Saturday, 17 September 2016

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda


Assalamualaikum & Hi Semua!

gambar si dia sekadar hiasan ;p


Masuk-masuk je awal Ogos yang lalu, terus terperasan. Alamak! Roadtax kereta tak renew lagi. Macam mana ni? 1st time nak renew kowt, tapi satu hapa pun tak taw! Duit pulak memang tak saving apa pun untuk bayar roadtax+insuran ni. Memang harap gaji bulan ni jelah lepas tolak duit minyak, loan, asb, duit kereta, makan suma. huhue. Memang time tu la menggelabah google sana sini, tanya orang sana sini macam mana nak renew roadtax ni dan sebagainya.Tapi, still samar-samar, tak faham-faham lagi.

Nak mintak tolong orang lain buatkan, jangan haraplah! So nak tak nak usaha jugak sendiri cari cara utk kasi faham + tak kena tipu. Tapi last2 alhamdulillah tahu jugak caranya. Terutama pada kaum hawa, jangan sesekali takut untuk buat semua benda sendiri. Kita kuat! Yeayyy! *tetiba

Tanak kasi you all pening kepala , confused suma, so saya terangkan cara simple2 je camne nak renew roadtax+insuran kereta tanpa mengeluarkan belanja besar.

Even baru 1st time pergi renew haritu, alhamdulillah dapat harga yang berpatutan tak sampai 1K pun iaitu dalam RM800 ke bawah. Sesuai la kan utk harga kereta keluaran Mesia ni kan. kekeke.

Macam sibling saya dah masuk kali ketiga renew Myvi dia pun still harga roadtax +insuran dia dalam 1K gak sebab serah bulat-bulat dekat agent. Padahal benda ni kita leh buat sendiri kowt & dapat harga yang kita nak. Aihh.. bukan sibling je yang kena camtu kengkawan saya pun sama. Ni yang tengah baca ni jugak mungkin sama gak. tsk.





Tutorial Lengkap Cara Renew Insuran & Roadtax Kereta


Tuesday, 13 September 2016

Amalan Zikir Harian

Assalamualaikum & Hi!

(sumber gambar : etsy)


Apa kabar semua? Sihat ke? Moga sihat saya doakan :) Btw, guys dalam kita busy dengan duniawi ni, jom amik masa untuk amalkan zikir harian setiap hari. Semoga dengan ini kita sama-sama dapat membersihkan hati dan semakin mendekatkan diri dengan Allah SWT dan mengingatiNya selalu. 

Nak berzikir ni pun mudah je, boleh dibuat pada bila-bila masa dan walau di mana kita berada. Contohnya time driving, time berjalan kaki ke satu tempat, time fikiran kosong, fikiran serabut, sebelum tidur dan sebagainya. :) Free-free je bole kumpul pahala kan ;)

Btw, boleh amalkan zikir seperti di bawah sebagai zikir harian. Boleh diamalkan samada 100x, 1000x dan sebagainya.




Nak berdakwah memang tak reti apatah lagi diri ini penuh dengan kelemahan, namun berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca. Last but not least, jangan lupa hafal dan amalkan surah Al Kahfi, ayat 1-10. Perlahan-lahan, jom kita amalkan sehingga boleh istiqamah.

Thanks sudi baca. Semoga bermanfaat. =)



GIVEAWAY TUNAI RM200 BY ELIHJAPAHAR.COM

Assalamualaikum & Hi!

Jom join dan memeriahkan GA ni! Mana la taw ada rezeki kan? ;)

( Click je banner ni k untuk join! )



Syarat-syarat dan hadiah adalah seperti di bawah =D

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Pertama - Tunai RM60
Kedua - Tunai  RM40
Ketiga - Tunai RM30
Keempat hingga Kesepuluh - Top Up Bernilai RM10

Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia
2. Wajib FOLLOW blog ini
3. Like Fan Page ini -  or klik sini
4. Follow Twitter saya - 
5. Copy banner diatas dan buat satu entry bebas bertajuk "Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM"
6. Link kan entry tersebut pada entry ini
7. Postkan link penyertaan anda di ruangan komen dibawah

Giveaway ini akan berlangsung dari 13 Ogos - 22 September 2016. Senarai pemenang akan diumumkan pada 23 September 2016, pada jam 8 pagi.

Monday, 12 September 2016

WhatsApp Anda Kena Hack?



Assalamualaikum & Hi

Sedang sedap-sedap dia membalas mesej-mesej di aplikasi Whatsapp messenger nya, tiba-tiba baru dia terperasan whatsapp dia sebenarnya pernah kena hack. Diam-diam ada orang dok baca je setiap mesejnya di aplikasi whatsapp messenger. Privasinya diceroboh tanpa dia sedar. Diam-diam dia diintip tanpa dia ketahui. Phew~ Itulah contoh situasi yang berlaku bila whatsapp seseorang mungkin kena godam.

Kenapa nak hack? Biasalah ada banyak sebab. Nak skodeng kekasih la, skodeng laki bini la, skodeng musuh dalam bisnes la, sesaje nak belajar la, just for fun la dan banyak lagi sebab2 yang merepek.

Sebenarnya ada banyak cara untuk menghack whatsapp ni. Tru whatsapp web, perisian spyware yang dibeli daripada black market, MAC Adress dan sebagainya. Dekat sini saya taknak ajar cara hack whatssapp, sebaliknya saya nak ajar cara untuk anda mengesan samada whatsapp anda pernah diintip atau tidak . Itupun jika orang yang hack dia godam tru whatsapp web.



Cara-cara Mengesan Samada Whatsapp Anda Pernah Kena Hack (Menerusi Whatsapp Web)


1. Buka aplikasi whatsapp messenger anda.

2. Buka menu, then pilih Whatsapp Web.




3. Jika anda pernah menggunakan whatsapp di website, perhatikan record tempat dan masa last active Adakah masa, tempat dan platform yang sama seperti yang anda login whatsapp di website? Jika rasa mencurigakan,  cepat-cepat tekan log out from all computers.