillah. Tapi, apapun tak salah kan kalau kita amik langkah berjaga-jaga ni untuk kemudian hari?  Scan URL Dan

Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop

Tahukah anda ada beberapa perisian/software penting yang harus ada dalam laptop anda? Lagi-lagi untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan bertahan tanpa sebarang masalah. Jadi apakah software-software penting yang wajib ada dalam laptop kita? Jom tengok!  Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop ANTIVIRUS First of all, software basic dan penting yang perlu ada dalam laptop anda sudah tentu adalah antivirus. Dengan adanya antivirus laptop dan PC kita akan berada dalam keadaan selamat. Terutamanya ketika melayari internet, mencucuk pendrive asing di laptop dan lain-lain lagi. Tanpa antivirus, PC akan mudah terdedah dengan kehadiran malware, spyware, worms dan lain-lain.  Jangan tak tahu kehadiran virus-virus ni bukan sahaja akan menyebabkan kita terdedah dengan kehilangan data di computer, kekacauan pada system computer anda dan akhirnya akan menyebabkan kerosakan pada computer! Selain itu, berkemungkinan besar maklumat akaun bank juga akan diintai! Bah

Apa Itu Backup Data?

sumber gambar: google Masih ada yang tidak tahu apa itu backup data? Okay, dun wurry , dekat sini Nadhie akan menerangkan serba sedikit tentang apa itu backup data di komputer anda. Entri kali ini pendek je untuk memberi serba sedikit pengenalan tentang tujuan membackup data di komputer anda. Apa itu backup data? Kenapa perlu backup data? Kepada sesiapa yang masih tidak tahu apa itu backup data, kat bawah ni saya list kan okay?    Apa itu backup data? Backup data adalah apabila kita menyalin atau memindahkan data-data dalam hdd computer daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Data-data yang dimaksudkan terdiri daripada systems windows, driver, software, video, audio, file dokumen dan sebagainya. ·        Kenapa perlu backup data? Tujuan backup data adalah untuk memastikan kita boleh mengembalikan data yang hilang atau rosak menggunakan data yang telah dibackup (samada dijangkiti virus, computer problems, blackout atau berpunca darip

Cara Menggunakan Perkataan "Di" Dengan Betul

Pada posting kali ini Sis nak berkongsi cara menggunakan perkataan 'di' dengan betul. Walaupun di entri blog, Sis tidak selalu menggunakan tatabahasa yang betul, tetapi sangat penting apabila kita bertujuan untuk menulis cerpen, novel atau sesuatu yang lebih official.  Macam Sis juga, mesti ada yang keliru macam mana nak guna perkataan 'Di' dengan betul. Samada perlu dekat atau jauh. Di sini Sis akan berkongsi 'di yang dekat' dan 'di yang jauh' dengan harapan dapat menghapus sebarang kekeliruan pada kita semua. Menurut penulis daripada blog depsaafzan, ‘di yang dekat’ hanya EKSKLUSIF untuk penggunaan ‘di’ yang dipadankan dengan kata kerja/perbuatan (verb).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai imbuhan. Jadi, ia harus didekatkan.  Manakala, ‘di yang jauh’ adalah ‘di’ yang BIASANYA diganding dengan kata nama/tempat (noun).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai sendi (kata penyambung). Jadi, ia mesti dijauhkan. Contoh:

Persediaan Sebelum Format Komputer

Nak format komputer harus tahu apa persediaan yang perlu dibuat agar segalanya berjalan lancar dan tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.  Bila tiadanya persediaan untuk format komputer dan tidak tahu cara yang betul, ramai yang pakai sumbat je CD windows & terus format. Dan semua ni akan menimbulkan masalah kelak, contohnya hilang data dan sebagainya. So kat bawah ni Nadhie akan list kan cara-caranya: Persediaan Sebelum Format Komputer 1. Backup kesemua data penting Kesemua data penting hendaklah di backup terlebih dahulu di dalam partition lain atau external hard disk selain daripada Local Disk C, sebab  kita akan menginstall windows dekat C dan partition C akan dikososngkan dan diperbaharui dengan windows baru.  Disebabkan itu, kesemua data-data anda yang disimpan di dalam partition Local Disk C akan hilang semuanya. So, backup boleh dibuat samada di partiton D atau external hdd. 2. Backup guna open source (jika perlu) Ada sesetengah kes, windows corrup

Cerpen: Mirage (Part Akhir)

Sambungan dari  MIRAGE Part1 "Siang malam termimpi-mimpi Pagi petang tercari-cari Tiap saat ternanti nanti Kau masih tiada disisi ... "  - Mirage, Pesawat   Datin Rafiza terduduk di sofa empuk di banglo mewahnya. Saat ini, kenangan lalu mula bermain-main dimatanya. “Kau ke Nur Irisha Abdul Aziz?” soal seorang wanita separuh umur sambil memandang Irisha dari atas hingga bawah seolah-olah ingin menerkam sahaja gadis itu. “Iya....sa....,” belum pun sempat menghabiskan kata-katanya satu penampar hinggap tepat di pipi kiri Irisha membuatkan dia hampir sahaja tersungkur. Irisha terkejut, tidak tahu mengapa dia ditampar tanpa sebab. “Dasar betina gatal! Hei, betina! Jangan sesekali kau cuba ganggu hidup anak aku! Kau sedar tak kau tu tak setaraf dengan kami??!! Aku jijik dengan orang miskin macam kau! Tak sedar diri!! ” tempik Datin Rafiza, menyinga tiba-tiba tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. “Kenapa?Apa salah saya puan? Lagipun siapa an