Skip to main content

Cerpen: Mirage (Part Akhir)

Sambungan dari MIRAGE Part1







"Siang malam termimpi-mimpi
Pagi petang tercari-cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi ... " 
- Mirage, Pesawat 

Datin Rafiza terduduk di sofa empuk di banglo mewahnya. Saat ini, kenangan lalu mula bermain-main dimatanya.
“Kau ke Nur Irisha Abdul Aziz?” soal seorang wanita separuh umur sambil memandang Irisha dari atas hingga bawah seolah-olah ingin menerkam sahaja gadis itu.
“Iya....sa....,” belum pun sempat menghabiskan kata-katanya satu penampar hinggap tepat di pipi kiri Irisha membuatkan dia hampir sahaja tersungkur. Irisha terkejut, tidak tahu mengapa dia ditampar tanpa sebab.
“Dasar betina gatal! Hei, betina! Jangan sesekali kau cuba ganggu hidup anak aku! Kau sedar tak kau tu tak setaraf dengan kami??!! Aku jijik dengan orang miskin macam kau! Tak sedar diri!! ” tempik Datin Rafiza, menyinga tiba-tiba tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.
“Kenapa?Apa salah saya puan? Lagipun siapa anak puan?”
“Jangan kau berpura-pura dan jangan sesekali panggil aku Puan! Panggil aku Datin! Aku Datin Rafiza, ibu Asyraf. Jangan sekali kau cuba dekati dia kalau tak nahas kau aku kerjakan budak miskin!!” Tengking Datin Rafiza sambil menunjal-nunjal dahi Irisha.
Irisha terduduk di situ. Dia benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Baru dia faham kini mengapa Asyraf begitu sukar untuk memperkenalkan ibunya kepada Irisha sebelum ini. Apatah lagi menurut wanita tua itu tadi, dia telah mempunyai calon menantu untuk anaknya.
“Asyraf....cinta tanpa restu tidak mungkin akan berkekalan...,” bisiknya sendiri. Tanpa disedari setitis air matanya gugur ke bumi.

              

* * * * * * 

“Mama, Raf tak boleh terima Nabella, Nabella bukan gadis idaman Raf. Tak mungkin Raf akan menyintai dia . Lagipun Raf sudah ada pilihan sendiri,”tegas Asyraf saat ibunya mencadangkan agar dia menerima Nabella.
 “Sayang, cinta itu boleh dipupuk. Mana tahu suatu hari nanti Raf akan jatuh cinta dengan Nabella. Lagipun dia berpelajaran, cantik dan setaraf dengan keluarga kita..,” pujuk Datin Rafiza lagi, tidak berputus-asa.
“Mama, selama ini Raf tak pernah minta apa-apa pada mama. Tapi, tolonglah untuk sekali ini sahaja.... Beri peluang pada Raf tentukan hidup Raf sendiri?” rayu Asyraf penuh mengharap.
 “Baiklah, sayang.... Jika itu yang terbaik...” jawab Datin Rafiza seolah-olah memahami sambil tersenyum penuh makna pada satu-satunya anak tunggalnya itu. Sedangkan sebenarnya hati kecilnya memberontak hebat. Dia bertekad tidak akan melepaskan gadis yang cuba merampas anaknya itu.
Thanks a lot mama! I love you till Jannah! Nanti Raf kenalkan Iris pada mama...!” ucap Asyraf sambil bersorak riang lantas mencium pipi mamanya.
Auntie.... auntie.. are you alright?” tegur Nabella lantas menyedarkan Datin Rafiza dari lamunannya. Saat itu, peluh jerih terasa membasahi dahinya.
“Eh, Bella bila sampai?” soalnya cuba beramah mesra dan menyembunyikan kegusaran di hati.
“Dah lama auntie.. tapi, auntie aje yang tak perasan.. pucat aje muka auntie, tak sihat ke?” soal Nabella menunjukan keperihatinannya.




* * * * * *

Malam itu Datin Rafiza tidak dapat tidur lena. Sekejap dia berkalih ke kanan dan sekejap lagi ke kiri. Peluh jerih membasahi dahinya. Kereta putih itu lagi. Seorang gadis dan titisan air yang membingitkan telinga. Gadis itu. Titisan air. Kereta putih.. Dan mimpi itu berulang-ulang tanpa mahu berhenti. Dia cuba berlari,  jauh... Sejauh mungkin dari semua itu. Tetapi, benda-benda yang sama itu tetap terus mengejar. Nafas Datin Rafiza tercungap-cungap. Dia terhenti di persimpangan jalan yang sunyi. Saat itu, terasa dosa-dosa silam seolah-olah menjerut batang lehernya sendiri.
“Pergi kau! Pergi kau!!!” Dia mula meracau-racau di dalam tidurnya.
Bunyi panggilan telefon yang berdering-dering membuatkan Datin Rafiza terjaga dari mimpi buruknya. Lantas dia mengurut dada yang terasa mencungap-cungap benar. Perlahan-lahan dia mencapai telefon bimbitnya. Panggilan dari Naufal.
"Hello.... Apaaa??!!” telefon bimbitnya terlepas tanpa dapat dia berkata apa-apa lagi.



* * * * * *

“Iris...ingat! Aku nak kau tolak cinta anak aku bila dia lamar kau nanti. ” masih terngiang-ngiang lagi ayat amarannya kepada gadis itu apabila dia mengetahui anaknya, Asyraf ingin melamar gadis itu.
 “Iris.... Iris... Iris...” sayup-sayup kedengaran suara Asyraf meracau-racau memanggil nama Irisha, membuatkan Datin Rafiza tersedar dari lamunannya.
 “Asyraf....Asyraf, ini mama sayang, ”  panggil Datin Rafiza cuba menyedarkan anaknya itu dari lenanya yang panjang. Sudah beberapa hari Asyraf koma di Hospital dan berada di dalam penjagaannya. Datin Rafiza sedikit lega apabila mendapati perkembangan positif anaknya meskipun agak tidak senang mendengar nama gadis itu disebut anaknya. Pantas loceng kecemasan yang terdapat di hujung katil wad kelas pertama itu ditekan bertujuan untuk memanggil doktor.  Sedikit pun dia tidak mahu berpisah dengan Asyraf.

Perlahan-lahan Asyraf membuka matanya. Cahaya terang yang menembusi bilik itu terasa cukup menyilaukan pandangan matanya. Dia mendapati suasana di situ terlalu asing baginya. Di mana Iris? 
Rasanya baru sebentar tadi dia melihat Iris, tersenyum penuh makna padanya. Tetapi, kenapa pula dia tiba-tiba terbaring di sini? Dan kenapa pula tubuhnya terasa amat letih? Letih sekali?
“Mama...,Raf... dekat mana?”  soal Asyraf sedaya upaya menguatkan dirinya meskipun terasa bisa di seluruh sendi-sendinya. Tekaknya juga terasa haus.
“Raf, kat Hospital sayang... sudah hampir seminggu Raf koma. Maafkan mama sebab paksa Raf belajar di luar negara. Mungkin disebabkan itu Raf jatuh sakit...,”ujar Datin Rafiza separuh kesal sambil membelai rambut anaknya itu.
“Mama...Iris mana? Raf rindukan dia ma...,” soal Asyraf lagi meskipun agak penat, spontan mati senyuman Datin Rafiza sebaik sahaja nama itu lagi disebut Asyraf.  Jiwanya merontak bagai hendak gila setiap kali  mendengar sebaris nama itu.
“Sayang, Iris dah tak ada, sayang...lupakan dia sayang...,” ucap Datin Rafiza lembut, meskipun hatinya berperang sesama sendiri. Sebolehnya dia cuba menahan kesabaran yang semakin menipis di dada.
“Apa yang mama merepek ni? Baru tadi Raf nampak dia ma... Raf nak jumpa dia ma...,”
“Asyraf, Iris dah meninggal dunia....,” Datin Rafiza masih cuba bersabar meskipun hatinya sudah mula menggelegak.
“Tak mama..., mama bohong . Kalau tidak kenapa Raf nampak dia tadi? Raf tahu, mama sengaja nak halang hubungan kami kan? “ucap Asyraf agak kecewa sambil menahan bisa yang bukan sahaja menjerut tubuhnya malah hatinya.
“Asyraf, Iris dah mati!! Dah mampus !!! kamu faham tak?? Mama yang upah orang untuk bunuh dia! Langgar dia sampai mati!! Mama sendiri nampak macam mana dia diseret sampai mati! Iya, kemalangan tu dirancang! Puas hati kamu sekarang??!!” tempik Datin Rafiza hilang sabar, tanpa sengaja meluahkan segala yang terbuku dihatinya dan ‘beban’ yang diciptanya selama ini. Setelah itu, barulah dia menyedari keterlanjurannya sebentar tadi. Dia tergamam sendiri.

 “Tak..Takk mungkin ma....Raf tak percaya! Iris tak mati macam tu....,” saat ini air mata Asyraf mula bercucuran. Dia teresak-esak sambil cuba menjauhi mamanya tanpa menghiraukan wayar yang berselirat di pergelangan tangannya.
Dia mula teringat kembali pada berita kematian Iris yang didengari beberapa hari selepas lamarannya ditolak. Berita itu memang terlalu memberi tamparan hebat padanya.
Disebabkan itu, dia menganggap Irisha masih hidup lagi cuma menghilangkan diri sahaja. Dia yang mengkhayalkan semua itu semata-mata untuk meneruskan hidup dan mencari sedikit kekuatan. Namun, dia tidak sangka bahawa semua itu membuatkan dia semakin parah.
“Maafkan mama Raf...mama terlalu sayangkan Raf. Mama tak mahu orang lain rampas anak mama...,”
“Raf tak sangka, mama memang kejam! Mama zalim! Sampai hati mama bunuh Iris! Sedangkan selama ini mama berpura-pura sukakan dia... kenapa ma??!! Padahal... Iris dah tarik diri sebelum mama bunuh dia lagi. Kenapa? Kenapa sampai bunuh dia ma? Dia... dia... tak berdosa pada kita...” ujar  Asyraf terlalu kesal  sambil terbatuk-batuk. Dan semakin lama semakin teruk batuknya sehingga dia tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Saat itu bersemburan darah merah dari mulutnya. Tubuh lelaki itu menggeletar seolah-olah terkena sawan. Namun kejang tiba-tiba. Dan akhirnya kaku terkulai layu di situ.
“Raf...semuanya sebab mama sayangkan kamu... maafkan mama Raf..,” Air mata penyesalan Datin Rafiza mengalir di pipi, namun sudah tiada gunanya lagi kerana Asyraf telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tubuh kaku anaknya yang tidak lagi bernyawa itu dipeluk erat. Air mata penyesalannya mengalir deras, namun sudah tidak berguna lagi. 
Silapnya kerana terlalu menyayangi anak sendiri secara berlebihan dan asyik membezakan pangkat serta taraf kedudukan seseorang sehingga sanggup melakukan jenayah. Tanpa menyedari bahawa anaknya itu adalah milik Allah S.W.T yang hakiki dan bila-bila sahaja Allah boleh menariknya daripada dia. Dia juga lupa bahawa manusia itu semuanya sama, yang membezakan adalah amal dan iman mereka kepada Allah S.W.T. yang menentukan dajat mereka di sisi Allah.  Dan kini, dia  kehilangan satu-satunya anak tunggal kesayangannya itu buat  selamanya. 
Masih terbayang lagi saat indah itu ketika dia melahirkan Asyraf dan menimang bayi comel itu.  Andai boleh diundur waktu, dia ingin kembali ke detik itu lagi.


TAMAT
Nadhiewueen, 2009

p/s : Maaf andai pengakhiran cerita ini tidak berakhir dengan bahagia, kerana secara realitinya tak semua kisah berakhir dengan indah. :')


Comments

  1. bagus cerpen ni, teruskan menulis. :)

    ReplyDelete
  2. keep writing dear. Betul tu dlm dunia realiti tak semua nya indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Ahamdulillah. Tqsm for da support sis :)

      Delete
  3. Thumbs up๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘bestt..nnti buat cerita lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda