Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Tutorial: Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10

Tutorial : Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10 Pernah tak time beli laptop tu terperasan yang partition hdd korang ada satu je? Kat situlah nak kena simpan OS Windows, kat situ jugaklah nak letak file-file, assignment semua. Btw, baru-baru ni beli laptop baru, then terperasan benda yang sama, hardisk dekat laptop tu ada satu je. If buat partition pada external hardisk memang pernahlah. Dari situ boleh nampak memerlukan part format hardisk ketika membuat partition.  Bingung dibuatnya bila terfikir camanalah nak buat partition ni. Tak akanlah nak format laptop kowt semata-mata nak buat partition kan? Then terus text kawan, MR.H, tanya macam mana. Terus dia buat tutorial dekat whatsApp. Rupanya senang je. Btw, tqsm MR.H atas tunjuk ajar & layan je peel sis ni. Heehee.  So, dekat sini saya nak share cara-cara macam mana nak buat partition pada hardisk laptop tanpa format laptop anda. Tutorial : Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10 1. On la

DIY Daripada Kotak Yang Sangat Comel Dan Kreatif!

Time budak-budak cuti sekolah ni anda-anda semua buat apa je? Bekerja macam biasa atau ada ambik cuti macam mereka jugak? Ada tak yang bawak adik-adik ke anak-anak ke pergi cuti memana? Sian adik bongsu sis, Muaz yang umur 10 tahun tu, tak dapat nak bawak dia jalan-jalan sangat.  Sampai mak sis tegur "Adik kau tu takda siapa nak bawak dia pergi jenjalan," Sobs. Sungguh nak bawak dia pergi jalan-jalan. Tapi, apa nak buat? Kebizian dengan assignment, presentation, nak study final exam dan dengan kerja lagi. huhu. Lagi-lagi sis ni pulak jenis yang lemak sikit nak manage masa. Hehe Waktu duduk rumah kan, Muaz takda geng sebaya nak main. So, dia reka sendiri permainan dia. Baru-baru ni dia DIY sendiri topeng power rangers *agaknya* daripada kotak. Sobs. Dia pulak even bongsu tapi jenis berdikari & tak reti nak mintak-mintak. Selalunya dia kumpul duit dulu, then ajak kakak-kakak atau abang-abang dia temankan pergi beli mainan atau something yang dia nak. Kadang-ka

DIY Tin Kosong Terpakai Yang Cantik Dan Menarik

DIY Tin Kosong Terpakai Yang Cantik Dan Menarik Dekat rumah tu kalau ada banyak tin-tin kosong terpakai macam tin susu pekat manis,  tin sardin, tin jagung segera dan sebagainya, jangan dibuang! Jangan dibuang k!  Meh cuba buat DIY ni and let's save our nature! Orang kata, bila dah DIY-DIY ni bolehlah mengurangkan pembuangan sampah kan + dapat menghasilkan sesuatu yang cantik dan bermanfaat. So, nak buat apa je dengan tin-tin kosong tu? Meh tengok idea-idea dekat bawah ni. Idea Menarik Untuk DIY Tin Kosong Dan Terpakai Bekas Pensil & Alat Tulis Pasu-pasu Bunga Yang Mencantikkan Halaman Rumah Goodies Dan Barang Hantaran Pertunangan Atau Kawen cantik pun cantik, jimat pun jimat.  Save budget kawen! kekeke Bolehlah dijadikan penghias meja pengantin  & tetamu-tetamu yang hadir Bekas goodies untuk diberikan pada tetamu Simple & menarik je.  Tetapi cukup men

DIY Mentol Lampu Terpakai Yang Sangat Kreatif!

Siapa yang tak suka benda-benda kreatif dan cantik kan? Pasti menyejukkan mata dan menyenangkan hati setiap kali memandang. Siapa yang ada mentol lampu terpakai dekat rumah? Then tak tahu nak buat apa? Jangan buang k. Meh buat DIY & Jom tengok gambar ni. Mana tahu kan boleh beri idea untuk menghasilkan DIY yang menarik. Idea-Idea Untuk DIY Mentol Lampu Terpakai Yang Sangat Kreatif! Hot air balloon ;) cweet. boleh la berangan-angan pi istanbul Aquarium kecil yang sangat chumel ;D Bunga terapung dalam mentol XD Lukis je corak buatan sendiri ikut citarasa.  Cantik +kreatif kan ;) Pasu gantung ;) Pasu hiasan snow globe :D Anak beranak dolphin yang sangat chumel+ nakal *tetiba XD Okay, setakat ini sahaja. Moga dapatlah idea bernas untuk asah  bakat terpendam kalian menghasilkan DIY.  Till then,  XD