Bahagia






Bila aku merasa bahagia...

Ingin sahaja aku menghentikan waktu

Agar rasa bahagia itu

Kekal selamanya.. 




           Tamakkah aku? Tidak bersyukurkah aku dengan hidup yang penuh dugaan dan cabaran untuk ditempuhi ini? Bukankah hidup itu tidak menarik jika tiadanya ujian mahupun cabaran? Dan bukankah hanya melalui ujian dan cabaran hidup barulah kita boleh memperbaiki diri, belajar dari kesilapan dan mensyukuri nikmat Tuhan. 

              Iya, di saat ujian melanda,di saat Dia cuba menguji kita, di saat itulah kita akan semakin dekat dengan-Nya. Sentiasalah meletakkan hati dan kepercayaan kepadaNya tidak kira apa yang kita lalui, kerana Dialah sebijak-bijak perancangan. Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. Dan Dia tak akan sesekali menguji kita dengan ujian yang tidak mampu untuk kita capai. 

            Have faith in Him. Letakkan masa hadapan kita di tanganNya. Iya, setelah kita berusaha dan melakukan apa yang terbaik. Percayalah bahawa dia tak akan sesekali menguji hambanya dengan sesuatu yang tak mampu kita kita hadapi. Dialah sebijak-bijak perancangan. Maha pengasih lagi penyayang. Setelah merancang, berusaha dan berdoa, bertawakallah kepadaNya sentiasa. Letakkan segalanya di tangan dia dan ingatlah bahawa perancanganNya sangat indah. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah.



Nadhiewueen, 
19.08.2014

Comments